“Aku miskin, sering dipalau di sekolah, baru nak balas jasa, mak bapa pula meninggal, jiwa aku merintih”

Oleh AHMAD SULAIMAN

Bukan senang untuk berdamai dengan takdir, apatah lagi ujian datang secara berterusan hingga ada yang hampir mengalah.

Benar disebalik ujian itu ada hikmahnya namun kadang-kadang hikmah diberi tidak terlihat di mata kasar.

Seorang wanita, An (bukan nama sebenar) berkongsi kisah kesusahan hidupnya apabila ujian datang bertalu-talu.

Kisah hidup budak perempuan yang malang pada sangkaan aku. Apa sahaja cebisan ujian daripada Tuhan yang aku tak hadap. Susah, merintih, menangis..

Hampir sahaja aku pernah berniat untuk tamatkan kehidupan aku. Tapi aku diajar soal agama dan aku tau perbuatan itu berdosa.

“Aku miskin, sering dipalau di sekolah, baru nak balas jasa, mak bapa pula meninggal, jiwa aku merintih”

Sejak kecil, aku hadap macam-macam kesusahan. Aku rasa macam tak ada satu hari pun yang aku bawa keuntungan.

Dari umur aku lima tahun aku dah temankan mak menoreh, kumpul tin sebab aku anak bekas askar.

Biasalah mana ada askar cakap dengan anak lembut-lembut. Aku perempuan tapi aku diasuh macam jantan. Buat kerja berat dengan mak aku.

Sanggup cikgu hina mak

Mak aku dulu pernah jual jajan. Tu je sumber pendapat mak nak bagi aku duit sekolah tapi ada satu hari cikgu agama kutuk mak aku kat perhimpunan kata jangan makan jajan yang mak cik tu jual nanti bodoh.

Tau tak masa tu aku sedih sangat orang kutuk mak aku kat perhimpunan. Pula tu cikgu agama. Sejak tu aku benci orang yang ada perwatakan alim. Alim tapi jahat.

Ditakdirkan tuhan selepas kelahiran aku, ayah aku disahkan buta sebelah mata.

Pernah tak kau bayangkan bertapa payahnya mak aku kena jaga aku yang dalam hari dan pada yang sama kena jaga ayah aku baru je buta sebelah mata.

Kenapa tuhan lahirkan aku. Kalau aku tak lahir, aku tak susahkan kedua-dua orang tua aku.

Sejak kecik aku introvert dan sejak kecil banyak benda yang tak berpihak pada aku. Tapi aku dikurniakan kecerdikan dan cepat tangkap.

Masa sekolah rendah, ada pertukaran hadiah. Senior kena beri hadiah pada junior tapi nak tahu tak. Aku seorang je yang tak ada senior nak tarik tangan aku untuk diberikan hadiah.

Aku sengih. Sebab masa tu aku kecil lagi mana ada perasaan jeles. Mungkin baju aku buruk. Budak miskin kan. Mana ada orang suka. Aku pendam.

Naik saja sekolah menengah, aku jadi pengawas. Macam biasa, budak introvert macam aku mana ada orang nak kawan.

Kadang aku selalu fikir kenapa aku tak boleh gembira macam orang lain. Kalau pergi rombongan mesti aku la si ganjil yang tak ada pasangan nak naik bas.

Semua kesialan jatuh pada aku. Dalam kelas pun aku duduk dengan budak cina yang tak ada pasangan juga. Sedihkan.

Masa belajar, aku usaha la sekuat mana pun. Markah aku mesti merah. Kau selalu tanya tuhan kenapa hasil yang aku dapat tak setimpal dengan usaha aku. Tak ada jawapan. Dah la hidup tak ada kawan.

Jadi disebabkan aku tau tak ada kawan nak jadi best friend aku. Maka semua benda aku citer kat mak. Mak memang pendengar yang setia. Isteri yang sangat baik. Aku tak pernah dengar mak marah.

Duduk berjauhan

Lepas tu aku masuk matrik. Itulah pertama kali aku duduk asrama dan jauh daripada keluarga. Kadang cemburu dengan keluarga orang lain setiap minggu melawat anak.

Aku? Mak dan ayah aku sangat susah nak datang sebab mereka taka ada kenderaan yang sesuai dan ayah aku tak selesa duduk lama dalam kereta.

Bayangkan dari Johor nak ke Melaka sejam juga. Aku pernah termarah mak “kenapa tak datang melawat kita”.

Ya Allah berdosa sangat aku masa tu. Kenapa tergamak aku cakap camtu kat mak padahal aku tahu mak ayah aku orang susah.

Sejak itu aku hidup berdikari. Belajar beli tiket bas. Solo ranger balik kampung. Settle. Setahun kemudian aku dapat tawaran masuk universiti dekat pantai timur.

Lagi jauh kan? Nak buat macam mana. Aku pergi kan juga. Mak ayah aku datang sekali masa daftar dan masa konvokesyen sahaja. Sepanjang tu aku hidup berdikari.

Hidup di unoversiti lagi mencabar. Dengan aku yang introvert tak banyak kawan. Banyak kali la aku kena palau. Kadang tu kalau buat team group mesti aku tak ada group. Sedihkan.

Yela aku tak lawa. Miskin. Untung aku dapat roomate yang baik hati. Kadang-kadang diorang kongsi rezeki dengan aku.

Disebabkan aku terlampau fokus nak berikan terbaik dalam pelajaran kadang aku emosi tak boleh dengar suara bising.

Banyak kali jugakla roommate aku sentap dengan aku. Aku sangat serabut dengan keadaan bising. Aku sayang diorang macam family aku sendiri tapi pada masa sama aku stress.

Macam biasa lagi. Betapa malangnya aku, setiap kali aku struggle, markah aku masih cukup-cukup makan.

Aku pernah menyorok kat tangki air asrama aku sebab nak cari ketenangan. Puas budak bilik cari tak jumpa. Aku tak suka luahkan apa aku rasa pada orang. Sengsara aku, aku pendam.

Kadang aku lepak perpustakaan dari mula buka sampai la tutup lepas tu aku cari port yang aku tak nak balik bilik.

Masa kat universiti, aku bajet duit makan aku RM2 je sehari. Tipulah kalau aku tak ada perasaan sedih bila tengok kawan beli air coolblog macam beli air mineral.

Aku? Makanlah sisa baki makanan roomate aku yang diorang tak nak makan. Kadang diorang halang tapi aku kata jangan buang rezeki biar aku makan.

Indahkan ujian aku dapat. Begitulah proses kehidupan aku yang tak tahu bilanya aku temui kebahagian.

Lepas je study. Aku dimurahkan rezeki dapat kerja yang jamin masa depan aku. Hah lagi sekali aku terharu. Aku dapat sebab mak aku bernazar rupanya.

Masa lapor diri, beriya-iya la ayah aku duk hantar padahal masa tu mata sebelah lagi dah tinggal satu peratus je dia boleh nampak.

Dia kata dia bangga aku dapat kerja. Tapi sayangnya dia tak nampak aku pun. Dia dah dikategori buta dua-dua belah mata.

Nice. Sekali lagi ujian aku. Akulah tu si pembawa malang tu dari aku lahir.

Kat tempat kerja aku tak banyak cakap. Kadang tu aku jeles dengan budak kat tempat kerja. Boleh ketawa. Boleh happy. Ada keluarga bahagia. Aku? Useless.

Ujian paling besar

Tahun 2022 ujian paling terbesar Allah bagi pada aku. Guess what. Mak ditakdirkan dapat kanser. Wow sampai level ni. Segala macam bentuk ujian aku cakap dari kecik sampai besar aku kena hadap.

Duit tak cukup beli ubat mak. Gaji habis beli pampers dan keperluan mak. Kawan-kawan sorang demi sorang tinggalkan aku.

Yelah mungkin fed up gak kalau asyik dengar kisah hidup aku. Aku pun tak nak la hidup susah sampai macam tu sekali.

Kalau boleh diberi pilihan biar aku je yang sakit. Mak aku dapat survive setahun je. Lepas tu mak meninggal juga. Aku hilang kawan baik aku. Sumpah aku lost.

Percaya tak lepas dua bulan mak pergi. Ayah aku pula menyusul. Yup Tuhan ambil dua-dua dalam tahun yang sama. Tamat aku tak ada ayah. Tak ada mak. Dengan siapa aku nak teruskan hidup. Gelap hidup aku.

Aku korbankan semua. Zaman remaja aku. Kegembiraan aku. Segalanya untuk mak dan ayah aku. Sebab dalam hidup aku cuma hanya mak dan ayah. Aku puas jaga mereka.

Aku selalu cakap kat diri aku. Aku kena reda. Aku kena terima lalui semua keperitan ni sebab aku yang bawak malang dalam hidup mak ayah. Kalau aku tak lahir, mak ayah aku mungkin tak perlu bekerja keras.

Aku gagal dalam semua perkara. Rezeki aku cuma dapat jaga mak ayah hingga hujung nyawa.

Sekarang lepas apa yang berlaku, aku slow-slow bangkit atas kaki sendiri. Seminggu mak aku meninggal aku dah boleh pergi kerja.

Boleh ketawa dekat pejabat tapi setiap kali balik, aku menangis sepanjang jalan nak sampai ke rumah. Aku tak nak diorang nampak aku lemah.

Tak perlu cemburu dengan aku bila aku post status kat media sosial yang aku sedang bergembira. Tu je waktu aku cuba merasa untuk gembira setelah sekian lama.

Aku cuma ada nyawa aku je.…

Baca juga: Pelanggan Maybank panik, semua simpanan dalam tabun MAE tiba-tiba hilang!