“Aku pelik suami lepas mandi dia masuk bilik tutup pintu konon pakai baju, aku intai dari tingkap dapur, akhirnya rahsia dia terdedah”

Oleh AHMAD SULAIMAN

Assalammualaikum semua. Aku dan suami ter’cerai’. Kami bercerai akibat suami melebih – lebih dalam urusan duit di dalam akaun saya.

Tau sebab kes apa?? Hanya gara – gara minta, setiap kali nak ambik duit dari akaun bank saya, sila minta izin.

Meskipun tu duit dia sekalipun, tapi belajar jadi orang beradab, tup – tup dapat lagi alasan, “masa kau bukak fone aku ada mintak izin aku ke??

Well, wanita selalu betul. Kalau mintak izin, dia nak bagi kebenaran ke?? Pastu sibuk bising – bising nak ambil anak – anak..

Hah, ambik laa mengkomer! Jaga anak pun tak reti, mandikan boleh bilang jari je, pakaikan pampers kat anak pun senget benget.

"Aku pelik suami lepas mandi dia masuk bilik tutup pintu konon pakai baju, aku intai dari tingkap dapur, akhirnya rahsia dia terdedah"

Lagi nak tuntut nak ambik anak. Dah, nak sangat ambik! Boleh pasni aku pergi cari kerja. Benda yang tak boleh dibuat sejak kawin.

Benda tak pernah nak sebulu tapi takpe laa, anggap jodoh setakat ni. Padahal banyak kali dah mintak pergi jumpa kaunselor, h4ram nak dengar. Apetah lagi bercakap soal mintak izin nak ambik duit dari akaun bini.. Ehh, alih – alih jadikan tu subjek jatuh taIak.

Aku dah lama sabar, peduli apa aku jatuh taIak pun. Ya, kami g4duh besar. Dari rumah lama sampai pindah ke rumah baru. Dia janji, nak berubah, tak nak bawak dah per4ngai lama. Saya buat keras hati.

Bila dia nak bersama sebab kes nak rujuk balik, saya buat b0doh, tapi hati ibu, hati isteri jauh dari sudut hati, saya cuba bagi lagi peluang akhir pada dia.

Sebab saya tahu s4kitnya hidup berpisah dengan pasangan. Jika one day ditakdirkan berjumpa jodoh lain, penat nak ulang kisah cinta baru. Dengan keadaan kami dah ada anak – anak yang sedang membesar. Saya tak mahu mereka menjadi m4ngsa keadaan.

Tapi hari ni, ternyata peluang tu hanyalah angin lalu pada dia. Mulanya lepas kes tu saya suarakan, saya tak suka dia guna suka – suka akaun akaun bank saya, kali ni dia gunakan muslihat kad bank dia hilang.

Jadi dia pinjam dulu kad bank saya buat sementara sebab nak cucuk duit dalam akaun dia untuk belanja hidup buat bulan ni.

Lepas tu esok dia akan gantikan balik dari akaun MAE dia sebab duit tu semua ada dalam MAE dan ada waktu – waktu untuk access keluar dari online transfer. Bila dia dapat tahu i-sinar saya masuk, memang dia ada minta izin gunakan sikit untuk bayar hutang.

Tapi hari ni, dia pulak buat – buat dompet dia tercicir di mana – mana. Katanya mahu blok kad saya jadi access online banking saya akan jadi tak valid sebab kad dah direport hilang dan diblock. Tapi dia hanya buat thru online banking jugak.

Setahu saya, kalau nak block kad bank, mesti thru call sebab mereka akan m4tikan segala access kad tu dari system bank. Mungkin dia fikir saya ni cukup b0doh untuk ditipu lagi. Saya dah tau, mesti ada benda yang tak kena.

Untungnya rumah baru ni tingkap bilik bujang ada bersebeIahan di bahagian dapur, jadi saya ambik peluang intai masa dia ada di dalam bilik. Waktu tu anak – anak leka bermain dan dia pun kelihatan tengah sibuk mencari – cari barang sambil tu tutup pintu.

Sebab lepas mandikan kononnya nak tukar baju. Kalau sebelum ni, dia berkurung di bilik bujang saya tak dapat tengok apa dia buat, sebab rumah kami ditingkat 1. Tapi sekarang rumah kami di tingkat bawah dan susun atur rumah ni lebih luas berbanding rumah lama, jadi itu membuka peluang untuk saya pun belajar jadi licik seperti dia.

Malam tu saya p4ksa suami tidur dengan saya dan anak – anak disebabkan beberapa hari jugak dia kurang tidur dan tidur – tidur ayam, dan pagi semalam sempat dia collapse, jadi apa lagi alasan dia boleh bagi. Nak tahan mata tak boleh sebab tekanan d4rah dia tengah rendah sekarang ni.

Jadi saya cepat – cepat suruh anak – anak tidur. Allah tunjukkan kebenaran pada saya, ternyata sewaktu saya intai di celahan tingkap dapur tu, memang sah, itulah dompet yang dinyatakan pernah tercicir petang tadi. Tahu apa yang saya jumpa?

Saya jumpa kad bank dia yang dik4takan hilang tu. Saya selongkar lagi beg dia, adalah beberapa note duit dan di celahan note – note duit itu terselit lagi sekeping kad bank. Dan ya, itulah kad bank saya yang belum sempat dia pulangkan kembali kepada saya.

Saya berhasrat, nak bagi balik penangan penipuan dia untuk ditelan semula. Sewaktu kejadian ‘kehilangan’ tu saya ada postkan pada group penduduk berdekatan, untuk maklumkan sekiranya berjumpa, silalah wasap atau pm saya.

Jadi plannya esok nak buat – buat kononnya ada orang PM saya jumpa dompet tu dan nak pulangkan balik pada dia. Saya nak tengok sikit reaksi dia macam mana. Saya ambik no.kad bank saya, saya cuba access dan tukar balik password no dan saya cuba access balik balance yang ada di dalam akaun tersebut.. Ternyata hasilnya mengecewakan.

Kepercayaan terakhir saya dih4ncur leburkan macam tu je. Memang saya akui, saya kerja waktu bujang dulu sekejap je. Jadi i-sinar saya takdelah beriban – riban macam orang dah kerja lama. Tapi bagaimana sekalipun saya berhak merasa hasil titik peluh saya.

Dahlah waktu dapat i-lestari saya tak sempat merasa apa – apa. Tup – tup duit i-sinar 1 sen pun saya tak berani nak belanjakan dan takde mood nak shopping. Dah kalau duk saja – saja adalah cubaan dia ‘pau’ saya. Mula – mula saya ok, oklah sebab dia minta izin.

Tapi jadi s4kit hati pulak sebab m4kin lama m4kin banyak. Saya tak sangka, sangkaan saya kali ni memang ternyata betul. Habis lesap duit titik peluh saya sebelum ni. Saya dah takde semangat dah nak pikir pasal duit. Saya pikir ke tak ke, dia tetap cop saya materialistik, sedangkan itu duit saya.

Kalau sebelum-sebelum ni yang menjadikan saya rasa dipermainkan sebab kononnya dia bagi saya duit nafkah. Tapi diambik balik dari akaun bank saya tanpa pengetahuan saya. Saya pun tak tahu macam mana dia buat tukar password online banking saya walaupun tanpa TAC.

Sedangkan fone saya dah letak macam – macam password dan saya pun dah buang access fingerprint dia dari phone saya. Saya sekarang sedang berfikir – fikir, apa perlu saya lakukan. Nak pandang muka dia pun dah takde rasa sayang atau cinta.

Bukan pasal duit sangat sebenarnya.. Tapi peluang akhir dan kepercayaan saya dih4ncurkan macam tu je. Nak kata dia j4hil agama, bapak dia sendiri akui, dia bab – baba agama agak ok. Duk di pondok pun beberapa tahunlah jugak tapi saya rasa m4kin tak kenal pulak siapa bersama dengan saya sekarang ni.

Sedangkan sebelum ni banyak benda saya mengalah dengan dia. Apa – apa perbincangan, mesti akan menjurus untuk saya terima keputuusan yang dia aturkan meskipun benda tu saya tak suka. Saya tak tahu ke mana lagi saya nak pergi.

Saya bukanlah orang baik – baik sebab tu family buang saya. Tapi tak sangka pasangan hidup saya pun sanggup buat saya macam ni. Rosakkan kepercayaan dan peluang yang saya dah bagi. Memang sifat lelaki ye, perlu hilang insan tu baru dia benar – benar hargai dan buat apa saja untuk pulihkan keadaan agar kembali macam biasa??

Terus terang saya cakap, hari demi hari terasa dingin je hubungan kami. Terasa seolah – olah cinta tu dah lama m4ti tapi bertahan sebab tanggungjawab je. Bayangkanlah, urusan anak – anak memang 100% dia tolak pada saya.

Sayalah mandikan, bagi makan, pakaikan baju, tidurkan diorang. Sampai masa saya nak keluar ke mana – mana pun kena pastikan anak – anak tidur dulu untuk elakkan diorang buat masalah. Kadang – kadang saya rasa terkongkong, saya nak ke kedai pun, kena bawak diorang, incase salah sorang masih berjaga dan tak mau tidur.

Pernah saya cakap saya tak sedap badan macam nak demam, harap sangat saya dapat berehat untuk beberapa jam dan ayat saya dapat, “Harap sangat awak tak s4kit masa ni, saya ada banyak urusan yang perlu disettlekan..”

Boleh bayang kalau satu hari saya s4kit teruk (Contoh), terp4ksa dikuarantin di hospitaI, mahu dia m4ti kutu terp4ksa menjaga anak – anak kami. Saya bukan taknak faham situasi dia tapi banyak benda dah saya sabar. Waktu saya banyak dihabiskan dengan anak – anak.

Pernah dia berhabis duit 1 – 2k untuk kononnya membeli jiwa saya, agar saya dapat jaga anak – anak dengan sebaiknya selepas ni. Katanya itu percutian keluarga. Saya bukan tak bersyukur.. Tapi nama saja percutian, badan ni terasa lagi berganda penatnya nak dibandingkan dengan duduk di rumah.

Dia tak habis – habis dengan urusan dia, dan saya berkejaran uruskan anak – anak seperti biasa. Tapi lebih extreme sebab anak – anak bila di tempat baru, excited diorang memang agak terlebih – lebih. Waktu tidur pun jadi tak menentu tak sama seperti berada di rumah.

Kadang – kadang kena layan mo0dy dia yang tiba – tiba tu. Si sulonglah tempat kemarahan kerana sulong kami agak nakal sedikit. Tapi bila sampai waktu dia s4kit, saya layankan je apa je keinginan dia yang kadangkala menjengkelkan.

Risau bukan kepalang.. Tetap anak – anak di bawah pemantauan saya. S4kit ke sihat ke, anak – anak masih tak saya abaikan. Tup – tup ada ungkitan dia dah berhabis banyak tapi bini tak enjoy pun percutian tu. Macam mana nak enjoy kalau feeling bercuti tu dah m4ti akibat kepenatan??

Tengok pulak suami dengan urusan dia memanjang. Kadang – kadang saya sedih, tak pernah sekali pun rasa family kami macam orang lain, hubungan kami suami isteri macam orang lain. Orang lain ada jugak bercinta lepas kahwin, happy je.. Tapi kami?? Berantakkan menanti beIah.

Sumpah saya dah penat.. Yaa, mungkin ada yang cakap jangan harapkan suami buat itu ini, kalau suami taknak jaga anak, ada yang suami jadi prajurit berbulan tak balik, kerja offshore semua bini terkontang – kanting buat semua, urus semua, yaa anda memang isteri yang hebat.

Tapi takpelah dah tuntutan tugas suami perIukan peng0rbanan dari pihak puan – puan jugak.. Tapi masalahnya, suami saya kerja berdekatan je. Patutnya ada waktu untuk uruskan anak – anak bersama, tapi takde.. Terlampau selesa sebab semua isteri yang handle..

Tu pasal bila saya buat cubaan larikan diri suatu masa dulu, dia tahu mengelabah, siap pergi report polis saya hilang. Saya gertak je masa tu, tak lari pun, duk je di suatu sudut terlindung dalam rumah. Dengan anak – anak yang mencari – cari saya sama.

Saya pun tak pastilah, dia perIukan saya sebab ikhlas sayangkan saya atau hanya untuk kepentingan saja. Banyak benda yang berlegar di kepala saya. Rasa macam nak lari betul – betul pun ada. Macam mana mungkin hidup dengan orang yang dah khiaanati saya?? Kepercayaan saya??

Kalau betul saya ni eg0, dah lama saya betul – betul tinggalkan rumah tak balik dah. Tapi saya sanggup butakan mata, pekakkan telinga, bisukan mulut, disetiap apa perbuatan dia buat walaupun saya cukup – cukup meluat. Jadi, adakah saya isteri yang bermasalah??

Komen Warganet :

NurNadhirah Jaafar : Allahu… puan seorang yang kuat. Diuji dengan pe’el seorang suami. Keluarga pula takda saat – saat perlu untuk bercerita. Kalau pendapat jujur saya yang tak berada di tempat puan, yang tak merasai kepenatan dan pend3ritaan puan.

Saya memang lama angkat kaki. Dipujuk rayu macamana pun takkan kembali dah untuk kali ni. Kita wanita berkahwin dengan orang yang kita sayang adalah untuk berkongsi hidup bersama. Saling menyayangi dan mencintai.

Jika perkahwinan tu menyebabkan kita rasa mend3rita, tertekan sepanjang masa undurlah diri. Tak perlu dah rasanya terus bertahan k0rbankan perasaan dan hati sendiri. Kat luar sana ramai je ibu tunggal lebih bahagia bersendiri.

Membesarkan anak – anak sendiri. Semoga puan terus kuat. Buat keputuusan kali ni fikirkan kebahagiaan diri sendiri terlebih dahulu. Fokus bahagiakan anak – anak. Jangan takut berpisah dengan alasan anak – anak tak dapat kasih sayang seorang ayah.

Cik Leen : Allahuakbar. Duit puan duit puan. Suami takleh usik duit puan. Kalau terguna wajib ganti. Hmm puan dah ambil ke kad puan? Hmm diam bukan penyelesaian yang baik.

Biarkan dan saik0 dia pun bukan penyelesaian yang baik. Rujuk pejabat agama puan. Berbincang kaunseling ke apa. Tapi agak pada saya baik puan angkat kaki dari bertahan lama lagi.

Wan Nor Fathonah : Kesian sis. Memang sedih. Semoga sis kuat k. Buat keputuusan elok – elok. Memang tak patut seorang husband bersikap macam tu. Moga jumpa jalan terbaik. Semoga dipermudahkan segala urusan sis.

Kalau saya memang tak tahan dah. Banyak peluang dah bagi kat dia. Sia – sia je. Duit bini yang tak seberapa tu pun gatal nak guna jugak. Mungkin dia tak faham.

Try pi kaunseling, pi pejabat agama tu. Entah sape yang materialistik sebenar pun tak tau. Dia cakap sis, tapi sebenarnya dia.

BACA: “Aku mengadu dekat mak mentua suruh nasihat suami simpan duit, tak sempat akhir bulan duit habis, rupanya mak yang kikis duit suami aku”