Assalamualaikum. Terima kasih jika hasil tulisanku disiarkan.Nama aku Siti Aishah. Aku merupakan seorang penjawat awam berusia 30an,
anak bongsu, sudah bersuami dan memiliki 3 orang anak perempuan. Kedua ibu bapaku berusia 70an. Suamiku pula menjalankan perniagaannya sendiri.
Kehidupan kami pada asalnya normal seperti biasa, tinggal di bandar yang agak jauh dari rumah ibu bapa dan mertua.
Kami akan balik kampung sebulan sekali atau dua kali.
Setelah beberapa tahun menetap di sebuah bandar di selatan tanah air, aku mula berhasrat untuk pindah ke kampung halaman.
Aku sememangnya lahir dan dibesarkan di kampung, jadi jiwa kekampungan sudah begitu sebati.
Hasrat aku disokong sepenuhnya oleh suamiku. Dia tidak kisah aku hendak berpindah ke kampung halamanku, dia akan mengikut sekali dan memulakan perniagaan di kampung halamanku.
Maka di sinilah bermulanya cerita. Untuk pengetahuan semua, hasrat aku untuk pulang ke kampung halaman disokong oleh semua ahli keluarga.
Ibu bapa akulah yang paling gembira dan amat berharap aku dapat pindah. Ayahku menyatakan hasratnya untuk menyerahkan tanah pusaka (tapak rumah ibu bapaku) kepadaku.
Aku berasa bersyukur kerana impianku sememangnya mahu membina rumah di kampung walaupun aku telah membeli rumah berhampiran tempat kerja.
Setelah beberapa kali gagal untuk bertukar tempat kerja, doaku dimakbulkan Allah. Aku menerima surat penempatan semula di kampung halamanku. Gembiranya aku bukan kepalang.
Bukan mudah untuk ditukarkan ke kampung halaman kerana sektor pekerjaanku agak kritikal di kawasan bandar.
Lalu, kutinggalkan semua rakan rakan, jiran jiran, rakan sejawat tersayang, begitu juga rumah yang telah kubeli di bandar untuk sebuah kehidapan ‘bahagia’ di desa.
Kusangka langit cerah hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Kehidupan ‘bahagia’ di desa bertukar ‘disaster’.
Ceritanya bermula apabila aku menumpang tinggal di rumah ibu bapaku sementara aku bina rumah. Bermula dengan urusan tanah yang mencetuskaan salah faham dalam kalangan adik beradik yang lain.
Ok, fine. Aku beritahu ibuku, aku tak mahu secebis pun tanah ibu bapaku lagi. Hatiku terguris dengan isu tanah tersebut kerana menyebabkan maruahku tercalar.
Rumah tak jadi kubina, aku fokus kepada beli rumah pula yang prosesnya agak lama untuk cari rumah yang sesuai.
Betullah kata orang, jauh wangi, dekat busuk. Hidup bahagia di samping keluarga tersayang yang kudambakan bahagia bertukar menjadi mimpi ngeri dalam hidupku.
Sebulan pertama semuanya berjalan lancar, aman, tenang walaupun aku sedikit kalut menguruskan segala urusan di tempat baru.
Masuk bulan kedua, mungkin ibuku sudah mula bosan dengan kami. Sikapnya mula berubah. Dia sudah mula tidak mahu bercakap denganku. Layanannya terhadap anak anakku turut berubah.
Dia asalnya seorang yang ceria dan periang. Aku mula merasai perubahannya. Dia menjadi pendiam, murung dan garang.
Tetapi apabila jiran atau adik beradik lain datang, dia ok sahaja.
Untuk pengetahuan semua, ibuku juga seorang yang tidak akan mendengar kata sesiapapun. Puas aku terangkan padanya, dia tidak perlu buat segala kerja rumah. Buat apa yang dia mampu sahaja, balik kerja aku akan uruskan semua.
Namun, apa yang aku katakan ibarat mencurah air di daun keladi. Dia beri seribu alasan, contohnya, ‘takkan nak masak dua kali, mak masak sekali lah’.
Tentang barang dapur pula, dia seolah olah cuba mengasingkan barangku dengan barangnya. Ibuku tak mahu gunakan barang dapurku.
Beras yang kubawa dari rumahku semasa berpindah, tidak berusik. Aku ‘slow talk’ dengannya untuk meredakan keadaan, tapi keadaan tidak berubah.
Semakin hari keadaan semakin worst. Ibuku yang sememangnya tidak suka suamiku, semakin menunjukkan protesnya.
Mungkin suamiku tidaklah seperti anak anak lelakinya yang rajin dan baik ibarat lelaki kiriman syurga. Aku juga tidak mampu menjadikan suamiku seperti abang abangku, kecuali aku ada kuasa ‘magic superpower’.
Suamiku cuba mengambil hatinya, tapi keadaan tidak berubah. Ada sahaja yang tidak kena dimata ibuku. Anak anak sukar dikawal kerana ibuku sangat sensitif kalau aku dan suami marahkan anak.
Masuk bulan ketiga, setelah usaha berdamai gagal, aku mula mendapatkan maklumat dari adik beradikku yang lain. Speechless aku mendengar segala cerita yang berlegar legar selama ini.
Ayahku yang selama ini kulihat tidak ‘ambik port ‘ tentang kemelut aku dengan ibu rupanya pun sama. Dia rupanya pernah datang ke rumah abangku secara tiba tiba dan marah marah disebabkan isu tanah yang kukira sudah tutup buku.
Semasa ketiadaanku disebabkan balik ke rumah mertua, ayahku pernah kumpulkan adik beradik dan anak anak saudaraku untuk berbincang tentangku. Allahu. Sebaknya hati.
Sedangkan aku tidak tahu apa apa dan ayahku tidak pernah berterus terang denganku. Untuk pengetahuan semua, Segelintir ahli keluargaku memang suka ‘cakap belakang’ dan itulah yang selalunya menghancurkan kemesraan kami.
Sebenarnya itu tidak lagi mengguris hatiku, yang menghancur luluhkan hatiku apabila aku dengar rupanya ibu canangkan pada adik beradik, aku tidak beli barang dapur, tidak pernah masak, dia penat buat semua kerja rumah. Allah, Istighfar panjang aku dengan deraian air mata.
Allah, betapa aku ‘struggle’ membahagikan masa antara komitmen kerja, anak anak dan tugasan rumah. Apa yang aku buat hanya sia sia selama ini. Niatku untuk menjaga kedua orang tuaku rupanya dibalas dengan hinaan dan kebencian.
Entah apa lagi yang ibuku canangkan, aku tak mampu dengar. Aku merasakan kasih sayang ibu bapa terhadapku sudah hilang. Yang ada hanya kebencian.
Buat masa ini aku sedang bertahan sebelum keluar dari rumah ‘bahagia’ ini. Aku tidak mampu berhadapan dengan ibu bapaku untuk berbincang dan memperbaiki keadaan, aku takut aku akan hilang kawalan dan jadi anak derhaka.
Aku juga sedih memikirkan maruahku yang sudah dijaja dalam kalangan adik beradik, anak saudara dan entah siapa lagilah, mungkin jiran jiran juga.
Aku akan berpindah ke rumah sewa tidak lama lagi. Berbaki 2 minggu sebelum pindah ke rumah sewa, aku rasakan bagai 20 tahun.
Banyak lagi sebenarnya dugaan sepanjang 3 bulan tinggal bersama ibu bapaku yang tak mampu aku coretkan. Semoga kisahku ini menjadi iktibar kepada semua.
Reaksi Warganet
Cik Adiera –
Bab harta memang boleh buat gaduh. Disebabkan emak saya ada pengalaman dibenci keluarga sendiri. Bila kami dah dewasa emak ayah suruh kami simpan duit pecah nama tanah masing masing.
So tanah yang ayah bagi masing masing dah dapat bahagian. Walaupun emak ayah saya tak kisah anak anak tinggal dengan dia, tapi kami taknak la nanti timbul isu kemudian hari.
Kadang kadang bukan mak ayah punca, kadang kadang mulut orang lain jadi punca. Sabarlah Puan. Setiap kesusahan pasti ada kesenangan. Semoga puan terus kuat.
Nor Arfa –
Sebelum pindah, jangan pikir nak menetap dengan mak ayah. Plan cari rumah sewa. Atur hidup sendiri.
Macam saya, tahun lepas balik duk kampung dapat tukar. Plan 6 bulan nak duk umah mama. Then cukup 6 bulan, dah selesa dengan tempat kerja. Saya dan suami cari rumah sewa..
Sebulan masuk umah sewa, kena PKP. Lega sebab dah duduk umah sendiri. Tapi umah mama saya dekat je. 10 minit dari umah saya.
Pindah bukan ada konflik tapi nak keselesaan. Lagipun mama pun mesti nak selesa jugak kan..
En Othman –
Biasalah orang tua, buruk buruk dia tetap ibubapa kita..
Saya pun sama, takleh lama sangat dan kerap sangat jumpa mak kandung. Biasalah perempuan ni emo. Orang kata dalam 1 umah tak boleh ada 2 Queen..
Sebab tu saya amik keputusan dok asing, sesekali balik lah jenguk. Rindu jumpa bru rasa kemanisannya. Dan tolong lah apa yang patut bila dah balik.
Tapi kalau mertua, Hurmm saya tetap hormat sebagai orang tua sahaja. Semua urusan saya serah pada anak kandung dia. Dalam Islam pun tak sebut itu sebagai tanggungjawab saya..
Dan tolonglah, kalau dah rasa tak ngam dengan mak kandung jangan jauhkan diri dan serah tanggungjawab bulat bulat pada ipar.
Ni selalu saya dengar sebab nak tutup kesalahan sendiri..
Mohd Noh –
Sama macam aku. Bila aku ada masalah dengan wife, mil aku sanggup kejut kami suami isteri pukul 1 pagi. Aku ingat nak nasihat kami suruh settle masalah ke ape. Alih alih dia cakap suruh aku cerraikan wife aku.
Masa tu anak aku umur 12 tahun terjaga sama, dia dengar kitaorang sembang sambil menangis. Fil aku ok, selalu cakap baik baik dengan aku suruh aku settle masalah. Mil aku tu tak tahan.
Betul orang cakap, kalau kita anggap dapat mertua tahap dewa dewi pun, jangan lah tinggal sama. Biar hidup sendiri susah macamana pun. Aku drag masalah aku setahun lebih nak selamatkan rumahtangga aku, last bercerrai jugak.
Siti Fahimah Mansor –
Memang kena banyak bersabar duduk dengan orang tua.
Kes akak lain, memang orang tua sendiri yang panjat ke kementerian supaya posting ke kampung sendiri.
Dah dapat bawa balik ke kampung pun akak banyak makan hati. Tapi lama tak lama pun 16 tahun juga. Sampailah beranak 3 dan nak nikah baru, ikut suami baru.
Selepas itu terciptalah kenangan akak di rumah kampung halaman sendiri… Sebenarnya lagi seronok hidup bersama keluarga yang kita bina sendiri.
Senang ke, susah ke kita bahagia bersama lingkungan suami isteri, anak anak kita.