Pelakon Azhar Sulaiman menjadi perhatian selepas mengeluarkan kenyataan kontroversi mengenai rakan artis yang menunjukkan sokongan kepada Palestin.
Dalam satu hantaran di Instagram, Azhar Sulaiman cabar artis-artis Malaysia supaya berpindah ke Gaza untuk membantu saudara yang sedang diserang di sana.
Sebagai anak, pempengaruh Kasih Iris Leona pastinya menerima impak daripada kenyataan kontroversi tersebut, bukan?
Namun, menurut Leona, dia tidak sependapat dengan bapanya sama sekali.
Dia menentang serangan yang dilakukan oleh penjajah zionis terhadap Palestin.
Leona sendiri sebelum ini pernah mengunjungi tanah Palestin dan menyaksikan keadaan di sana. Dia menyedari kekejaman yang dilakukan oleh pihak penjajah dan rancangan jahat yang telah wujud sejak sebelum 7 Oktober lagi.
Menurut Leona, dia dan Azhar Sulaiman tidak sehaluan dalam banyak perkara, dan dia sendiri tidak dapat memahami cara berfikir Azhar Sulaiman.
Leona berkongsi pengalamannya semasa berjalan untuk menziarahi Masjid Al-Aqsa, di mana seorang wanita Palestin menegurnya.
Wanita Palestin itu berkata, “Pastikan dunia tidak berhenti berbicara tentang kami
. Pastikan kami diingati. Tolong ingat kami dalam doa anda. Tolong terus berdiri bersama Palestin.”
Leona berpendapat bahawa kita perlu kekal bersolidariti dengan Palestin dan menentang kekejaman rejim zionis Israel.
Apa yang boleh kita lakukan sekarang adalah menyebarkan kesedaran tentang Palestin supaya mereka tidak dilupakan.
BACA: