Assalamualaikum warga maya yang dihorm4ti. Aku Rozi (bukan nama sebenar). Janda anak satu.
Aku wanita bekerjaya dengan pendapatan yang agak baik. Suami aku, Omar (bukan nama sebenar) ialah bekas rakan sekelas semasa kami sama – sama belajar di sekolah menengah dahulu.
Pendapatan Omar lebih rendah sedikit berbanding aku. Tak jauh beza sebenarnya, cuma aku bebas hutang jahat dan Omar dikelilingi hutang jahat.
Omar seorang penjawat awam (jurutera) dan statusnya pada ketika kami mula berkenalan ialah duda anak 3.
Perkenalan kami tidak lama, lebih kurang 3 bulan dan Omar melamar aku. Perbelanjaan perkahwinan kami,
aku yang tanggung lebih kurang 5k. Omar hanya beri mas kahwin RM100. Omar seorang yang pendiam namun berterus terang.
Gaji, hutang dan jumlah nafkah anak yang beliau tanggung setiap bulan semuanya dijelaskan pada aku. Kata Omar pada waktu itu, “saya tak punya harta, saya juga tak mampu memberikan apa – apa (kemewahan) pada awak”. Oleh itu, kami mencapai kata sepakat, selepas kahwin, semua perbelanjaan rumah tangga dibahagi dua.
Anak – anak Omar tinggal dengan bekas isterinya dan bapa tiri mereka di Kuala Lumpur. Nafkah bulanan yang Omar berikan kepada anak – anaknya iaitu rm500 setiap seorang aku tidak pernah usik. Biarlah dia teruskan tanggungjawabnya sebagai bapa.
Semasa awal perkahwinan aku dengan Omar, dia hanya ada sebuah kereta cabuk ‘second hand’ yang selalu rosak dan sebuah motor buruk yang dibeli dengan hutang kedai, ansuran sebanyak rm160 sebulan. Sewa rumah kami waktu itu cuma rm500 dan Omar setuju untuk bayar termasuk bil api air.
Bab makan minum aku yang uruskan. Nafkah bulanan aku jauh sekali kerana Omar tidak mampu. Beliau menanggung beban hutang yang banyak iaitu hutang personal loan semasa bersama bekas isteri. Bekas isterinya tidak bekerja dan kehidupan mereka dahulu sangat sesak sehingga terp4ksa berhutang sana sini.
Setelah 2 tahun usia perkahwinan kami, aku banyak membantu dari faktor kewangan. Setiap kali Omar hendak ke Kuala Lumpur menziarahi anak – anak, aku yang tanggung kos tol, minyak, hotel dan makan anak – anaknya semasa outing.
Owh ya, kami tinggal di utara tanah air dan setiap kali travel memang guna kereta aku. Bila cuti sekolah, anak – anak Omar akan datang bercuti di rumah kami. Pada awalnya aku tak kesah, tetapi kalau dah cuti seminggu dan makan minum semua aku yang kena tanggung, berangin juga kepala aku.
Perjanjian sebelum kahwin ialah perbelanjaan dikongsi. Sekarang ni aku pula kena serap kos extra. Aku banyak bantu Omar tamatkan hutang – hutangnya dengan tidak meminta yang bukan – bukan. Kadang – kadang aku tengok motornya dah 3 bulan tertunggak, diam – diam aku pergi bayar sebab aku tak nak peningkan kepalanya.
Kereta cabuknya aku tolong baiki dengan kos RM2000 agar berfungsi semula. Kehidupan kami sem4kin hari alhamdulillah sem4kin senang dan kami dikurniakan seorang cahaya mata. Beberapa hari sebelum bayi kami lahir, aku terbaca whatsapp dari bekas isteri Omar, nafkah anak – anak tidak cukup, kena tambah lagi rm600 seorang.
Aku menangis seorang diri tanpa diketahui Omar. Aku juga sesak, hujung bulan selalu berbaki rm50 sahaja di tangan kerana aku yang banyak memikul nafkah rumahtangga. Dalam fikiran aku sebelum itu aku bercadang supaya Omar berikan aku nafkah anak rm300 sebulan selepas anak kami lahir, tup tup bekas isteri lagi licik.
Maka dengan itu, segala keperluan susu, diapers, pengasuh, pakaian anak semuanya aku tanggung. Suami ada belikan juga tetapi jarang – jarang. Namun, saban hari rezeki kami sem4kin bertambah. Omar sudah bebas hutang dan mampu membeli kereta baharu.
Tetapi, dia tak cukup pula modal tinted, takpelah aku belanja rm650. Omar kemudiannya mampu membeli sebuah motorsikal baharu secara tunai. Seperti biasa aku yang cukupkan segala keperluan rumah dan anak. Sepanjang 9 tahun perkahwinan kami, tak pernah lagi hari gaji suami cakap, “jom saya belanja awak makan”.
Sebaliknya aku yang belanja keluarga bila makan di kedai atau pergi bercuti. Beribu aku habis setiap kali bercuti. Tetapi aku ikhlas dan tak kesah. Hari berganti hari, bekas isteri Omar telah meminta agar nafkah anak dinaikkan lagi bila kehidupan kami nampak sem4kin baik dan kini nafkah setiap anaknya ialah rm900 seorang.
Aku perli suami, “bagi je la rm1000 seorang. Awak kan mampu, mengalahkan pemain bola sepak.” Jumlah yang diberi ini tak termasuk keperluan yuran – yuran lain dan tambahan lain seperti cermin mata dan banyak lagi. Masalahnya kalau mampu aku pun tak kesah. Dia hanya diam bila aku perli.
Jawapan Omar ringkas, “bekas isteri saya suka buat payah kalau saya bantah, nanti dia tak benarkan saya jumpa anak – anak”. Habis aku? Tetap dilayan seperti dahulu. Nafkah seringgit pun tak merasa. Malah pakaian dan keperluan anak kami aku yang tanggung.
Suami hanya beli susu dan diapers. Itupun kadang – kadang culas. Aku pernah tegur suami, “sepatutnya, bila Allah beri rezeki yang lebih, kena adil, ingatlah sama pada saya dan anak kita, anak awak sekarang 4 bukannya 3. Mentang – mentang gaji saya tinggi awak ambil kesempatan.”
Jawapan Omar, “Bekas isteri saya dan bapa tiri mereka susah, itu yang ibu mereka beritahu.” Entahlah.. aku tengok kereta mereka 2 buah, sewa rumah teres 2 tingkat, takdela susah mana kan. Isu ini menyebabkan kami berg4duh dan bermasam muka.
Aku cakap pada suami, “baiklah mulai hari ini, jika anak – anak hendak bercuti di rumah kita, awak bayar makan minum mereka pada saya. Jika awak hendak menziarahi mereka, awak fikirlah sendiri macammana hendak pergi KL, saya tak nak ambil tahu.”
Aku sejenis malas bertekak dan kalau tak puas hati aku terus terang. Tak jalan juga biar Allah yang baIas. Dan mulai dari hari itu, mereka dah tak bercuti di rumah kami lagi. Aku dah berhenti belanja suami shopping pakaiannya.
(Selama ini aku ye yang beli baju raya sekeluarga termasuklah seluar dalam suami). Setiap kali raya, baju aku hanya sedondon dengan anak – anak. Baju suami lantak dialah nak pakai apa. Aku tetap masak yang sedap – sedap untuk suami setiap hari mengikut kadar wang yang kami peruntukkan bersama.
Cuma, kalau aku teringin nak makan yang mahal – mahal, aku hanya bawa anak – anak aku. Aku dah jarang belanja suami makan di luar. Aku berdoa pada Allah agar dilapangkan rezeki kerana aku tak nak lagi ambil tahu kewangan suami.
Dan alhamdulillah aku dinaikkan pangkat lagi dengan gaji yang lebih lumayan. Kini aku mampu membeli sebidang tanah dan sebuah rumah tanpa bantuan suami. Bila difikirkan balik, aku sendiri tidak sangka dapat sediakan deposit rumah 10% dan sebidang tanah yang aku beli secara tunai.
Aku bukan iri hati pada anak – anak suami dengan bekas isteri, aku hanya ingin dihargai. Yelah… masa susah bersama, dah senang lupa d4ratan. Kalau Omar hulur dekat aku, “nah nafkah awak dan anak kita rm300 untuk bulan ni.” Aku rasa dah boleh lompat bintang.
Hari lahir aku tak pernah diraikan. Pernahlah sekali Omar belanja aku di kedai makanan segera. Kesenangan yang dipertontonkan oleh Omar kepada bekas isteri dan anak – anak selama ini hanya wayang semata. Usia perkahwinan kami dah hampir 9 tahun. Istilah cerai tiada dalam fikiran aku walaupun aku wanita yang cantik, slim dan bergaya.
Aku sentiasa berdoa agar suami berubah dan dapat meniti hari tua bersama – sama. Ego lelaki, tak nak kalah, tak nak dilihat lekeh memang sukar dikikis. Akhir kata, wahai lelaki, janganlah kedekut dengan isteri. Insyaallah rezeki kamu akan lapang.
Janganlah cemburu dengan rezeki orang, kadang – kadang Allah dah cukupkan rezeki kita, cuma kita yang tak tahu bersyukur. Wallahualam – Rozi (bukan nama sebenar)
BACA: Wanita menyesal tutup telefon awal sebelum tidur, terkilan tak sempat buat sesuatu