Mengeluh hospital kerajaan tiada layanan VIP, wanita Indonesia dikecam netizen

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Setiap wanita mengalami pengalaman yang berbeza-beda ketika melahirkan anak mereka.

Walaupun banyak yang menganggap perkhidmatan hospital swasta lebih baik kerana jururawat dan kepakaran antarabangsa,

namun sebahagian masih berkongsi pengalaman yang memuaskan ketika berada di bawah jagaan hospital kerajaan.

Baru-baru ini, cerita seorang wanita Indonesia tentang pengalaman bersalin di sebuah hospital kerajaan telah menjadi perbualan di aplikasi X

Dan mendapat kecaman daripada ramai. Melalui tangkapan skrin yang dikongsi oleh @g8keepur,

Mengeluh hospital kerajaan tiada layanan VIP, wanita Indonesia dikecam netizen

wanita tersebut menceritakan pengalamannya melahirkan di salah satu hospital kerajaan di Pulau Pinang.

Menurutnya, dia tidak puas hati dengan pelbagai aspek layanan yang diterimanya, terutamanya selepas proses kelahiran bayinya melalui pembedahan caesarean.

Dia memberi penarafan yang sangat rendah untuk semua aspek seperti fasiliti bilik, bilik air, layanan jururawat, dan layanan pasca-pembedahan caesarean di situ.

Tambahan pula, dia mengadu bahawa bilik yang didudukinya bising dengan suara jururawat yang sedang bertugas pada masa itu.

Dia juga menyatakan bahawa bayinya tidak dimandikan selama empat hari oleh jururawat di situ dan persekitaran wad terlalu bising sehingga mengganggu tidurnya.

Akhirnya, dia menasihati bakal ibu yang ingin bersalin agar menyediakan wang yang mencukupi untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta, dan menyimpulkan hantaran dengan menyatakan bahawa ini akan menjadi kali terakhir dia bersalin di hospital kerajaan.

Selepas ciapan tersebut menjadi viral, rata-rata netizen mengkritik wanita Indonesia itu kerana memberi penarafan yang rendah hanya kerana mengharapkan layanan seperti raja di hospital kerajaan.

Namun, terdapat juga netizen yang berkongsi pengalaman mereka yang sangat berpuas hati dengan layanan dan fasiliti yang ditawarkan oleh hospital kerajaan.

BACA: “10 tahun perkahwinan, segalanya berakhir, aku dibuang begitu saja, selama aku sendirian, bekas madu yang banyak bantu aku”