“Aku rajakan isteri sebab sayang, tapi anak tiri semua jadikan mak diorang hamba abdi sampai ini terjadi

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Ramai rasanya ibu bapa yang msih memanjakan anak-anak dengan menyiapkan makanan serta membantu dalam membasuh segala pakaian mereka.

Ini disebabkan perasaan sayang yang menebal dalam diri meskipun mengetahui anak itu telah membesar dengan matang dan mampu membuat segalanya tanpa bantuan ibu bapa.

Kisah ini menceritakan seorang suami mithali yang merajakan isteri namun diambil kesempatan oleh anak anak tiri dengan menggunakan ibu mereka untuk pelbagai cara.

Aku bujang yang berkahwin dengan ibu tunggal beranak ramai. Tak perlu aku bagitau berapa orang cukup pembaca tau ramai.

Aku bukan nak bercerita atau mengeluh tentang perkahwinan sebab alhamdulillah perkahwinan kami baik – baik sahaja.

“Aku rajakan isteri sebab sayang, tapi anak tiri semua jadikan mak diorang hamba abdi sampai ini terjadi

Yang aku nak luahkan disini berkaitan anak-anak tiri aku.

Dari sebelum kahwin dulu aku dah banyak buat research tentang kehidupan dengan anak tiri ni. Boleh kata kebanyakannya cerita negatif lah kan, ibu / bapa tiri tak dapat terima anak tiri mereka atas berbagai faktor lah.

Tak kurang juga cerita – cerita yang positif pun banyak aku baca dan jadikan tauladan untuk aku. So kiranya aku terima isteri aku dalam keadaan memang aku pun dah betul-betul bersedia untuk terima anak anak dia sekali..

Alhamdulillah segalanya berjalan lancar aku boleh terima mereka dan mereka pun dapat menerima aku seadanya. Untuk pengetahuan, isteri aku ada sejarah hitam yang sangat teruk lah pada perkahwinannya yang pertama yang membawa kepada penceraian.

Dan anak-anak dia semua jadi saksi apa yang dilalui ibu mereka bertahun – tahun tu. Apa yang berlaku pun aku rasa tak perlu aku cerita kat sini cuma yang aku nak highlight kan ialah: anak – anak tahu kesusahan yang telah ibu mereka lalui.

Sebab highlight ni nanti ada kaitan dengan apa yang aku nak cerita dan luahkan. Aku ni bekerja biasa – biasa sahaja. Kiranya hasil pendapatan aku tu cukuplah untuk diri aku, nafkah isteri, belanja rumah dan bayar semua yang berkaitan lah.

Pendek kata, lepas lah kewajipan aku. Walau hidup kami tak mewah tapi sangat – sangat mencukupi. Anak – anak yang ramai tu pun alhamdulilah dapat hidup membesar dengan selesa seperti anak – anak orang lain. Tak mewah tapi segala galanya ada dan cukup.

Isteri aku pun seorang yang sangat baik sedar diri dan tak pernah ambil kesempatan dari aku. Dia tak mengharapkan aku untuk tanggung anak-anak dia. Sebab dia pun tahu dari sudut hukvm pun kewajipan aku hanyalah menafkahi dia sebagai isteri sahaja (betulkan aku kalau salah bercakap tentang hukvm).

Kalau aku tanggung anak – anak dia pun dikira sedekah bukan kewajipan aku. Jadinya isteri aku tetap bekerja keras siang malam untuk belanja anak – anaknya. (Satu lagi, untuk pengetahuan pembaca, bekas suami masih hidup tapi langsung tak pernah bagi nafkah semoga dia bertaubat ya Allah).

Sekarang usia perkahwinan kami pun dah nak masuk sedekad. Anak yang dulu sekolah rendah sekarang dah menengah. Yang dulu kecik comel – comel, sekarang dah remaja handsome dan cantik. Dalam setahun ni lah aku dah mula banyak berdiam diri terkilan dengan anak – anak.

Aku tak kisah layanan mereka pada aku sebab aku dari awal dulu sedar diri hanya sebagai ayah tiri. Tapi yang buat aku terkilan dan kecewa dengan mereka ni ialah layanan mereka kepada ibu mereka sendiri. Ya layanan mereka kepada isteri aku.

Aku menjaga isteri layaknya seorang suami yang sangat – sangat merajakan isteri. Aku tahu isteri aku dan terlampau penat bekerja untuk anak – anak dia, semua kerja rumah aku siapkan dari mengemas luar dalam, uruskan cuci baju, jemur, complete dengan lipat sekali.

Tak pernah aku biarkan isteri yang buat. Itu keadaannya kalau cuma kami berdua di rumah. Anak – anak semua di hostel dan ada di uni. Tapi lain ceritanya bila hujung minggu anak – anak balik ke rumah atau waktu cuti sekolah atau cuti sem uni.

Semua baju yang dibawa dari hostel isteri aku yang basuh dan jemur. Urusan baju mereka sepanjang ada di rumah, semua isteri aku yang buatkan. Awal – awal dulu aku dah tegur biar mereka buat sendiri tapi tak tahu lah kenapa isteri aku ni kalah dengan anak – anak.

Mereka setiap hari berjaga malam, esoknya dah zohor baru bangun. Awal pagi atas meja dapur bersepah bekas anak – anak makan minum waktu tengah malam. Memang mereka nak ibu yang basuh bekas – bekas mereka ke?

Mereka bukan lagi anak anak kecil, semua dah besar usia remaja. Semua kerja – kerja rumah yang aku selalu buatkan untuk isteri aku, bila ada anak – anak, mereka punya kerja, isteri aku pulak yang buatkan. Boleh faham tak perasaan aku?

Aku jaga isteri aku bagai menatang minyak yang penuh, langsung tak nak susahkan dia, tapi anak – anak sendiri susahkan ibu mereka. Bukan sahaja susahkan luaran, tenaga ibu, malah perasaan pun sama. Asal on call atau ber whatapp dengan ibu, habis semua masalah dekat uni diceritakan.

Apalah ibu tu boleh buat kalau masalah remeh tentang kawan-kawan pun semua diadukan. Habis isteri aku pulak yang tak dapat tidur memikirkan masalah anaknya di uni. Aku selalu terfikir bandingkan diri aku remaja dulu dengan mereka ni, aku tak pernah lalui tengok ibu aku susah macam mana yang mereka pernah tengok keadaan ibu mereka dahulu (sejarah hitam yang aku bagitau awal tadi).

Pun begitu aku tak pernah tergamak nak susahkan ibu aku seperti mana mereka susahkan ibu mereka. Sepatutnya dengan apa yang mereka tahu ibu mereka pernah lalui dahulu, sekarang ni mereka sepatutnya semampu boleh bahagia kan ibu mereka.

Bukan aku tak pernah slowtalk dengan isteri pasal anak – anak dia ni, banyak kali dah, dan semuanya sesi slowtalk tu akan berakhir dengan kami jadi dingin tak bertegur sapa. Aku tahu isteri aku tak suka aku campur atau komplen cara dia melayan anak – anak. Adakah ini disebabkan terlampau sayangkan anak? Bukan aku tak pernah slowtalk dengan isteri pasal anak – anak dia ni, banyak kali dah, dan semuanya sesi slowtalk tu akan berakhir dengan kami jadi dingin tak bertegur sapa. Aku tahu isteri aku tak suka aku campur atau komplen cara dia melayan anak – anak. Adakah ini disebabkan terlampau sayangkan anak?

Adakah semua ibu-ibu kat luar sana macam ni? Tolong bagitau aku. Jadi cara aku sekarang ni, aku lebih suka berdiam diri. Kalau mereka semua balik ada di rumah, aku lebih selesa di dalam bilik sendiri atau keluar cari urusan di luar.

Aku belum ada rezeki untuk ada anak sendiri. Tapi melihat keadaan anak – anak tiri ni, kadang – kadang terlintas di fikiran lebih baik tak ada anak. Bila tersedar cepat – cepat aku istighfar. Pesanan aku kepada pembaca yang masih mempunyai ibubapa, layan lah mereka selayaknya.

Terutamanya kepada yang masih muda remaja, fikir – fikirkanlah setiap tindak tanduk kita kepada ibubapa. Adakah menyenangkan mereka atau sebaliknya. Kalau tak mampu menyenangkan, jangan sampai menyusahkan. Sekian… – Bapa tiri (Bukan nama sebenar)

Baca juga: “Hampir 10 tahun kahwin baru aku faham kenapa suami selalu tidur dekat kaki aku, anak dah 5 baru aku faham”