Pecah dan jual tanah rizab Melayu kepada bukan Melayu, SPRM tangkap bekas penjawat awam

Oleh DAHLIA MARZUKI

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seorang bekas penjawat awam kerana disyaki menipu

sebuah agensi kerajaan negeri, yang menyebabkan pemecahan lot Tanah Rizab Melayu seluas kira-kira 649.2 hektar.

Sumber dari SPRM memberitahu bahawa suspek lelaki berusia kira-kira 60 tahun itu juga disyaki menipu

Dengan menyatakan bahawa tanah tersebut bukanlah Tanah Rizab Melayu.

Walaupun tarikh dan lokasi penahanan suspek tidak dinyatakan, sumber tersebut menyatakan bahawa siasatan awal menunjukkan

Pecah dan jual tanah rizab Melayu kepada bukan Melayu, SPRM tangkap bekas penjawat awam

Bahawa suspek disyaki melakukan kesalahan tersebut pada tahun 2012 ketika masih menjadi seorang penjawat awam.

“Keseluruhan tanah tersebut dikatakan telah dipisahkan dan dijual kepada bukan Melayu,” katanya kepada Bernama semalam.

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim, ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 418 Kanun Keseksaan (Akta 574).

Beliau juga mengesahkan bahawa suspek akan didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh, Perak hari ini.

BACA: Rupanya ini yang jadi pada mayat angkasawan kalau meninggal dunia luar dari bumi