‘Terpacak kapak tu!’ Angkara dendam, lelaki tetak guna kapak tepat atas kepala

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

Seorang lelaki mengalami kecederaan serius selepas diserang dengan kejam oleh seorang individu bersenjatakan kapak

Dalam satu kejadian mengejutkan di daerah Bundi, India pada Selasa lalu.

Mangsa, yang dikenali sebagai Banwari Meena, 40 tahun, mengalami kecederaan serius di bahagian kepala akibat serangan tersebut, menurut laporan Majoriti.

Menurut Subinspektor Kamal Singh dari polis perbandaran Kapren, siasatan awal menunjukkan bahawa serangan tersebut dilakukan atas motif dendam.

Suspek, Tejmal Gurjar, 45 tahun, didakwa menyerang mangsa, yang juga rakannya,

'Terpacak kapak tu!' Angkara dendam, lelaki tetak guna kapak tepat atas kepala

atas alasan ingin membalas dendam atas kematian isterinya dalam sebuah kemalangan jalan raya pada tahun sebelumnya.

Kejadian itu berlaku ketika orang ramai menonton acara kebudayaan kira-kira pukul 11.15 malam, Selasa.

Seorang pengunjung merakamkan video serangan tersebut, yang kemudian dimuat naik ke laman Twitter dengan akaun @jaina111, menunjukkan suspek menyusup dari belakang tirai pentas sebelum menghayunkan kapak ke arah kepala mangsa yang sedang duduk menonton persembahan.

Selepas menyerang mangsa, suspek melarikan diri dari tempat kejadian dan sehingga kini masih belum dapat dikesan oleh pihak berkuasa.

Kamal Singh menjelaskan bahawa motif serangan itu berkait rapat dengan tragedi kemalangan yang melibatkan kedua-dua keluarga mangsa dan suspek pada Jun tahun sebelumnya.

Banwari Meena, pengendali kenderaan yang dikatakan bertanggungjawab atas kemalangan itu sehingga menyebabkan kematian isteri Tejmal Gurjar.

Tejmal, yang mempunyai dendam terhadap Banwari atas kematian isterinya, didakwa mencari peluang untuk membalas dendam dan menyerang Banwari secara tiba-tiba ketika acara kebudayaan sedang berlangsung di kampung mereka.

BACA: Imam solat subuh baca surah panjang sangat, jemaah bengang lambat pergi kerja