“Mentang-mentang rumah aku kecil takde siapa nak ajak bergambar, kat rumah kakak semua sibuk bergambar, tahulah rumah dia besar ada kolam”

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca sekalian. Masih dalam mood raya. Nama aku Citra

. Sudah berkahwin. Aku ada 8 orang adik beradik. 6 lelaki dan 2 perempuan iaitu aku dan Kakak aku.

Baru – baru ni raya, aku balik awal juga berbanding adik beradik lain. Sabtu sudah sampai di kampung sebab dalam fikiranku mak tiada orang yang membantu.

Mesti dia harapkan aku balik. Tepat seperti disangka. Seperti biasa sampai je kampung, aku terus salam – salam sinsing lengan baju tolong ketuk telur untuk buat bahulu. Abang sulung aku dan keluarganya dah sampai awal.

Tapi biasalah, kalut dengan anak kecik kan memang tak sempat tolong mak. Aku ok je.

"Mentang-mentang rumah aku kecil takde siapa nak ajak bergambar, kat rumah kakak semua sibuk bergambar, tahulah rumah dia besar ada kolam"

Petang tu mak aku cakap, kakak aku nak nasik ayam masa dia balik kampung nanti. Aku fikir, oh okaylah lambat lagi sebab dia balik pun sehari sebelum raya.

Jadi diam tak diam tinggal lagi 2 hari nak puasa. Masa ni masih ada adik beradik aku yang belum balik. Mak aku tanyalah nak makan apa. Aku pun cakap nak makan mee rebus sebab mee rebus mak aku buat memang thorbaik. Aku sambung buat kuih raya.

Jadi petang tu, tetiba mak aku kata tak jadi buat mee rebus. dia nak buat bihun sup. aku pun okay je. Keesokan hari kakak aku sampai. Jadi tengah hari tu aku keluar beli barang untuk raya. Balik tu, mak aku tanya beli mee tak?

Aku jawab tak beli sebab tak pesan kan. Tiba – tiba mak aku keluar pergi beli mee. Okaylah maybe mak aku teringat nak buat sebab aku mintak semalam. Rupanya masa berbuka tu baru tau, mak aku kelam kabut pergi beli mee sebab kakak aku cakap nak makan mee rebus.

Hmmm. Masa berbuka tu perit je rasa nak telan mee tu walaupun memang sedap. Sebenarnya, memang dalam keluarga aku ni, kakak aku ni berjaya orangnya. Alhamdulillah dia dan suami ada empayar perniagaan yang besar. Cuma aku rasa macam dibeza – bezakan.

Aku dah cuba nak bahagiakan mak aku nak ringankan beban mak aku. Aku bagi mak aku duit sebelum raya, sebab kesian macam dia sorang yang keluarkan duit beli macam – macam. Aku keluarkan duit beli mana – mana yang tak cukup.

Kerepek kuih raya macam – macam lagi. Tapi masih aku ni bayang – bayang yang selalu dilupakan. Bila raya, semua adik beradik pergi beraya lah. Balik rumah mertua lah. Aku ni kahwin dengan muallaf jadi setiap kali raya memang muka aku dan suami ni tak pernah failed kat rumah.

Bila raya, asyik muka aku dan suami yang layan tetamu, yang hidang air kuih raya semua. Abang – abang dan kakak aku entah ke mana – mana. Bukan bermaksud dorang tak buat apa langsung. Cuma dorang bebas je bila nak ke mana – mana.

Bila masa aku nak ke mana – mana, mak aku mulalah buat ayat sedih. Jadi akhirnya, memang muka aku dengan suami je yang tercongok kat rumah. Sampai suami aku cakap, baik tak payah balik kampung kalau asyik tercongok kat dapur je.

Hmm. Aku dan suami ni bukan lah orang yang nampak berjaya pun. Rumah pun rumah sewa kecik pulak tu. Gaji pun cukup – cukup makan dengan sekolah anak. Kereta kemek eksiden pun belum mampu nak cat semula. Jadi tahun ni memang aku takde semangat nak menjemput orang beraya ke rumah aku.

Risau andaik4ta orang tak selesa bertandang ke rumah aku yang kecik ni. Tandas pun tandas cangkung je. Baru – baru ni, kakak ipar aku datang ke rumah aku dengan adik beradiknya. Kemain happy suami aku ada orang nak beraya.

Laju je bawak aku cari carpet buat lapik tikar getah sedia ada. Beli biskut raya buat tambah yang sedia ada. Jadi, aku sedikit sentap bila aku ajak tetamu makan dorang kata dah kenyang. Jamah pun sikit – sikit je. Lepas raya rumah aku, diajaknya kami beraya rumah kakak aku.

Rumah kakak aku ni besar kereta pun berderet. Bukak pintu je dah mewah dengan swimming pool, lampu chandelier sofa besar island table dry kitchen wet kitchen. Jadi kami pun masuk. J

adi dijemput makan. Eyh, tetamu yang datang rumah aku tadi yang aku ajak makan dorang kata kenyang tu tetiba laju je duduk kat meja kaut nasik makan. Oh maybe dah lapar balik kot kan.

Padahal baru 15 minit yang lalu dorang kat rumah aku. Hehe. Aku tengok jela. Masa nak balik, kakak ipar aku dan adik beradiknya pun cakap lah eyh nak ambil gambar lah sebelum balik. Oh tadi kat rumah aku yang kecik tu takde pulak nak ambil gambar kan.

Aku pun terus mintak diri kat kakak aku, cakap nak balik ada hal. Biarlah dorang ambil gambar berlatar belakang kan rumah yang besar. Aku diam je tak cerita dengan suami biarlah aku sedih sorang – sorang. Sebab tu aku rasa berat sangat nak terima tetamu.

Aku ni fragile. Biarlah aku dengan keluarga kecik aku ni cipta kebahagiaan kami sendiri kat rumah yang menyaksikan susah senang kami sekeluarga.

Sebab aku rasa macam seolah – olah orang judge aku. Kalau nak makan apa – apa boleh je aku masak sendiri atau beli sendiri. Tak perlu aku nak mintak pada sesiapa yang mungkin tak anggap aku dan suami ni wujud pun. – Citra Lestari (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Izzati Amer : Saya pernah dengaq ayat ni, bila pergi rumah si kaya, makan minum jangan habiskan, biaq bersisa supaya nampak kita tak lahap @ hadap sangat.

Bila pergi ke rumah yang kurang berkemampuan, makanlah dengan penuh selera, waima sekeping biskut hup seng cicah teh o ais pon. Biaq tuan rumah rasa seronok tengok kita berselera camtuu.

Rina Rahamat : Nak harap orang jaga hati kita memang susah so kita jaga jerlah hati kita sendiri. Kalau kita jenis fragile mudah terasa hati lebih baik cuba cari circle sendiri yang kita rasa sesuai dengan kita. Bukan maksudnya jauhkan diri dengan keluarga ke apa.

Contohnya pegi raya rumah kakak yang kaya tu pergi dengan famili kecil sendiri jer tak yah dengan adik beradik lain sebab nanti kita mungkin terasa hati atau rasa terpinggir dengan perlakuan diaorang. Diorang pun mungkin tak berniat atau tak sengaja buat sis terguris.

Naqibah Jamaluddin : Bab mee tu kalau terasa hati gtau jela kat mak. Kot la dua – dua cakap nak mee rebus pastu maknya pikir sekalikan buat esok ke apa.. Maybe maknya tak gtau. Bab beraya tu pulak.

Maybe kak kipar tu pun jenis rumah kecik jugak teruja nak ambil gambar kat umah besar maklomla bukan selalu rumah masuk – masuk ada swiming pool. Lantak lah ke dia nak ambil gambar. Bab makan kenyang tu taktau la cuba cakap eh tadi kata kenyang…sini lapar pulak ekkkk.

BACA: Pecah dan jual tanah rizab Melayu kepada bukan Melayu, SPRM tangkap bekas penjawat awam