“Dari kecil, abah sangat bias dengan perempuan, pada dia perempuan ni kuli je dalam rumah tangga”

Oleh AHMAD SULAIMAN

Salam. Hi, aku Kia. Nukilan kali ini aku tulis dengan rasa penuh hiba dan beremosi sekadar melepaskan apa yang aku rasa sebagai anak abah.

Aku lahir dalam keluarga miskin, mak dan abah masih hidup, dan ada 3 orang adik beradik lelaki, 1 atas aku, dan lagi 2 bawah aku.

Aku satu – satunya anak perempuan dalam family aku dan acapkali aku hampir terbabas ke lurah t0mboy disebabkan abah.

Ya! Nak tahu kenapa sebab abah? Sebab abah la aku benci makluk bernama lelaki dan susah betul aku nak tanam kecintaan terhadap lelaki sebab orang macam abah.

Aku diajar lelaki sepatutnya jadi khalifah, pemimpin di muka bumi ni tapi semua tu memang dah lenyap zaman sekarang terutamanya bagi kaum Melayu lelaki Islam.

"Dari kecil, abah sangat bias dengan perempuan, pada dia perempuan ni kuli je dalam rumah tangga"

Abah la salah satu watak durjana yang aku rasa jadi fitnah ke atas lelaki – lelaki Melayu di mata aku.

Dari kecik, abah aku sangat bias dengan perempuan. Bagi dia, perempuan ni kuIi je dalam rumah tangga. Dari kecik, anak – anak lelaki abah diajar untuk bermalas – malas, makan tinggal angkat tangan je, baju tak payah basuh, kerja sekolah anak perempuan kena buatkan, mesin rumput pun perempuan, masak perempuan,

Hal sekolah perempuan kena setel, barang rumah rosak pun perempuan, even tolong cari duit pun perempuan, senang cerita lelaki kat rumah tu semua serba serbi c4cat. Dan siapa lagi yang jadi kuIi di rumah tu selain aku dan mak?

Dan aku selaku anak, tak kan sanggup tengok mak aku mend3rita jadi kuIi lelaki durjana kat rumah tu? Aku ingat per4ngai teruk kaum lelaki rumah aku ni akan hilang lepas aku meningkat dewasa, namun aku silap. M4kin teruk.

Abah aku senyap – senyap dah kahwin lain di Thailand dan bila nak cerai dengan perempuan lain tu, minta mak aku yang turun thailand setelkan masalah dia. Mak aku? Maybe dah dalam keadaan redho atau tiada hati, jadi dia tak marah – marah bila dapat tahu ayah aku ada bini lain.

Bini no 2 ayah aku siap boleh whatsapp minta pendapat dengan mak aku pasal per4ngai ayah aku ni. Aku ikut hati nak je cakap kat dia, padan muka. Sebab ayah aku memang culas bab nafkah. Pernah masa PKP dulu, aku berpantang di kampung mak, aku dan mak kena merayu kat abah supaya jangan keluar rumah sebab kena denda beberapa ribu kalau keluar, tapi ayah aku keluar juga pergi main ayam dekat hutan.

Akhirnya, Allah baIas cash, kaki dia patah , buku lali pecah kena masuk besi masa dalam hutan sebab jatuh. Dah jadi kerja aku kena angkut dia dan bawak ke hospitaI. Dan lagi teruk, sebab patah kaki, dia dah tak boleh bekerja memandu lagi jadi dia dah jadi biawak hidup selama 6 bulan guna duit mak aku sampai bergadai segala barang kemas mak aku.

Adik beradik aku yang lain mana? Diorang sama je mcm bapak aku. Tak guna. Membantu pun tak, melarang abah aku pun tak. Yang dia tahu nak makan minum, main game. Semua ajaran bapa aku. Cerita aku tak terhenti di sini, sebab aku dapat tahu, sepanjang ayah aku jadi biawak hidup dekat rumah mak aku (tanah dan rumah, semua milik mak aku),

Dia boleh panggil mak aku peIac0r siam sebab mak aku meIawan cakap dia. Puncanya dia kutuk arw4h atok aku sebab rumah kampung aku bukan banglo, tapi rumah atap zink, separuh kayu separuh batu. Mak aku tak boleh tahan abah aku kutuk arw4h atuk aku, jadi dia terp4ksa Iawan balik.

Sebaik – baik mak aku, punyalah lemah lembut, sopan, rajin, jaga solat, sabar, ko boleh panggil peIacur siam? Abah aku memang tak sedar diri. Ayah aku memang tak sedar diri, arw4h atuk aku jaga aku dengan mak aku sebaik mungkin. Aku jadi orang berjaya pun sebab atuk aku.

Sepanjang ayah aku kahwin, rumah yang dia duduk tu satu sen pun tak perlu bayar sewa sebab rumah pusaka atuk aku. dia tak sedar diri. Aku pergi balik sekolah, 4 orang beradik, atuk aku yang hantar jemput. Duit makan rumah, atuk aku yang support. Kereta hantar aku ke asrama, atuk aku yang punya. Serius jantan tak guna.

Ada hati panggil atuk aku nama buruk – buruk. Sekarang, adik beradik aku yang lelaki mula ikut per4ngai abah. Meminjam duit dari mak aku yang tak bekerja, minta duit EPF mak aku. Abah aku pun. Mak aku tak ada pun barang – barang mewah sepanjang hidup dia. Semoga syurga buat mak aku.

Aku ada banyak lagi tak terluah, sungguh banyak, tapi setakat ini je la. Sebab kemarahan aku dah kembali reda. Kalau nak cakap pasal abah dan budak – budak lelaki rumah aku, sampai 10 jilid pun tak habis. Akhir kata, jantan tak guna tak payah kahwin. Menyusahkan hidup orang. – Kia (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Nor Fauziah AR : Jual je rumah dengan tanah tu.. pastu pi duduk tempat lain. Jangan bagi alamat pun. Pandai – pandai la manusia – manusia tu nak hidup. Boleh dah tu mintak berpisah.. Tak ada persefahaman pun

Ashikin Shah : Yang mengh4mbakan perempuan ni sampai kerja dapur pun harap perempuan asalnya yang cipta budaya b0doh ni lelaki pemalas.

Saya pun tak faham kenapa orang melayu ja masih amalkan budaya ni padahal tanggungjawab dalam rumah tu semua orang kena buat tak kira la kamu siapa. Rosaknya ketua keluarga maka h4ncur la institusi kekeluargaan. Kalau si ibu pun rosak, no komen.

BACA: “Kawan berlagak kaya, tiap kali dia berlagak, aku doakan dia miskin, tak sangka doa makbul, dia kemalangan dan diberhentikan kerja”