Artis wanita terkenal raih RM40,000 sebulan puaskan nafsu orang kenamaan

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

Menurut laporan dari Utusan Malaysia, terdapat segelintir artis dan Instafamous yang dipercayai terlibat dalam sindiket

pelacuran kelas atasan disebabkan penampilan mewah mereka yang mencolok dalam sekelip mata.

Menurut sumber dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), golongan artis dan Instafamous ini

Dibayar antara RM20,000 hingga RM40,000 untuk satu malam sebagai pelampias nafsu orang kenamaan.

Kegiatan tersebut dipercayai telah lama berlaku dalam industri hiburan dan mereka yang terlibat sanggup menggadai maruah

Artis wanita terkenal raih RM40,000 sebulan puaskan nafsu orang kenamaan

demi ‘duit segera’. Malah, salah seorang suspek daripada sindiket Macau Scam baru-baru ini menjadi orang tengah.

“Isu skandal seks ini muncul rentetan daripada timbulnya kes Macau Scam yang mengejutkan negara baru-baru ini yang mana ia turut melibatkan golongan artis tanah air.

“Dipercayai, salah seorang suspek daripada kes Macau Scam itu adalah antara orang tengah yang menjadi ‘penghubung’ kelompok selebriti dan instafamous yang didekati dan kemudiannya menawarkan harga tertentu untuk kegiatan pelacuran kelas atasan itu.

Dalam pada itu, kata sumber lagi mereka mempunyai nama beberapa artis dan instafamous popular tanah air namun senarai tersebut tidak boleh didedahkan kepada umum.

“Orang tengah yang terlibat berkemungkinan tidak mela­kukannya demi wang. Tetapi lebih cenderung untuk meraih reputasi dan pengaruh dalam gelanggang mereka.

“Bagaimanapun, tidak dapat disangkal dakwaan hasil bayaran aktiviti ‘menjual’ artis dan instafamous ini mungkin adalah antara sumber pendapatan yang menyumbang kepada gaya hidup mewah suspek.

“Kita tidak menyebut siapakah individu-individu terbabit, tetapi siapa yang makan cili, dia akan terasa pedasnya,” katanya.

Sementara itu, pihak SPRM kini sedang memantau media sosial artis-artis dan instafamous yang mempamerkan kemewahan hidup berlebihan sedangkan pendapatan sebenar melalui hasil lakonan, nyanyian dan perniagaan tidak seberapa

BACA: Tanah keluarga Amar Baharin dipindah milik Pejabat Tanah tanpa pengetahuan, sekali lain pula jadi bila MB Selangor respon