“Lepas mak meninggal, abang jenis ‘tamak’ ambil alih kedai makan, habis semua harga makanan dia naikkan, tiap bulan dia ambil RM10k”

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Assalamualaikum semua. Mungkin pembaca dekat sini ada yang meniaga atau keluarga meniaga.

Ibu dan ayah aku ni meniaga dia buka restoran senang cerita pada kami adik beradik ini legacy keluarga. Tak besar mana setakat muat 10 meja sahaja.

Tapi mak dan ayah aku ni dirikan restoran tu atas tanah yang mereka beli waktu muda.

Termasuk aku kami ada 3 orang adik beradik dan aku paling bongsu.

Selama ayah dan ibu masih hidup, pada ibu dan ayah aku mungkin diorang nampak tapi setakat pejam mata atau memang tak tahu.

"Lepas mak meninggal, abang jenis 'tamak' ambil alih kedai makan, habis semua harga makanan dia naikkan, tiap bulan dia ambil RM10k"

Tapi pada aku dan akak aku, kami tahu yang abang sulung kami ni jenis “tamak”.

Tahun 2011 ayah aku meninggaI dan beberapa tahun kemudian ibu pula meninggaI dan akhirnya kami adik beradik yang uruskan restoran tersebut.

Waktu ni aku tengah sambung belajar jauh dari rumah, akak aku pula dia ni kerja as video editor jadi seminggu sekali dia akan terp4ksa pergi negeri lain buat kerja. Akhirnya, abang aku yang boleh dik4takan sepenuhnya dekat restoran sebab dia ni tak kerja.

Sebelum ni kami ada berg4duh sebab abang aku ni nak ubah banyak benda tapi aku dengan akak cakap jangan biar je dulu mak baru 2 bulan meninggaI dia nak tukar macam – macam. Lagi satu restoran ni buka dari pagi siang tu jual nasi campur, beIah malam pula start pukuI 5 petang sampai 2 pagi jual tomyam dan lain – lain.

Selalunya kami ni kalau datang pukuI 5 pagi dah selesai sampai pukuI 8 balik dan seterusnya waktu petang. Kalau petang tu pukuI 5 memang akan update berapa untung lepastu tolak gaji dan barang apa semua. Baru 5 bulan pertama abang aku dekat situ boleh dik4takan banyak duit dia ambil ye, padahal asal tu kami dah setuju bagi dia berapa banyak.

Sehari tu paling sikit RM200 sebelum ni kami tak perasan tapi sampai lah akak aku free, datang check setiap hari. Selalunya sales memang tak lari jauh ye. Sekali bila tanya pekerja rupanya nanti abang aku dia edit sendiri benda tu.

Bayangkan bila check dan kira balik abang aku paling kurang pun sebulan tu dia ambil RM10,000. GiIa banyak, lepastu alasan sebab dia datang tolong kedai ni. Kedai ni kalau dia tak ada pun hampir 90% pekerja semua selesaikan memang waktu arw4h ayah dan ibu hidup pun sama macam tu.

Selalunya yang penting macam beli barang, budget, lauk, itu sahaja lain semua staff yang handle. Tapi yang paling macam aku dengan akak marah abang aku ni dia naikkan harga. Ibu aku selalu cakap dulu dia tak nak naikkan harga nanti kesian. Bukan apa dekat restoran aku ni kawasan pelajar sekolah, pelajar universiti, lepastu kilang.

Ibu dengan ayah aku selalu cakap kalau naik harga pun naik 50 sen jangan lah naik sampai 1 ringgit. Tapi tanpa aku dengan akak tahu abang aku naikkan harga. Yang paling macam kami marah. Dekat kedai kami ada mee rebus, mee rebus ni pada kami kira macam signature bukan sebab popular satu Malaysia ke apa. Tapi sebab murah harga satu pinggan tu RM1.50 ini memang arw4h mak dan ayah aku tetapkan waktu awal meniaga lagi.

Harga murah sebab untuk budak sekolah, budak sekolah selalu balik ke lapar dan penat. Selalunya kalau budak sekolah kami macam ada set RM2.00 mee rebus dan teh o ais atau sirap. Tempat kami ni memang kalau waktu tengahari ke petang ramai budak sekolah singgah makan mee rebus.

Arw4h ibu dengan ayah aku selalu cakap benda ni jangan naikkan harga yang lain tak apa dia cakap biar budak sekolah makan. Dari aku kecik ye sampai sambung belajar memang harga sama je. Tapi sekali rupanya abang aku dia naikkan harga, abang aku ni dari dulu lagi ye dia asyik p4ksa ibu dengan ayah aku naikkan harga mee rebus tu.

Dia selalu cakap “rugi lah ibu murah sangat dah lah siap air sekali,” selalu ibu aku akan cakap, “biarlah untuk budak – budak makan.” Tapi abang aku tak dia memang dari dulu tak puas hati benda tu murah dia cakap rugi sebab ramai makan mee rebus tu dan murah.

Sekali dia naikkan harga bukan murah ye tapi RM3.50 itu tak termasuk air. Selalunya budak sekolah memang RM2.00 mee rebus + air tapi ni RM3.50 mee rebus sahaja. Nak air pula macam teh o ais kena bayar normal price RM1.00 itu pun rupanya abang aku dah naikkan harga teh o ais RM1.50.

Bila dapat tahu tu paling marah akak aku sebab dia cakap kesian budak sekolah bukan semua ada duit. Kalau nak makan dah kena bayar RM5.00. Patutlah akak aku cakap waktu dia datang peak hours pun tak nampak ramai budak sekolah sebab dah mahal.

Bayangkan tak sampai setahun arw4h ibu meninggaI punya banyak abang aku ubah. Selepas berg4duh besar, akhir sekali akak aku pun berhenti sekejap dari kerja dia sebelum ni. Dia cakap dekat aku risau tengok abang aku uruskan kedai tu. Itu pun nasib kami perasan awal rupanya dia dah start tolak gaji pekerja sorang 5 ringgit.

Alhamdulilah sampai sekarang kedai kami tu ada lagi cuma itulah abang aku dia tak puas hati selalu dia cakap dia sulung jadi ini kedai harta dia. Setiap kali akak aku tak ada dia datang ambil duit lepastu cakap “duit aku” akhirnya akak aku terp4ksa buat macam 7 eleven simpan duit.

Kalau tak dia main ambil dah lah nak kira untung berapa lepastu nak bayar bil segala macam itu untuk cost beli barang belanja lagi. Dah lah sekali ambil bukan sikit ye duit besar dia ambil 4 – 5 ratus juga dia rembat setiap kali singgah.

Sejak tu aku dengan akak dah strict giIa bahagian duit taknak kasi abang aku dekat. Setiap bulan dapat duit ye bukan sikit, bukan dia tak dapat. Tahun sebelum kovit abang aku buat hal dia dah sedap main dengan girlfriend dia lepastu lari sebab orang tu mengandung. Sekali datang perempuan tu dengan ayah dia.

Abang aku waktu ni lari nak mengelak, cakap bukan anak dia dalam perut tu. Lepas dah hampir sehari settle akhirnya suruh kahwin. Itu tak termasuk dia beli banyak giIa barang mahal dari motor kereta lagi berhutang lepastu tak bayar.

Bila dah tak cukup duit tu dia selamba cakap, “pakailah duit kedai dulu”. Ada sekali dia buat hal memang ni aku dengan akak marah betul, akak aku dah asingkan duit sebab kami memang nak besarkan kedai, duit dah kira.

Sekali dia pergi rembat duit tu bukan sikit ye kalau yang kerja kontraktor ni tahulah berapa puluh ribu. Dia menghilang lepastu akak aku call minta duit tu balik dia sombong giIa cakap, “ini duit aku, bukan duit kau sorang!”

Sejak haritu memang akak aku dah tak kasi dia duit. Dia datang merayu dalam telefon pun aku dengan akak buat b0doh bagi aku dia ni dah macam c4ncer habis. Sebelum ni pekerja takut lah lagipun abang aku dia kira bos diorang tapi lepastu aku cakap kalau nampak dia datang korang tumbvk ter4jang je jenis tak guna.

Sekarang merata merempat sebab hutang tak bayar apa semua. Kami pekakkan telinga dan buta kan mata. Sebab selama ni walaupun dia ambil duit masih okay lagi tapi dia dah rembat duit nak besarkan kedai, paling kurang ajar dia cakap, “aku doakan bankrupt kedai tu!”. Sejak haritu memang kami tak layan. Biarlah dia nak merayu menangis. – Rafi (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Salina Gunawi : Sedih bila mak ayah dah pesan jangan naikkan harga mee rebus dan air sirap tu tapi dia degil tak ikut amanat Arw4h. Insyaallah doa dia tak ke mana sebab hati dia busuk.

Noraziah Amdan : Dulu confessed pasal bapak kacau restoren w4risan arw4h mak. Confession kali ini abang pulak buat penyelewengan.

Selagi hak pekerja dijaga, harga berpatutan, bil – bil, cukai dibayar on time, In shaa Allah perniagaan akan bertahan. Kalau tutup, kesian, ramai yang hilang punca pendapatan. Semoga restoran terus bertahan dan terus maju. Aamiin. Banyakkan berdoa agar abang insaf dan bertaubat.

BACA: