Assalamualaikum WBT, aku kenalkan diri aku, nama samaran aku Thomas dan merupakan pembaca setia di laman ini.
Let’s get to the story. Aku merupakan seorang penduduk di Perak, asalnya hidup tidak miskin dan tidak kaya.
Cukup untuk hidup bersederhana tetapi tidak mampu ambil lauk sotong di kedai mamak setiap hari.
Aku membesar bersama rakan – rakan yang diversiti. Ada kaya, ada susah, ada senang dan ada juga orang yang macam aku.
Di kampung, aku mempunyai kawan – kawan sepermainan sejak kecil dan hingga sekarang dan ada di antara mereka yang berjaya
dan ada di yang di kalangan mereka hidup cukup – cukup makan sahaja. Aku mempunyai seorang kawan yang kaya, aku namakannya sebagai King.
King hidupnya agak mewah, rumahnya juga di bahagian corner lot, ayahnya bekerja sebagai orang besar di bank dan ibunya seorang guru. Beliau sejak kecil menjadi rakan sepermainan aku dan rakan – rakan, tetapi kami sering berkecil hati dengannya oleh kerana beliau sering merendah – rendahkan rakannya.
Di saat kami memakai boot bola yang harganya RM25 sahaja, beliau telahpun memakai boot yang harganya RM180 pada ketika itu. Di kala kami hanya memakai seluar jeans dari pasar malam, dia sudah memakai seluar berjenama levi’s.
Kami pada awalnya tidak kisah dengan kasta yang sebegitu, asalkan kami gembira berkawan antara satu sama lain. Tetapi, banyak kisah yang mengguris dan meny4kitkan hati kami di mana dia merendah – rendahkan kami yang hidup bersederhana.
Pada suatu petang, kami seperti biasa bermain bola di padang. Ketika itu aku dan kawan – kawan sedang mengik4t tali kasut sambil berbual dan gelak sakan.
Tiba – tiba, King datang, memegang dua but kasutnya di sebeIah kanan, memegang air yang botolnya adalah botol Adidas Original di sebeIah kirinya. Dia datang, mencari ruang untuk duduk.
Di tempat duduk yang kosong, ada kasut kawan aku, Amin yang mana Amin sedang menyapu minyak “boxing” di sebeIah itu. Datang King, beliau sepak jauh – jauh kasut yang berharga RM25 itu sambil berkata “Kasut murah ni tak boleh bawak masuk padang, rosak padang ni nanti”.
Kami terpaku. Amin lagi lah. Beliau bukan dari keluarga yang senang, bapanya hanyalah seorang tukang sapu di sekolah dan ibunya seorang penjaja kuih di kawasan berdekatan.
Kami pun agak terasa dengan kata – katanya oleh kerana kami tidaklah semewah beliau, beliau mampu membeli barangan mahal dengan wang ibu bapanya manakala kami tidak mampu oleh kerana tiada keperluan untuk membeli barangan mahal.
Ada satu lagi cerita. Kami lepak di kedai makan lewat malam. Pada ketika itu, kami baru habis SPM, dan suka lepak di kedai sehingga lewat malam. Ada 5 orang, aku, King dan 3 lagi rakan aku
. Sedang rancak bersembang, tiba – tiba mama call aku tetapi suara mama tak kedengaran. Aku tutup call tersebut. King dengan lagaknya berkata
“Buang je lah telefon tu, telefon murah mana boleh dengar suara orang call, beli iphone macam aku la, boleh buat semua”. Aku terkilan dengan kata – katanya.
Padahal ketika itu, line telefon aku sahaja yang bermasalah. Oleh kerana telefon aku ketika itu hanyalah sebiji Lenovo, aku direndah – rendahkan olehnya yang lagaknya seperti sultan yang telah menakluki hasil bumi.
Diringkaskan cerita, majoriti rakan sepermainan aku baru habis belajar pada 3 tahun lepas dan sedang berkira – kira untuk mencari pekerjaan. Ramai yang keluar berhijrah, ada yang berhijrah di ibu kota dan ada juga yang keluar mencari rezeki di Pulau Pinang.
King, mendapat pekerjaan yang baik di salah sebuah kilang cip pemprosesan yang terkenal di dunia yang terletak di Pulau Pinang.
Agak lama kami tak lepak bersembang oleh kerana semua sibuk dengan kerjaya masing – masing.
Ada yang terp4ksa bekerja hingga ke larut senja dan ada yang terp4ksa “outstation” berulang kali.
Satu hari, ketika raya Aidilfitri, kebetulan ketika itu semua kawan – kawan aku ada di kampung. Kami lepak di kedai mamak, masing – masing dengan excited menceritakan soal kerjaya masing – masing.
Macam biasa, King dengan lagaknya bercerita dapat masuk kerja di kilang terkemuka dunia, cerita tentang skop kerjanya dan banyak lagi.
“Kerja aku syok wei, aku dapat WFH”.
“Bonus aku 4 kali setahun wei, hampa mana dapat”.
“Memang aku stay kat company ni, dapat kerja sampai tua, boleh beli BMW”.
“Kerja aku busy, siang malam kerja, gaji pun banyak.”
Orang lain juga bercerita, tetapi tidaklah berlagak sepertinya, hanya bercerita yang mana penting sahaja tentang kerja. Tujuan kami berkongsi itu bukan untuk menunjuk – nunjuk tentang kejayaan, tetapi sekadar untuk bertukar – tukar pendapat, berkongsi tentang kemajuan masing – masing dalam kehidupan.
Bila tiba giliran kami untuk bercerita, semua tak kena di mata King. Dalam tekun kami bercerita, ada saja yang disampuknya.
“Tak syok la kerja kau, jadi h4mba majikan”.
“Kerja macam ni dapat gaji sikit je?’
“Serius la kau nak kerja macam ni?”
“Tengok macam kerja kau ni, memang takleh maju dalam kerja”.
Apa yang kami cerita, ada sahaja yang King tidak suka. Kami hanya mendengar sahaja dia ‘sembang’ dan kami seolah – olah tutup telinga sahaja dengan kata – katanya. Kami seolah – olah sudah lali oleh kerana telah mengenali beliau lebih 15 tahun.
Kata – katanya sering t4jam meny4kitkan hati kami. Beliau dengan bangganya menunjuk – nunjuk slip gaji semata – mata untuk menunjuk – nunjuk kepada kami. Ada kalanya, beliau hantar dalam group whatapps cakap penat kerja. Kami reply la untuk sedapkan hati beliau.
Tetapi beliau seolah – olah berkata beliaulah orang yang paling penat bekerja atas muka bumi ini. Kami malas nak ambil tahu dengan kesombongan beliau. Satu hari, kami mendapat perkhabaran bahawa ayahnya meninggaI dunia oleh kerana peny4kit tiga serangkai.
Beliau kesedihan untuk tempoh yang singkat oleh kerana hubungan beliau dengan ayahnya agak renggang. Tetapi, apa yang digusarkan olehnya adalah wang yang beliau akan dapat nanti tidak banyak seperti sediakala.
Sebelum – sebelum ini, beliau banyak berg4ntung kepada wang ayahnya untuk hidup mewah. Tetapi, oleh kerana beliau sudah bekerja, kehilangan ayahnya hanya sedikit memberi kesan kepada beliau. Setelah 8 bulan ayahnya meninggaI, beliau masih bekerja di tempat yang sama. Tetapi, satu peristiwa telah memberi kesan yang selama – lamanya untuknya.
Satu hari, ketika beliau baru pulang dari makan malam menaiki motosikal, beliau diIanggar oleh sebuah kereta dari arah kanan. Beliau meIanggar lampu isyarat dan telah diIanggar dari sisi oleh kereta dan menyebabkan beliau kehilangan kaki yang terp4ksa dip0tong kerana betisnya dilanyak oleh kereta tersebut. Nasib beliau baik, nafasnya masih segar.
Beliau terp4ksa mengambil cuti s4kit selama 3 bulan dan telahpun diberikan pilihan untuk mengambil VSS (voluntary separation scheme), diberikan pamp4san oleh syarik4t tetapi dibuang dari kerja. Pada awalnya, beliau gembira dengan pamp4san tersebut, tetapi lama kelamaan, duit pamp4san itu digunakan dengan boros sekali dan wang tersebut sem4kin menyusut.
Beliau mencari kerja, tetapi oleh kerana keadaan fizikalnya yang tidak sempurna, beliau ditolak bekerja oleh mana – mana syarik4t. Aku mula serba salah oleh kerana sebelum ini, setiap kali beliau berlagak, aku selalu mendoakan agar beliau merasai sendiri kesusahan yang kami hadapi.
Kini, beliau telah pun hadapi kesusahan ini dan mula sedar tentang kesilapan beliau masa lalu. Tetapi, apakan daya, lagak beliau sudah h4ncur menjadi debu – debu yang perlahan – lahan hilang dibawa angin. – Thomas Rudent (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganey :
Anne Is : Dulu saya pun ada students yang poyo gini. Baru T2. Bapak kerja bank, jawatan besar, mak ada butik. Mak pernah datang masa hari report card day, dia pulak no 1, mak dia respon, clever amongst the monkey!
Bapaknya, form teacher nak minta slip gaji, soh driver hantar siap glue rubber tu. Lepas tu saya ajar adik dia pulak. Sama gak.. dengan saya speaking je.
Pernah pertikai cara saya marked paper maths dia. Dia cakap, my tuition teacher said, I should get mark here, I denied. No there is no mark allocated.
Bila dia tak datang sekolah, kawan – kawan report macam – macam. Tanya saya, teacher, jacuzzi tu apa? Dia cakap rumah dia ada jacuzzi. I wonder apa kesudahan mereka berdua.
Hopefully baik – baik sahaja. Paling saya ingat, saya tanya class, sebab tu class bagus, ramai pengawas, saya tanya uols beli kasut hitam kat kedai mana?
Saya nak beli untuk anak nak masuk sbp. Dia selamba jawab, saya ada xtra, cikgu nak? Saya boleh bagi.. terkedu jap. Ahh no thankyou. Saya nak beli yang baru for him. My 1st born masuk sbp mestilah nak beli yang baru.