Penganugerahan darjah kebesaran, pingat, atau bintang kehormatan kepada seseorang warganegara
oleh negara asing tanpa persetujuan Yang di-Pertuan Agong adalah tidak sah dan tidak diakui di negara kita.
Datuk Awalan Abdul Aziz, Presiden Majlis Datuk Dato’ Malaysia, menjelaskan bahawa tindakan ini
adalah melanggar Akta Kesalahan yang Berkaitan dengan Anugerah 2017 (Akta 787).
“Hanya Yang di-Pertuan Agong, Sultan dan Yang Dipertua Negeri yang boleh memberi anugerah yang sah kepada seseorang individu,”
katanya kepada pemberita selepas menyertai kejohanan amal golf anjuran MDDM di Bukit Kiara di sini, hari ini.
Beliau memberikan ulasan mengenai isu penyalahgunaan gelaran yang semakin meluas baru-baru ini.
Semua negeri dapat menerima dan mengamalkan Akta 787 untuk membendung penyalahgunaan gelaran serta individu yang menggunakan anugerah asing tanpa perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Beliau menyatakan bahawa sehingga kini, pelaksanaan akta tersebut yang dimulakan sejak tahun 2018, masih belum dilaksanakan sepenuhnya kerana terdapat negeri-negeri yang belum menerima pakai atau mewujudkan enakmen sama di negeri masing-masing.
“Mereka yang melakukan kesalahan di bawah akta itu, boleh dikenakan denda maksimum sehingga RM500,000 dan penjara maksimum 20 tahun, mengikut tahap keseriusan kesalahan yang dilakukan,” katanya.
Baca : Patutlah ramai di Malaysia! Pemuda dari Indonesia dedah cara masuk hanya modal RM1 je