Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri, Mohd Fared Mohd Khalid mengesahkan bahawa Madrasah Luqmanul Hakim tidak lagi beroperasi.
Pada 17 Mei lalu, Malaysia dikejutkan dengan berita kematian dua anggota polis yang diserang di Balai Polis Ulu Tiram, Johor.
Suspek kemudiannya ditembak mati oleh seorang lagi polis yang mengalami cedera parah.
Awalnya, suspek disahkan oleh pihak polis sebagai ahli Jemaah Islamiyah (JI) berdasarkan penglibatan bapanya dengan kumpulan pengganas itu.
Namun, polis kemudiannya mendapati suspek tidak mempunyai kaitan dengan kumpulan JI dan motif serangan masih belum diketahui.
Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) kini mempertimbangkan untuk merobohkan Madrasah Luqmanul Hakim yang terletak di Kampung Sungai Tiram, Ulu Tiram. Ini disebabkan dakwaan bahawa madrasah itu menjadi tempat merekrut ahli bagi satu kumpulan militan Islam sebelum ditutup pada tahun 2001.
Menurut Mohd Fared Mohd Khalid, siasatan oleh pihak MAINJ dan polis mengesahkan bahawa madrasah tersebut tidak lagi beroperasi selepas insiden serangan di balai polis Ulu Tiram.
Mohd Fared menegaskan bahawa pihaknya akan menilai tindakan yang sewajarnya ke atas pemilik madrasah tersebut. Pihak MAINJ dan polis akan meneruskan siasatan dan mempertimbangkan perobohan madrasah sebagai jalan penyelesaian terakhir atas sebab-sebab keselamatan.
Madrasah Luqmanul Hakim sebelum ini juga digunakan oleh pelarian Rohingya untuk pengajian agama anak-anak mereka. Pihak berkuasa tempatan juga akan menjalankan kajian masing-masing.
Lebih 20 tahun lalu, Madrasah Luqmanul Hakim menjadi tempat pertemuan bekas pemimpin kumpulan militan, Nasir Abbas dan Noordin Mat Top dengan pengasas bersama JI Abu Bakar Bashir dan Abdullah Sungkar dari Indonesia.
Madrasah tersebut menjadi sarang bagi ideologi militan dan ekstremis sebelum ditutup oleh pihak berkuasa.
BACA: “Kakak dan abang ipar kiriman neraka, patutlah selalu menumpang rumah aku, rupanya nak berjimat!