‘Anak yang baru lahir tu bukan anak dengan suami’ Individu dedah cerita sebenar wanita dan 2 anak di LRT Setiawangsa

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Sebelum ini, cerita seorang wanita yang didakwa dihalau dan dipukul oleh suami serta ibu mentuanya telah menjadi viral di media sosial.

Dia bersama dua anaknya terpaksa menumpang berteduh di LRT Setiawangsa sementara sebelum pulang ke kampungnya di Kedah.

Walau bagaimanapun, ibu mentua menafikan tuduhan menghalau dan menyeksa menantu.

Sebaliknya, dia mendakwa menantunya selalu melarikan diri dari rumah dan hanya akan kembali ke Kuala Lumpur beberapa bulan kemudian.

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok yang mengaku saudara kepada suami membuat pendedahan mengejutkan.

'Anak yang baru lahir tu bukan anak dengan suami' Individu dedah cerita sebenar wanita dan 2 anak di LRT Setiawangsa

Dia memuat naik gambar suami yang kurang upaya dengan satu kaki dipotong.

Menurutnya, tidak mungkin suami dapat memukul isterinya dalam keadaan seperti itu. Walaupun kurang upaya, suami tersebut bertanggungjawab menjaga tiga anak kecil yang ditinggalkan oleh isterinya di rumah.

Dia mendakwa lagi bahawa isterinya telah memperdaya cerita untuk mendapat simpati daripada masyarakat. Ini bukanlah pertama kalinya perkara serupa berlaku.

Lebih mengejutkan lagi, individu ini juga mendakwa bahawa bayi yang baru dilahirkan bukanlah anak darah suami. Ini benar-benar twist plot yang mengejutkan!

Jelasnya, dia hanya ingin menyampaikan kebenaran dan orang ramai berhak untuk mempercayainya atau tidak. Dia hanya berharap agar anak-anak yang tidak berdosa dapat dijaga dengan baik dan sihat.

BACa: Demi proses permodenan, Arab Saudi anjur pertunjukan fesyen pakaian renang pula