Dr Mahathir dan dua anak disiasat SPRM, rupanya ini kes bakal buat ramai terkejut

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan bahawa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua anak lelakinya sedang disiasat berhubung isu pengisytiharan aset.

Ketua Pesuruhjaya, Tan Sri Azam Baki, mengesahkan bahawa siasatan sedang berlangsung dan notis pengisytiharan harta telah diserahkan

kepada kedua-dua anak lelaki Dr Mahathir, iaitu Mirzan dan Tan Sri Mokhzani, di bawah Seksyen 36 Akta SPRM 2009.

“Kami tidak bercadang untuk memberikan butiran lanjut mengenai kes ini pada masa ini. Biarlah SPRM menjalankan siasatan terlebih dahulu sebelum keputusan akhir diumumkan,”

kata Tan Sri Azam kepada media selepas merasmikan pejabat baharu SPRM cawangan Gua Musang.

Dr Mahathir dan dua anak disiasat SPRM, rupanya ini kes bakal buat ramai terkejut

Pada 18 Januari dan 26 Januari, SPRM telah mengeluarkan notis kepada Mirzan dan Tan Sri Mokhzani untuk mengisytiharkan semua aset mereka, sama ada alih atau tak alih, di dalam dan di luar negara, dalam tempoh 30 hari.

Tan Sri Mokhzani juga telah disiasat di bawah Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Pengganas dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Sementara itu, berhubung dengan siasatan kes menantu bekas perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Azam menyatakan bahawa terdapat tanda baharu Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan sedang melakukan perbelanjaan.

“Berdasarkan pemantauan SPRM, beliau telah menggunakan kad kreditnya di beberapa negara.

Kami telah memohon kepada Interpol untuk menerbitkan Notis Merah ke atasnya, dan kami masih dalam proses menjejaki dan mendakwanya di mahkamah,” jelasnya.

Pada bulan Ogos tahun lalu, SPRM telah menjejaki dua lelaki yang terlibat dalam siasatan kes rasuah dan penyelewengan berkaitan pendaftaran, pengambilan, dan penyimpanan biometrik pekerja asing di sebuah kementerian.

Individu pertama ialah Muhammad Adlan, 48 tahun, dan individu kedua ialah Mansoor Saat, 69 tahun, seorang peguam.

BACA: Tanah keluarga Amar Baharin dipindah milik Pejabat Tanah tanpa pengetahuan, sekali lain pula jadi bila MB Selangor respon