“Aku dah 5 tahun kahwin, adik dah 3 tahun kahwin tapi tiada anak lagi, segalanya terbongkar masa mak sakit tenat, rupanya ini sumpahan fitnah mak!”

Oleh DAHLIA MARZUKI

Assalamualaikum wbt, sebelum mulakan sesi luahan macam biasa mari aku kenalkan tentang diri aku.

Hai nama aku Azmi (bukan nama sebenar), berumur 40 tahun, sudah berkahwin. MaIangnya perkahwinan mak ayah aku hanya bertahan dua tahun sahaja, atas alasan ayah aku curang.

Percaya atau tidak sampai sekarang aku masih tidak mengenali siapa ayah aku, hanya sekadar gambar.

Selepas 3 tahun mak aku menjanda, mak aku dipertemukan dengan ayah tiri aku lalu mereka berkahwin dan telah dikurniakan seorang anak yang juga lelaki maksudnya adik aku la tu.

Aku bekerja sebagai seorang guru dan adik aku sebagai pembantu perubatan.

"Aku dah 5 tahun kahwin, adik dah 3 tahun kahwin tapi tiada anak lagi, segalanya terbongkar masa mak sakit tenat, rupanya ini sumpahan fitnah mak!"

Alhamdulillah aku dan adik aku bertemu jodoh dengan pilihan kami sendiri. Aku bukan nak cerita sampai habis tentang keluarga aku, sebab malas nak taip panjang – panjang.

Sebab aku nak cerita kan pasal “doa yang termakbul” bukan dari doa seorang ibu kepada anaknya, tetapi doa orang yang terani4ya. Setelah 5 tahun perkahwinan aku dan isteri, adik aku pula ketika itu sudah 3 tahun berkahwin, kami masing – masing masih belum dikurniakan cahaya mata.

Sewaktu perkahwinan adik aku, aku sedikit lega kerana aku harapkan adik aku dapat memberi cucu pada mak aku tetapi adik aku jugak dah 3 tahun berkahwin juga tidak dikurniakan zuriat. Mak aku mula bising. Siap cakap isteri kami bermasalah.

Lalu kami dua beradik sepakat nak jumpa doktor untuk mendapatkan rawatan untuk mendapatkan anak. Apabila kami berjumpa doktor, doktor menyatakan kami tiada masalah maksudnya kami berempat boleh dapat anak secara semulajadi.

Perubatan kampung pun kami usahakan, tetap juga tiada hasil. Suatu hari ayah tiri aku telefon ketika aku sedang bertugas, menyatakan ibu aku diser4ng angin Ahmar, luluh hati aku mendengarnya. Lantas aku dan isteri aku pulang ke Perak, tatkala aku sampai di hospitaI aku menangis semahunya sebab aku bimbang aku tak dapat bagi cucu buat ibu aku dan begitu juga adik ku.

Setelah seminggu ibu aku diser4ng angin Ahmar, sekali lagi jantung ibu aku berhenti secara tiba – tiba dan Doktor meminta persetujuan daripada kami untuk ibu aku ditidurkan. Sewaktu ibu aku ditidurkan, makcik aku berjumpa dengan aku dia cakap ada hal yang mustahak.

Sebelum mulakan pembicaraan, makcik aku menangis semahunya, aku start pelik lalu aku bertanya kepada makcik aku. Makcik aku merayu kat aku supaya aku dan adik aku mencari pakcik (Pak Su) kami dan isterinya (MakSu) yang dah lama terpisah atas sebab fitnah.

Ini aku nak cerita, masa aku sekolah rendah. PakSu dan MakSu menumpang di rumah nenek aku sebab PakSu aku kehilangan pekerjaan tambah plak waktu tu MakSu aku tengah berbadan dua. Maaf terlebih dahulu mungkin apa yang aku nak cerita bukan nak bukak Aib sesiapa tapi aku nak korang di luar sana sedar bahawa doa orang terani4ya ni makbul dan tiada hijab.

Lalu MakSu aku bersalin, so nenek aku la yang jaga pantang MakSu.. Sebab MakSu aku anak yatim piatu so dia takde keluarga. Ini aku nak cerita, mak aku sebenarnya dia tak suka kalau mak dia layan orang lain lebih dari dia.

Kebetulan plak sewaktu MakSu aku bersalin, PakSu aku dapat duit pamp4san dari syarik4t yang dia berhenti kan kerja. Aku tak ingat berapa.. Sebab budak lagi waktu tu. Biasalah, PakSu aku punya excited dapat anak, hasil duit pampasan tu dia beli macam – macam.. katil.. hadiah kat MakSu aku.

Plus dia dah bayarkan deposit sewa rumah lagi. Kiranya lepas pantang dia pindah la ke rumah tu. Bila mak aku bila dia dengar, PakSu aku dapat duit pamp4san dia nak pinjam, sebab ayah tiri aku dulu malas kerja. Terus terang cakap.. PakSu aku bagi pinjam sikit. Sebab dia cakap dia nak kereta dengan peralatan dalam rumah.

Mak aku tak puas hati sebab bagi dia, dia patut dapat lebih sebab dia kakak. PakSu aku kata tak boleh. Jadi mak aku sebarkan fitnah kata MakSu aku ni ada bela s4ka dan PakSu aku ni makan nasi k4ngkang. Maka nenek aku ni meng4muk dan dia halau MakSu aku dari rumah.

Pak Su aku tak terima.. nenek aku bagi pilihan kat PakSu aku sama ada dia atau MakSu aku. PakSu aku pilih MakSu aku, nenek aku tambah meng4muk habis semua barang dorang nenek aku camp4k. Berdasarkan makcik aku cerita waktu tu baru dua minggu MakSu aku bersalin nenek aku halau dorang.

Dalam esakan MakSu aku cakap, “selagi tak de kata perkataan maaf dari kau (mak aku), keturunan kau tak akan berkembang!”. Sejak dari tu kami semua terputus hubungan dengan dorang. Makcik aku merayu cari dorang, sebab dia bimbang mak aku tak sempat mintak maaf kat dorang.

Berbekalkan zaman teknologi yang canggih sekarang, kami berhasil bertemu mereka. Syahdu jugak waktu mereka berpeIukan, terk3jut aku PakSu dan MakSu aku dikurniakan 8 cahaya mata. Alhamdulillah semua berjaya hasil didikan mereka, cuma sepupu aku yang lahir ketika kejadian aku tak dapat jumpa sebab dia berada di Jepun kerana bertugas untuk negara.

Setelah PakSu dan MakSu aku berjumpa mak aku sebelum itu aku mewakili mak aku mintak maaf dekat dorang terutama sekali MakSu aku. Dan MakSu aku memaafkan mak aku. Pada keesokan harinya doktor sahkan mak aku meninggaI dunia.

PakSu aku yang sambut jen4zah mak aku dalam liang Iahad. Setelah selesai pengebvmian mereka meminta diri untuk pulang. Kerana mereka harus pergi ke Sabah untuk menghadiri majlis konvokesyen anak mereka. Setelah setahun ibu aku meninggaI dunia, isteri aku disahkan mengandung dalam usia dia 38 tahun dan ipar aku disahkan mengandung selepas isteri aku bersalin.

Alhamdulillah syukur tak terkira. Pengajaran yang aku boleh dapat bahawa doa orang terani4ya ni makbul sangat.. Terima kasih MakSu sebab maafkan mak. Saya sayang MakSu dan PakSu. – Az (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Mastura Burhanuddin : Benarlah.. doa orang terani4ya tu bisiknya di bumi, dengarnya hingga ke atas langit sama. Ibrah kisah ni, kita belajar dalam tiap baris ayat yang dilantunkan sepenuh hati yang Iuka. Allah rekod tiap satunya tanpa gagal. Kifarah tu ada.. kerana kita juga manusia, bila mengadu sesungguhnya pada Allah.. saya yakin Allah akan beri apa yang dihajatkan.

Julia Ismail : Takutnye.. takut tersalah cakap masa terasa hati atau terkilan. Moga Allah jauhkkn diri ini dari mengungkap kata – kata tak baik. Bila baca kisah tt ni.. betul – betul ambik sebagai pengajaran. Kadang – kadang bila kita rasa terani4ya dan tengah marah.. cepat je sy4itan mainkan peranan.

Untunglah arw4h ibu tt dimaafkan.. ye fitnah itu lebih berd0sa dari membvnuh sebab besar impaknya. Allahu.. moga arw4h ibu tenang dan damai di sana serta tt dan keluarga terus hidup bahagia.. aamiin. Terima kasih share cerita yang sangat bermanfaat buat kami.

Nor Ariffin : Betul, mungkin dulu ada saud4ra terdekat ani4ya saya, saya ni jenis memang tak ambil hati tetapi ada suatu masa tu, saya rasa sedih sangat atas perbuatannya, saya mengadu pada Allah, sebab tak ada siapa tempat saya mengadu.

Sedih tu sampai saya menangislah. Tetapi saya tak doa atau sumpah yang buruk – buruk, saya cuma mengadu pada Allah, sebab saya sedih sangat. Saya kata apa salah saya ya Allah, saya tak buat apa – apa salah, kenapa dia buat saya macam bencikan saya sangat. Lebih kurang begitulah.

Seminggu lepas itu dia kena str0ke. Saya rasa dah hampir 10 tahun dia Iumpuh.

Saya dah maafkan dia hingga masa umrah pun saya doa agar dia sembuh di depan kaabah. Tapi nampaknya, dia tetap tak sembuh dari str0ke.

Moga Allah ampunkan saya jika sayalah asbab dia ditimpa str0ke.

BACA: Lelaki ditangkap tidur lokap 4 hari ketika berjalan di Klang! Rupanya ini yang dia tak bawa