Wanita terpaksa berhenti kerja gara-gara jiran ‘selfish’ parking depan rumah orang

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Impian hampir setiap individu adalah memiliki rumah sendiri dan hidup tanpa gangguan.

Namun, seorang wanita tidak menyangka bahawa dia akan menghadapi masalah dengan jiran meskipun sudah menetap di kediaman sendiri.

Dalam satu hantaran yang dikongsi di Facebook, wanita itu menceritakan tentang isu tempat letak kereta di rumahnya yang sepatutnya mencukupi untuk dua kereta.

Namun, masalah timbul apabila jirannya suka memarkir kereta masuk ke kawasan rumahnya.

“Walaupun ruang itu hanya menyelit sedikit, saya terpaksa meletakkan kereta lebih ke luar untuk mengelakkan perkara yang sama berlaku di rumah jiran sebelah.

Wanita terpaksa berhenti kerja gara-gara jiran 'selfish' parking depan rumah orang

Saya sudah tegur setiap ahli keluarga mereka, bahkan dalam group lorong pun sudah pernah,” katanya.

Namun, walaupun telah ditegur, jiran tersebut masih mengulangi tindakan yang sama tanpa rasa kesal atau permintaan maaf. Oleh kerana itu, wanita itu terpaksa meletakkan keretanya jauh dari perkarangan rumah.

Keadaan ini menjadi bebanan besar bagi wanita tersebut sehingga dia terpaksa berhenti kerja kerana masalah ini.

“Saya pernah ajar tuisyen malam, tetapi ketika nak pulang, saya tidak dapat meletakkan kereta depan rumah sendiri. Saya terpaksa meletakkannya di tepi jalan yang gelap. Saya berhenti dari tuisyen walaupun saya memerlukan pendapatan tambahan,” katanya.

Wanita itu berasa marah apabila kakaknya terpaksa dibawa ke hospital dan dia menghadapi kesukaran untuk mengalihkan kereta.

“Malam ini, selepas menghadapi kesesakan yang lama, saya tiba di rumah dan tidak dapat meletakkan kereta di luar rumah sendiri kerana perlu mengemas kotak dan tong sampah yang diletakkan oleh jiran di ruang saya,” katanya.

Wanita itu menjelaskan bahawa kerana kawasan luar pagar bukan hak miliknya, dia hanya mampu meminta jiran tersebut untuk bekerjasama.

Wanita itu turut meminta pandangan orang ramai dalam perkongsian Facebook-nya, kerana dia baru pertama kali memiliki rumah dan tidak begitu arif tentang perkara tersebut.

Warganet memberikan cadangan dan komen yang membantu wanita tersebut menangani masalahnya. Ada yang mencadangkan untuk menggunakan reverse psikologi dan ada juga yang mencadangkan untuk membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan.

BACA: “Aku mengadu dekat mak mentua suruh nasihat suami simpan duit, tak sempat akhir bulan duit habis, rupanya mak yang kikis duit suami aku”