Sebuah video viral di media sosial memaparkan seorang pekerja restoran terkenal merosakkan kentang menggunakan kakinya.
Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di negeri Madhya Pradesh.
Menurut laporan dari laman berita Ary News, seorang pekerja lelaki terlihat memijak-mijak kentang
untuk digunakan sebagai bahan dalam membuat pes dan diisi ke dalam kuih samosa.
Pemilik restoran menerima kritikan daripada netizen selepas penyebaran video tersebut.
Walau bagaimanapun, beliau enggan memberikan penjelasan mengenai pelanggaran peraturan kesihatan dan kebersihan di premisnya.
Selepas kejadian itu, Jabatan Keselamatan Makanan Negeri Madhya Pradesh membuat lawatan ke restoran tersebut untuk mengumpulkan sampel makanan.
Pihak berkuasa tempatan juga memusnahkan semua barangan yang disediakan oleh restoran yang mengandungi kentang susulan kejadian tersebut.
BACA: Petua supaya pokok buah yang ditanam berbuah lebat guna minyak je