Minta sokongan rakyat Malaysia tapi buat kenyataan ‘rasis’, Restoran minta maaf

Oleh DAHLIA MARZUKI

Restoran makanan segera tempatan, Darsa Fried Chicken, telah memohon maaf berhubung dengan komen di media sosial

kenyataannnya yang telah menyebabkan netizen mendakwa pihak restoran cuba bermain isu perkauman.

Dalam kenyataan petang semalam, pihak restoran yang menegaskan bahawa mereka “100 peratus milik bumiputera” itu

menggambarkan kejadian tersebut sebagai “kesilapan yang tidak disengajakan”.

“Mungkin terlalu banyak komen yang bersifat menjatuhkan sedikit sebanyak telah mengganggu fokus admin kami,” jelas mereka.

Minta sokongan rakyat Malaysia tapi buat kenyataan 'rasis', Restoran minta maaf

Pihak restoran itu menyatakan bahawa mereka telah membuat keputusan untuk tidak lagi memberi respons terhadap sebarang isu seterusnya bagi mengelakkan kesilapan yang serupa berulang.

“Kami mengalu-alukan semua pelanggan kami dari pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa atau agama.

“Semoga Malaysia yang kita kasihi ini kekal aman dan damai. Pihak pengurusan DarSA Fried Chicken kini memberi tumpuan sepenuhnya kepada operasi restoran pertama kami yang baru dibuka pada 29 April lalu.

Restoran ini, yang dilihat sebagai alternatif kepada KFC, telah menerima kecaman ekoran respons yang diberikan kepada orang-orang yang menyatakan harga makanan mereka mahal.

Ini berikutan restoran tersebut mengingatkan seorang pelanggan agar tidak “ditipu oleh sentimen buruk yang dimainkan oleh ‘type C”, yang pengguna media sosial percaya merujuk kepada orang Cina di Malaysia.

Respons tersebut turut menyebabkan Adun Rawang Chua Wei Keat, yang merancang untuk mencuba makanan di restoran itu, merasa terkeliru.

Dalam catatan Facebooknya, ahli politik PKR itu menyatakan dia bercadang untuk mengunjungi restoran tersebut kerana ia terletak berhampiran Rawang dan untuk memberi sokongan kepada usahawan tempatan.

“Baru fikir nak cari masa untuk pergi mencuba kedai ayam goreng tempatan kerana lokasinya berhampiran Rawang dan semangat untuk menyokong tempatan. Tetapi… sekarang muncul soalan tentang ‘type C’. Apa maksud ‘type C’,” soalnya.

Seorang pengguna Facebook menjawab bahawa apabila sesuatu perniagaan menggunakan sentimen perkauman, ia tidak akan bertahan lama bukan sahaja di Malaysia, tetapi di seluruh dunia.

Terdapat juga yang ingin memboikot restoran tersebut dan menyindir bahawa ‘type C’ yang dimaksudkan mungkin merujuk kepada kabel USB.

BACA: Patutlah Tanah Rizab Melayu makin sedikit, rupanya ini kerja pegawai pejabat tanah buat!