Tergamak ibu kandung butakan mata pekakkan telinga, biarkan anak jadi pemuas nafsu bapa

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Pasangan suami isteri telah ditahan oleh polis selepas anak perempuan mereka melaporkan bahawa

Dia telah dirogol oleh bapanya sendiri yang berusia 40-an sejak lapan tahun lalu, yang berakhir dengan kelahiran dua orang anak.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed, mengesahkan bahawa polis menerima laporan daripada mangsa yang berusia 20 tahun itu pada 11 malam, Rabu lalu.

“Polis menerima laporan dari mangsa yang mendakwa menjadi mangsa rogol oleh bapanya sendiri sejak dia berusia 12 tahun.

“Siasatan awal menunjukkan kejadian berlaku bermula tahun 2016 sehingga kejadian terkini pada tahun 2024.

Tergamak ibu kandung butakan mata pekakkan telinga, biarkan anak jadi pemuas nafsu bapa

“Semua perbuatan tersebut berlaku di dalam bilik rumah mereka di Kampung Chuah, Port Dickson, Negeri Sembilan,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Menurut Aidi, mangsa sebelum ini telah menceritakan peristiwa tersebut kepada ibunya tetapi tidak mendapat tindakan.

“Ibu mangsa tidak mengendahkan aduan yang dibuat walaupun anak perempuannya telah melahirkan dua orang anak.

“Berdasarkan laporan mangsa, polis telah menahan pasangan tersebut pada 3 Mei lalu,” katanya.

Aidi menyatakan bahawa semakan rekod lampau menunjukkan kedua-dua suspek mempunyai rekod jenayah narkotik.

“Suspek telah dihadapkan ke Mahkamah Seremban dan tahanan reman telah diluluskan selama lima hari bermula dari 4 Mei hingga 8 Mei ini,” katanya.

Kes tersebut sedang disiasat di bawah Seksyen 376B kerana sumbang mahram yang dikenakan hukuman penjara tidak kurang dari enam tahun dan tidak lebih dari 20 tahun.

Jika sabit kesalahan, suspek juga mungkin dikenakan hukuman sebatan.

BACA: “Patutlah tangan mak dia sembunyikan dalam tudung labuh, disebabkan makanan yang dihantar jiran, habis punah satu keluarga”