Seleweng duit zakat RM9.62 juta, pasangan suami isteri bebas dengan jaminan

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Suami isteri yang sebelum ini direman dalam siasatan kes penyelewengan dalam kutipan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak

(MAIPk) sebanyak RM9.62 juta, telah dibebaskan dengan jaminan mahkamah hari ini.

Majistret Farah Nabihah Muhamad Dan telah membenarkan permohonan polis untuk membebaskan lelaki berusia 50 tahun

wanita berusia 53 tahun tersebut dengan jaminan bon sebanyak RM50,000 bagi setiap individu, mengikut Seksyen 118 Kanun Tatacara Jenayah.

Menurut laporan Sinar Harian, pasangan tersebut tiba di Mahkamah Majistret Ipoh pada 9.30 pagi bersamaan dengan pendampingan polis dan telah dibebaskan dalam masa 20 minit.

Seleweng duit zakat RM9.62 juta, pasangan suami isteri bebas dengan jaminan

Pasangan tersebut telah direman selama 10 hari bermula dari 6 Januari lalu untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan, yang melibatkan pecah amanah.

Penangkapan mereka dilakukan oleh pasukan dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dan IPK Perak di Kuala Lumpur selepas MAIPk membuat laporan.

Siasatan awal mendapati suspek terlibat dalam transaksi kutipan secara dalam talian dan didakwa gagal mendepositkan zakat sejak Mac hingga September tahun lalu.

BACA: “Adik-adik ipar berebut-rebut ambil mak suruh jaga cucu, sampaikan mak guna duit sendiri upah pengasuh, akhirnya aku buat keputusan buat mereka masam muka”