Aksi langkah kubur dikecam, wanita tampil beri penjelasan

Oleh DAHLIA MARZUKI

Baru-baru ini, gempar di aplikasi TikTok mengenai tindakan berani seorang wanita yang melangkah kubur berkali-kali sehingga diselar warganet.

Tindakan mereka bukan sahaja digelar tidak beradab, para pengguna TikTok juga melabel mereka sebagai kurang ajar dan tidak menghormati si mati.

Bagaimanapun, seorang wanita telah tampil memberi penjelasan mengenai video berkenaan dalam sebuah video TikTok.

Menurut @keknanjudge atau lebih mesra disapa sebagai Kek Nan,

video tersebut adalah untuk tujuan marketing semata-mata bagi sebuah filem pendek yang berada dalam pembikinannya ketika ini.

Aksi langkah kubur dikecam, wanita tampil beri penjelasan

Tambah Kek Nan, kubur tersebut adalah kubur palsu yang dibina sebagai prop untuk filem pendeknya yang bergenre seram.

Kek Nan menjelaskan perbuatan langkah kubur hanyalah lakonan semata-mata.

“Saya ingin buat penjelasan mengenai video saya yang baru tular tentang saya dan rakan saya langkah kubur.

“Pertama sekali, kubur itu kubur fake. Kenapa fake? Sebab sebenarnya kita sedang shooting di mana jalan ceritanya adalah mengenai dua orang kawan yang tidak percaya syaitan dan cuba untuk ‘bangkitkan’ jin.

“Minta maaf saya tidak boleh hendak reveal nama production mana yang terlibat. Cuma saya tahu ini tanggungjawab saya sendiri, saya post untuk tujuan marketing supaya orang akan tengok short film kita,” jelasnya.

Kek Nan menjelaskan, ini bukanlah kali pertama dia membuat filem bergenre seram kerana dia sudah banyak kali membuat video pendek untuk dimuat naik ke laman YouTube.

“Jadi untuk short film ini, kita buat kubur baru, dalam itu tidak ada orang. Tanah itu pun tanah lapang dan kita korek tanah, letak papan sebagai batu nisan supaya nampak macam kubur. Ini hanyalah untuk shooting semata-mata,” jelasnya.

Dalam masa yang sama, Kek Nan turut memohon maaf atas postingnya sebelum ini yang mungkin telah mengundang salah faham pelbagai pihak terhadap staf-stafnya.

“Benar, benda yang saya post itu mengundang fitnah, orang fikir kubur siapa pula yang dilangkah itu. Jangan risau, tidak ada orang pun dalam kubur itu. Kami masih tahu adab, tidaklah sampai hendak langkah kubur yang bertuan.

“Kepada masyarakat di sekitar tanah pekuburan yang kami shooting itu, saya juga ingin minta maaf sebab kami tidak ada niat untuk bersifat kurang ajar di tanah perkuburan tersebut. Cuma, kami jamin kubur itu hanyalah buatan semata-mata dan bukannya kubur manusia,” jelasnya.

BACA: Gaji hampir RM30k sebulan walaupun hanya lulusan sekolah menengah, rupanya wanita ini kerja…