Portal berita makasar.info melaporkan bahawa sebuah pesawat yang dipercayai membawa jemaah haji Indonesia
Terlihat terbang rendah di ruang udara kota Makassar hari ini.
Beberapa saksi yang tidak mahu dikenal pasti berkata mereka melihat asap keluar dari sayap kanan
pesawat tersebut dalam kejadian antara pukul 3.30 hingga 3.40 petang waktu tempatan.
“Pemandangan yang menakutkan. Saya melihat sebuah pesawat Garuda
(milik syarikat penerbangan Indonesia) terbang rendah dengan enjin pada sayap kanannya terbakar.
“Semoga pesawat tersebut mendarat dengan selamat,” kata seorang saksi kepada kejadian tersebut.
Seorang saksi lain melihat pesawat berwarna putih biru itu melintas dengan sayap kanannya terbakar selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Hasanuddin di bandar Makassar, wilayah Sulawesi Selatan.
Tidak lama kemudian, tersebar gambar pesawat Garuda mendarat di lapangan terbang dengan sayap kanannya terbakar. Pesawat tersebut dilaporkan selamat kembali dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Hasanuddin.