Dakwa ada babi dalam perasa makanan – “Itulah pentingnya english education”, kata netizen

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Sebagai individu yang beragama Islam, memilih makanan dan produk yang halal adalah amat penting.

Kita perlu berhati-hati semasa membeli sesuatu produk, terutama makanan, kerana ia akan memasuki tubuh kita.

Jika anda adalah jenis yang suka membaca ingredients semasa membeli sesuatu, itu adalah tanda yang baik kerana anda teliti.

Namun, tidak semua orang melakukan perkara yang sama.

Baru-baru ini, seorang individu telah menarik perhatian ramai dengan berkongsi video yang memaparkan sejenis produk mengandungi ‘babi’.

Dakwa ada babi dalam perasa makanan – “Itulah pentingnya english education”, kata netizen

Video tersebut menunjukkan seorang wanita sedang berada di sebuah pasar raya, tetapi lokasinya tidak dapat dikenal pasti.

Wanita tersebut mendapati sebuah produk yang dijual mengandungi ‘pork’ dan memperingatkan pengikutnya untuk berhati-hati ketika membeli produk tersebut, terutamanya bagi mereka yang beragama Islam.

Namun, apabila diteliti dengan lebih teliti, terdapat penulisan ‘use on’ pada produk tersebut, yang bermaksud ia boleh digunakan pada beberapa jenis daging masakan.

Reaksi netizen ke atas tindakan individu tersebut adalah campuran. Sesetengah mengkritik tindakannya dan menasihatinya untuk memahami maksud sebenar produk tersebut sebelum menyebarkannya.

Pada masa penulisan artikel ini, video tersebut telah mendapat banyak perhatian di Twitter, dengan 4,698 retweets, 3,660 quotes tweets, dan 5,819 likes.

BACA: Jarang orang cina ‘renovate’ rumah supaya nampak mewah, duit banyak-banyak pergi mana?