Tahu kelemahan sistem Foodpanda, pemuda ini berjaya order makanan percuma lebih RM500k

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Seorang lelaki warga Singapura berusia 25 tahun telah dijatuhi hukuman penjara selama 31 bulan

setelah menggunakan kelemahan dalam sistem platform penghantaran makanan untuk memesan makanan bernilai RM567,548 tanpa membayar satu sen pun.

Menurut portal Today Online, tertuduh, Ronny Lee Jia Jie, telah mengaku bersalah atas dua tuduhan penipuan dan satu tuduhan pemalsuan pada 19 Januari.

Kejadian ini berlaku pada tahun 2020 ketika Ronny Lee bekerja sebagai kakitangan pentadbiran di syarikat pembaikan kapal milik bapanya, Hestia Marine.

Tanpa pengetahuan bapanya, dia mendaftarkan akaun korporat atas nama Hestia Marine di platform penghantaran makanan dengan menyenaraikan dirinya sebagai wakil syarikat.

Tahu kelemahan sistem Foodpanda, pemuda ini berjaya order makanan percuma lebih RM500k

Akaun korporat memberikan tempoh kredit 30 hari yang membolehkan Ronny Lee untuk tidak membayar secara langsung selepas penghantaran pesanan makanan. Jumlah keseluruhan hanya perlu dibayar pada akhir bulan.

Antara 20 Januari dan 5 April 2020, dia memesan makanan bernilai RM60,819. Apabila syarikat menuntut pembayaran, dia hanya memberikan alasan bahawa cek pembayaran belum disiapkan.

Setelah akaun korporat tersebut disekat pada Julai 2020, Ronny Lee mencipta akaun korporat lain atas nama Mediacorp. Dengan akaun ini, dia memesan makanan bernilai RM506,124, pelitup muka, dan barang lain antara 14 Ogos dan 3 November 2020.

Makanan itu digunakan untuk kegunaan peribadi, manakala dia menjual semula pelitup muka di platform e-dagang untuk mendapatkan keuntungan sendiri semasa pandemik COVID-19.

Setelah rahsia ini terbongkar, Ronny Lee dipanggil ke mahkamah pada 5 Disember 2020. Walau bagaimanapun, dia berjaya mengelak daripada hadir di mahkamah pada tiga perbicaraan yang berbeza dengan memalsukan surat dari Akademi Media Singapura, tempat dia belajar.

Ronny Lee menghantar surat kepada mahkamah negeri yang menyatakan bahawa dia mempunyai jadual peperiksaan dan tidak dapat menghadiri perbicaraan. Namun, pegawai mahkamah akhirnya mengesahkan dengan Akademi Media Singapura bahawa surat-surat itu telah dipalsukan.

BACA: “Tiada siapa tahu status aku, aku janda golongan profesional gred 44, aku tak nak salah pilih suami, aku sanggup pergi lamar suami”