Seorang wanita langsung tidak menyangka kehidupannya bakal berubah sekelip mata dengan kehadiran seorang insan bergelar kakak ipar.
Tidak hanya memiliki hubungan yang dingin, wanita bernama Ain itu turut dilayan seperti orang gaji setelah kakak iparnya itu berpindah ke kediaman keluarganya.
Merasakan keikhlasannya kepada keluarga mula teruji, berikut perkongsian Ain yang mendoakan agar abangnya mampu membawa isterinya pindah keluar dari rumah.
“Cerita ini mengenai ipar, isteri kepada abang aku. Mula-mula aku dan isteri abang ini baik-baik sahaja.
Tetapi masa sebelum kahwinlah. Abang kenalkan bakal isteri dia (kakak ipar) masa jemput aku dari sekolah.
Aku perasan ada perempuan duduk di tempat sebelah pemandu. Aku pun bukalah pintu belakang nak duduk.
“Dalam hati aku, abang ini dah tukar kekasih baru ke? Sedangkan mereka baru putus bulan lepas. Tetapi aku buat tak kisah sahajalah. Tiba-tiba dia hulurkan tangan dekat celah kerusi depan itu sambil kenalkan nama. Aku pun salam sahajalah. Tidak lama selepas itu baru aku tahu mereka sudah nak mendirikan rumah tangga.
“Aku tak berapa campur sangat. Tetapi hubungan aku dengan bakal isteri abang ini baik-baik sahaja. Tidaklah mesra sangat, tak benci sangat. Mecam biasa sahaja. Tetapi bila sudah berkahwin, kakak ipar mula tunjuk belang. Dia berani sebab ibu sudah meninggal dunia pada empat tahun yang lalu.
“Jadi apabila sudah tiada ibu mentua, kenapa nak tunjuk rajin kan? Dari hari pertama mereka menikah, abang dan kakak ipar tinggal di rumah ayah aku. Awalnya aku boleh sabar lagi, sebab baru jadi keluarga kan. Jadi kerja rumah tak perlu nak tolong pun tak kisah sangat. Tetapi sekarang ini sudah nak masuk tiga tahun.
“Isteri abang aku ini tak pernah buat kerja rumah. Tak pernah terfikir nak tolong aku. Sudah tiga tahun menikah duduk di rumah ayah. Lama-lama aku menyirap juga. Walaupun bukan rumah mak bapak dia, kakak ipar perlulah tolong juga buat kerja rumah. Sudah macam orang gaji pula aku satu apa pun dia tak buat.
“Tolonglah, sudah tiga tahun kot duduk sini. Hari-hari aku fikir, malang betullah dapat kakak ipar macam ini. Sudahlah tiada mak, dia pula seronok sebab tiada mentua nak sekolahkan menantu. Jadi dia bebaslah buat macam rumah ini hotel. Keluar pagi, balik malam. Hari minggu pula langsung tak balik.
“Selepas abang menikah, aku memang sudah tidak berborak dah dengan isteri dia. Sebab aku macam menyampah. Rasa jengkel pun ada sebab dia tak pernah tolong aku. Nak hulur-hulur tangan pun tiada. Hari minggu abang dan kakak ipar tidur di rumah isteri dia. Macam hotel mereka rumah ayah ini.
“Aku macam terfikir, mereka berdua ini tak nak pindah ke? Tak tahulah kalau abang tengah sengkek. Sekarang, sudah ada anak satu. Baru berusia tiga bulan. Masa kakak ipar berpantang, memang dia duduk di rumah ibunya. Masa kakak ipar tiada di rumah ayah, aku rasa sangat bahagia.
“Pernah ada suatu hari sebelum bersalin, aku turun ke dapur sebab haus. Nak isi air dalam botol. Kebetulan pula dia keluar bilik nak pergi tandas. Tahu tak, dia pandang aku macam mana? Dia jeling aku. Aku pun memang tak ada niat nak senyum kat dia. Tetapi tak adalah sampai nak jeling.
“Aku pelik dah kenapa kakak ipar nak jeling-jeling. Aku ada buat salah dekat kau ke? Kau yang duduk rumah ayah dengan muka tak tahu malu. Ada hati nak jeling orang. Masalah betul. Masa abang buat kenduri doa selamat untuk anak dia hari itu, aku tak turun tolong. Aku duduk sahaja dalam bilik seharian.
“Mereka suami isteri pun tak ada minta tolong. Aku duduk dalam bilik, sibuk buat siaran langsung untuk perniagaan atas talian. Aku bungkus-bungkus parcel, masuk kelas online apa semua. Sekarang ini, aku memang buat hal sendiri. Abang dengan kakak ipar pun buat hal mereka.
“Cuma aku tak puas hati. Lantai rumah yang kau pijak nak masuk bilik dan pergi ke tandas ini, aku yang sapu, aku yang mengemop. Dalam rumah ini tak ada orang gaji. Sampai sekarang kakak ipar tak pernah buat apa-apa dalam rumah ini. Aku memang doa banyak-banyak supaya abang aku cepat cari rumah pindah. Aku tertekan.
“Aku dah penat. Kadang-kadang cuba pujuk hati aku supaya sedekahkan tenaga yang dipakai untuk jaga rumah ini. Untuk orang lain mungkin hal kecil tetapi tak sama dengan aku. Lain orang, lain situasi. Jodoh, keluarga, dan kemampuan semua tak sama.” Kongsi Ain (bukan nama sebenar) menerusi hantaran di sebuah forum atas talian.
Baca juga: ‘Patutlah kuat saman rakyat’ Rolls Royce RM1.2 juta jadi kereta Polis undang reaksi netizen