Risau cepat busuk? Ini cara kekalkan kesegaran ayam ‘confirm’ macam baru beli di pasar

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Bahan mentah seperti ikan, daging, dan ayam adalah antara protein yang wajib ada dalam peti sejuk di rumah.

Bagaimanapun, satu masalah yang sering dihadapi oleh golongan suri rumah adalah bahawa kesegaran bahan tersebut tidak kekal lama.

Ini tentu saja membuat para ibu bapa berasa kesal apabila terpaksa menyediakan makanan yang tidak segar,

yang akhirnya boleh menjejaskan rasa hidangan kepada keluarga.

Namun, jangan risau, kerana ada petua mudah yang boleh diamalkan bagi memastikan kesegaran ayam kekal seolah-olah baru dibeli di pasar.

Risau cepat busuk? Ini cara kekalkan kesegaran ayam 'confirm' macam baru beli di pasar

Menurut pemilik ladang dan penternak ayam, Yani Hardinata Hairuddin, langkah-langkah yang dipraktikkan ini dapat mengekalkan kesegaran ayam selama dua hingga tiga hari.

1. Asingkan kaki, hati, pedal daripada daging ayam.

2. Potong ayam mengikut kesesuaian lauk yang bakal digunakan.

3. Lumur daging dengan campuran air garam.

4. Bilas ayam menggunakan air bersih.

5. Toskan ayam daripada lebihan air.

6. Masukkan ke dalam bekas kedap udara.

7. Letak di tempat sejuk beku.

8. Alihkan ayam pada chiller dalam tempoh 24 jam sebelum digunakan.

Dengan kaedah diajarkan ini boleh mengekalkan kesegaran ayam seperti baru dibeli pada hari tersebut.

BACA: Betul ke rugi isi minyak penuh? Punca kereta berat! Sekali pakar automotif bersuara