Aku suri rumah. Isteri, ibu kepada 2 orang anak. 5 tahun lepas, aku pernah minta cerai dengan suami aku sebab aku dah tak mampu nak sabar.
Suami aku baik. Tak berkira dengan aku. Tak merokok. Tak keluar lepak dengan kawan kawan, tak kaki perempuan.
Tapi tanggungjawab dia kat rumah kurang. Dia berfungsi dengan duit je.
Masa ada duit, aku cakap penat, terus order makan. Padahal aku nak minta untuk dia tolong aku je.
Tu yang bila hujung bulan, selalu tak cukup duit.
Bila hujung bulan tengah tunggu gaji, hampir tak berfungsi la dia. Semua benda kat rumah ni aku yang buat. Kerja dia main game je bila kat rumah. Alasan dia, weekdays dah kerja, weekend nak rehat, main game.
Dah aku? Aku cemburu dengan dia. Anak lapar ke, anak nak apa ke bukan dia kisah. Semua aku. Sampai anak pun kalau nak apa apa tak minta dengan dia tapi minta dengan aku. Sebab susah nak sembang dengan dia. Tumpuan kat game 100%.
Kalau weekend sampai dekat tengahari baru dia bangun ( tidur balik lepas subuh). Anak anak aku jenis bangun awal. Pukul7 dah bangun minta makan. Jadi, memang tak dapat aku nak bermalasan kat katil macam dia.
Pernah aku terlupa cek barang dapur. Jadi, ada 1 pagi sabtu hujung bulan sebelum gaji, aku bangun nak masak tapi tak ada apa nak buat lauk. Nak masak cekodok, takde tepung. Ada beras dengan bawang je. Kalau telur ada, boleh adjust lagi. Anak anak dah bangun lapar.
Aku kejut dia, minta dia keluar pergi kedai, beli je la telur ke. Anak aku nasi putih telur goreng pun dah bertambah makan. Kedai area rumah aku ada yang pukul7pagi dah buka. Tau apa dia cakap? Dia tak ada duit. Lepas tu sambung tidur.
Jadi, aku mandi, siap siap keluar cari makan. Maksud tak ada duit tu, bukan tak ada duit langsung. Ada je tapi dah tak banyak. Aku nak gi kedai, aku ambik kad bank dia. Habis la jugak RM50 aku beli lauk sikit. Dia memang tak kisah aku guna kad dia kalau untuk beli keperluan macam tu.
Kad bank dia memang ada dengan aku dari semalam sebab aku ada guna buat isi minyak kereta. See? Bukannya tak ada duit langsung. Cuma duit cukup cukup nak survive sampai gaji. Tapi tula dia bila dia rasa duit dah sikit, dia rasa tak dapat nak bersuka suki dengan duit tu, rasa macam takde duit la.
Bila dia bangun, aku perli la sikit tapi bukan la perli yang pedih. Ayat aku cuma, “pagi tadi kejut abang bangun, anak anak lapar tapi tulaa.. abang tak bangun.” Terus dia macam nak marah. Dia cakap kan kad dengan aku. Lepas tu dia cakap kalau dah tahu tak ada, kenapa tak beli semalam.
Lahh.. macam dia tak tahu kad aku letak mana. Kalau dia nak keluar, tak boleh mintak kad tu dari aku ke? Kami memang jarang guna cash sebab kedai2 runcit depan rumah ni semua boleh pakai kad atau qr. Kalau beli makanan kat gerai, boleh qr.
Itu kejadian paling latest yang jadi. Banyak je lagi kejadian kejadian sebelum ni yang dah jadi parut kat hati aku. Dia suka cipta salah aku. Dia suka spin untuk jadi aku yang salah. Masa couple dulu, hari raya, ada juga dia wassap ucap selamat hari raya, minta maaf semua.
Sejak jadi suami, tak pernah dia minta maaf masa hari raya. Maksud aku, tak la beria minta maaf. Alaa.. hari raya kan. Dengan mak aku, aku minta maaf, mak aku pun cakap, “sama2. Mak pun.” At least tak nak cakap ayat minta maaf tu, cakap je, “abang pun sama” pun dah ok. Setakat ambik syarat hari raya saling bermaafan… Haa gitu je.
Tapi tak gais.. jatuh kot darjat dia sebagai suami nak minta maaf dari aku. Aku pun sempoi je mintak maaf. Aku cakap, “maaf salah silap.” Tau apa dia cakap? Dia cakap ” Tu je?” Dah aku nak cakap apa lagi? Dah salam cium pipi dahi semua dah.
Dia ni jenis, aku tak boleh buat salah atau terlupa apa apa. Mesti dia cakap, “abenda laa.. tu pun lupa.” Tapi bila dia, dia cakap “abang memang senang lupa. Awak ingatkan lah.”
Tulah dia… 5 tahun lepas aku tak tahan, aku mintak cerai. Sentap la jugak dia. Ok la kejap. Lepas tu hampeh balik. Sekarang aku terima je. Aku fikir apa yang baik baik je pasal dia. Dari serabut nak sakit hati buat apa. Syukur banyak sebenarnya Allah bagi dia untuk aku.
Perempuan lain lagi kesian kena hadap buaya, kaki pukul, biawak hidup, kaki lepak, jenis yang berkira, jenis yang lebihkan mak dia je dan macam macam lagi.
Suami aku alhamdulillah setakat ni tak ada semua tu. Cuma aku kena hadap perangai lepas tangan dia je. Semua benda aku yang buat. Dia nak senang je. Sebab dia nak senang tak payah fikir apa, jadi dia bagi kebebasan untuk aku guna duit dia.
Password bank dia pun aku tahu. Aku bebas nak transfer duit dia ke akaun aku sebab dia dah save aku sebagai favourite. Jadi, dia tak perlu approve aku kat fon dia pun. Eh.. faham tak?
Macam ni, untuk maybank akaun, jika kau nak transfer duit, kalau dulu ada tac number kan. Sekarang tak ada tac tu dah. Bila ada transaksi, handphone kau akan terima 1 notifikasi untuk kau approve kemudian baru transaksi tu akan proceed.
Tapi kalau kau dah save nombor akaun penerima tu sebagai favourite, kau tak dapat dah notifikasi untuk approve tu. Transaksi tu terus jalan je. Tapi dia akan dapat la mesej bagitahu transaksi tu berlaku. Kalau masa tu dia kat ofis,macam banyak ke aku guna atau dia rasa pelik ke, dia call la aku tanya aku beli apa. Tu je.
Jadi, tak kan aku nak pergi dari lelaki yang macam ni? Ohya.. dia juga tak pernah ambil tahu duit dalam akaun aku ada berapa. Dia bagi je duit tiap bulan dan aku ada la niaga suka suka. Jadi, aku ada la duit sikit.
Haa.. jangan fikir aku kedekut pulak sebab awal tadi dia bagitahu tak ada duit tapi aku ambik jugak kad dia. Tu sebab aku tengah simpan duit nak beli hadiah untuk dia sempena birthday dia minggu depan.
Jadi, itulah suami aku. Kadang kadang aku rasa macam dah tak ada perasaan kat dia. Aku terus dengan dia sebab anak anak je. Kami dah lama sangat tak sembang hati ke hati, macam pillow talk ke.
Last masa tahun pertama kahwin je la sembang sembang sebelum tidur. Tengah makan pun dia buka tengok movie kat phone. Entahlah labuu.. hahhahaha. Tak tahu la sampai bila dia nak macam tu.
Orang dok tanya aku bila nak tambah yang nombor 3. Aku tak nak dah. Aku penat. Masa aku pantang, masa anak tak sihat, anak dah besar dah sekolah pun semua aku yang setel. Aku bagitahu je suami berapa nak pakai duit, dia transfer.
Selama aku ada anak (sekarang yang sulung dah sekolah rendah) tak pernah sekalipun dia berjaga malam masa anak sakit. Aku la tak tidur sebab risau badan anak panas, takut sawan tarik.
Last last aku la pulak yang demam. Sebab aku rasa aku tak dapat dah nak ubah dia, akhirnya, aku cuma bagitahu dia, aku tak kisah kalau dia tak nak tolong aku apa apa cuma jangan minta nak tambah anak sebab aku penat. Mula mula dia ingat aku marah.
Aku cakap aku tak marah cuma aku terus terang. Untuk aku dah cukup 2 orang. Nak fokus besarkan diorang je. Jangan minta tambah anak. Tu je… Kalau nak tambah boleh. Tolong aku. Tolong hal rumah, hal anak anak. Alhamdulillah dia faham.
Tapi bukan mudAH untuk dia berubah jadi rajin tolong aku lepas tu boleh tambah anak, tapi dia faham dan tak cakap dah pasal tambah anak. Hahahaha.
Sebelum ni ada la jugak dia bergurau pasal nak anak lagi sebab kitorang memang dah simpan nama untuk anak ketiga. Sekarang memang dia tak cakap langsung dah pasal tu.
Ada 1 hari masa aku tengah sarat mengandung anak kedua, dia ada kat rumah hari tu. Aku rasa penat gila sampai aku baring depan dia terus nangis. Panik dia kenapa aku tetiba nangis. Hahahaha. Aku tak tahan sangat hari tu. Penat gila. Mental fizikal semua penat. Baru lah dia nak tolong. Jadi la untuk 2-3 hari.
Aku yakin ramai perempuan tak kisah pun sakit beranak, tak serik pun nak beranak lagi asalkan ada suami yang membantu. Kalau ibu dah setelkan anak, ayah tolong setelkan rumah atau sebaliknya. Dulu masa awal kawen, anak sulung baru setahun, function la jugak suami aku.
Dia balik kerja, terus makan mandi lepas tu dia akan luang masa main dengan anak. Masa tu la aku me time kejap dalam bilik main fon baring baring atas katil tanpa gangguan langsung dalam setengah jam hingga sejam. Sekarang nan hadoo… Hahhahaha. Sekarang dia balik kerja, aku yang tak boleh kacau dia sebab dia nak rehat.
Oh ya. 2 minggu lepas, aku demam teruk. Teruk dia sampai aku tak boleh drive sebab betis aku sakit, jadi kaki aku macam tak rasa nak tekan pedal. Sebelum aku demam,anak aku demam. Jadi memang aku dah sibuk dengan anak aku, lepas tu terus bersambung aku demam.
Ada la pinggan periuk dalam sinki yang tak sempat nak cuci. 3 hari aku sakit, macam tu je lah sinki. Aku ada cakap kat dia tak rasa ke nak tolong cuci pinggan ke, kemas rumah ke. Dia cakap takpe dia faham. Maksudnya bukan dia faham kemudian tolong aku.
Tapi dia faham aku tak sempat kemas, jadi dia ok 2-3 hari ni rumah bersepah. Hahahhaha. Sabar je lah. Sedih weh aku. Rasa macam kain buruk terbaring tak larat buat apa. Dah la rasa rimas bila dapur bersepah macam tu.
3 hari aku demam memang dia beli makanan. Macam macam dia beli untuk sembuhkan aku. Dapur tak sempat kemas sejak anak aku sakit lagi. Jadi hari ketiga walaupun aku tak betul2 ok lagi, aku kemas dapur sebab tak tahan dah nak tengok.
Pernah ada urusan anak kat sekolah. Semua cikgu dah bagitahu dalam group wassap dan dia ada dalam group tu. Aku dah agak dia tak baca pun. Aku nak explain kat dia pasal urusan tu, bila masa dapat sembang dengan dia. Dia cuma tahu hari tu kena gi sekolah untuk urusan tu tapi dia tak tahu detail.
Pada hari kejadian, kesian pulak tengok dia blur je tak tahu apa apa. Kat atas meja ada banyak borang dan ibubapa kena ambik yang berkaitan dengan anak masing masing untuk diisi. Sudah dimaklum dalam group wassap. Itu pun dia tak tahu.
Aku tengah buat benda lain, minta dia ambilkan borang, dia salah ambil. Terkulat kulat dia tengok aku pulak yang gi ambik. Yelah. Dia nak tolong tapi tak jadi.
Sebab dia macam ni lah jugak ganggu mood aku nak ‘bersama’. Satu, sebab aku dah penat. Dua, sebab kalau bersama, esoknya badan aku lenguh atau sakit sakit sikit. Huhu. Nanti akan ganggu kerja harian aku sebab aku sakit badan. Oleh itu, aku tak ada mood nak layan dia. Dia mintak, aku on. Dia tak mintak, aku tak rasa nak.
Suami aku ni, bila kat luar rumah memang dia jadi gentleman gile sebab dia tak main game kan. Dia memang function sangat kalau masa tak main game. Bila kat luar, dia tak kan biar aku bawa barang. Padahal kat rumah segala kerja berat aku buat. Bukan tak minta tolong tapi lambat nak tunggu habis game dia.
Kalau makan kat kedai, dia tak tengok fon macam kat rumah. Takut viral kot. Hahahah. Jadi, memang dia betul betul layan anak makan. Selalu dia akan makan cepat cepat lepas tu suapkan anak. Bawa anak cuci tangan, ambikkan apa yang aku dan anak nak. Kat rumah? Tak adaaaa pun macam tu. Semua aku. Hahahhaha.
Tak semua benda aku cerita kat sini. Banyakkkk lagi yang jadi.
Tak apa lah. Ni rezeki aku. Bila dah hampir sepuluh tahun kahwin, cara aku fikir pun dah lain. Mungkin matang sikit??? Tiap kali aku terasa hati, rasa tak guna sebab apa yang dia cakap kat aku, aku bandingkan aku dengan isteri isteri yang mempunyai suami yang lagi bermasalah.
Syukur la kan walaupun kadang kadang basah jugak pipi aku dengan air mata. Aku rasa Allah dah bagi aku senang melalui suami aku. Tapi Allah uji aku dengan perangai suami aku.
Kalau korang rasa aku bertahan sebab duit, betul. Memang aku bertahan sebab duit. Tu tanggungjawab dia. Kami tak la kaya. Pakai kereta axia je tapi tak susah la. Tapi kalau ikutkan gaji suami, nak pakai honda pun mampu sangat. Tapi buat apa nak spend untuk kereta.
Aku bebas guna kad dia, bukanlah shopping bukan bukan. Aku buat beli makanan atau keperluan rumah je. Kalau aku pau dia buat beli baju, aku beli kat Lotus je RM20 je.
Kalau korang fikir, alahh.. main game je pun. Sebab korang tak pernah rasa. Korang tak rasa bila tak ada orang nak layan kau sembang. Korang tak rasa bila kau simpan macam macam cerita tunggu suami balik nak cerita kat dia tapi akhirnya kau kena simpan je cerita tu.
Korang tak rasa bila kau sembang, tanya apa apa, kau kena marah sebab ganggu dia tengah fokus game. Dari pagi sampai petang tak sembang lagi dengan dia. Jadi, nak la sembang kan. Tetiba kena marah. Hahahaha. Korang tak rasa bila nampak anak kena marah sebab kacau bapak dia main game.
Korang tak pernah tengok macam mana anak korang berdiri sebelah bapak dia sebab nak perhatian tapi bapak sibuk main game. Korang tak pernah tengok anak korang cakap dengan bapak dia tapi bapak dia tak dengar pun.
Korang tak tengok macam mana anak korang menangis tanpa suara sebab kecil hati bapak dia tak layan dia. Kesan dia, anak aku memang taknak bermanja dengan bapak dia. Aku pernah tegur suami aku tapi last2 aku yang kena marah balik. Sekarang, aku malas dah.
Pernah la jugak kami sembang pasal poligami sebab masa tu tengah banyak kes sondol menyondol. Aku boleh sembang panjang dengan dia masa kat dalam kereta. Dia drive kan tak dapat main game. Seronok dan bangga dia bila aku bagitau, aku tak kisah dia nak kahwin lagi kalau dia mampu. Tapi aku tak kosong ye.
Banyak dah aku study pasal ni. Kalau dia kahwin lagi tapi dia tak mampu, aku boleh minta nak berpisah dan apa yang aku boleh tuntut dari dia. Rumah dia beli pun letak nama aku. Kalau dia mampu? Ok. Dia bagi je duit, aku hidup lah dengan anak anak.
Jadi, apa kaitan dengan tajuk aku tu? Itu lah ayat penenang aku. Allah je lah tempat aku mengadu kadang sampai basah la jugak pipi aku dengan air mata.
Setiap kali suami aku buat aku sakit hati, maksud aku, dia buat hal hal yang macam aku cerita kat atas ni, aku direct cakap kat Allah macam aku cerita kat orang. Tak perlu tunggu solat pun nak cakap dengan Allah. Allah kan Maha Mendengar..
” Ya Allah. Aku penat ni Ya Allah.”
” Ya Allah, aku sedih ni..”
” Ya Allah. Sampai hati dia buat macam ni kat aku.”
” Ya Allah. Kau tengok la apa dia buat kat anak anak aku.”
” Ya Allah. Kau tengok la apa dia buat kat aku.”
Bila aku cakap macam tu, aku rasa macam Allah tengah dengar aku. Aku serah kat Allah je nak buat apa kat dia. Aku tak putus asa lagi doa.
Untuk korang, cuba la direct je dengan Allah. InsyaAllah Dia tolong. Sekurangnya korang rasa tenang. Korang serah je perasaan masa tu kat Allah kasi Allah setel. Allah kan Maha Adil, Maha Melihat dan Mendengar.
Aku tak tahu nanti komen positive ke negative yang korang kasi. Aku tak minta pendapat. Aku cuma sekadar nak bercerita sebab aku tengah bosan. Hari ni weekend. Anak anak sibuk main. Bapak dia sibuk game dari pagi. Jadi, kat sini la aku.
Tadi nak sembang plan pasal birthday anak nanti tak pasal dia tinggi suara kat aku sebab aku kacau dia main game. Dari pagi aku tunggu nak sembang tapi tak ada pun dia berenggang dengan handphone. Nampaknya aku plan sorang lagi la. Aku harap yang positive je lah kat bawah nanti. Haha.
Maaf kalau cerita aku tunggang langgang sebab 3 hari aku taip ni. Aku taip je ikut apa terlintas kat kepala. Terima kasih kepada yang sudi luangkan masa baca sampai habis.
– Mrs Lonely (Bukan nama sebenar)
BACA: Orang ramai berdepan denda RM6000 jika kutip ‘benda’ ini ditepi pantai