Assalamualaikum. Firstly, sebelum aku mulakan cerita aku, aku nak ucapkan ribuan terima kasih pada admin sebab sudi post confession aku.
Aku nak warning dan minta maaf awal awal, kisah aku ni agak panjang okay so without further ado here it goes…
Nama aku Marissa, berumur 29 tahun, anak ke-3 daripada 6 adik beradik.
Aku ada stable 8-5 job yang aku consider professional jugalah dan boleh dikategorikan sebagai golongan B4 dekat sebuah syarikat swasta.
Tunang aku pula berumur 32 tahun, bekerja as a frontliner dekat sebuah syarikat swasta dan considered as T2 income group.
Tunang aku ni seorang duda dan dia mempunyai seorang anak perempuan berusia 8 tahun.
Dia kahwin dulu masa tengah final year study dekat oversea and bertahan sekejap saja kemudian bercerrai atas reasons yang aku pun masih ragu ragu kesahihannya sampai harini.
Untuk memudahkan lagi cerita, aku namakan tunang aku ni Faizal (bukan nama sebenar) okay?
Faizal ni aku kenal dah setahun setengah. Masa awal awal aku start my working life, aku kenal dia melalui dating apps. Masa tu aku muda dan tengah dalam fasa exploring the world.
Tapi tak ada pun niat nak serious cari calon untuk berkahwin dekat situ. I had no plans in getting married yet whatsoever.
Faizal ni masa mula mula kenal effort dia memang tiptop. Dia nampak charming, caring and intelligent. Benda benda ni yang buat aku tertarik untuk kenal dia dengan lebih mendalam.
After few months passed by, Faizal makin serious dengan aku. Dia selalu saja mention pasal kahwin, pasal nak jumpa family masing masing.
So aku pun bila nampak effort dia yang serious nak halalkan aku, aku setuju je. Dia bawak aku jumpa mak ayah dia dan adik beradik dia untuk makan makan dan sambil berkenalan. Honestly, they are good, highly educated and well-mannered people.
Dari bapa, mak, smpailah ke adik beradik dia semua ada education dan pekerjaan yang baik baik. Dia ada 4 adik beradik. Jadi, aku sangat respect pada family dia. Lepas dari tu, family kitorang pula berkenalan and fast forward a few months, we decided to get engaged.
Pada hari kejadian pertunangan kitorang tu, I was the happiest girl alive. Rasa semangat nak kahwin tu berkobar kobar. Nak ada family sendiri, besarkan anak anak yang solehah, kumpul pahala banyak banyak and most importantly, pergi ke jannah bersama sama dengan bakal suami aku ni..
Tapi, bak pepatah ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ribut petir di tengah hari.
Well, aku tak tahu la ni ujian bertunang atau petunjuk dari Tuhan. Tapi apa yang aku rasa sekarang seolah olah macam bukan ujian je. More like a nightmare je.
2 bulan lepas kami bertunang, aku dapat tahu si Faizal ni sebenarnya the worst amongst the worst cheater and womanizer ever to walk the earth. Segala rahsia dia selama ni yang dia sorokkan dari aku terbongkar. The other monster side of him yang aku tak tahu pun sebenarnya wujud.
I died a little on the day I learned the truth about my so called Fiance ni. Selama 2 tahun dia kenal aku dan konon konon bercinta dengan aku, dia tak pernah pun stop guna dating apps tu. Bermacam macam jenis dating apps ye.
Siap tidur dengan ramai perempuan belakang aku sebelum DAN selepas bertunang. Baik yang janda, anak dara, colleagues and basically semua jenis mahluk from all walks of life and menepati taste dia, dia akan sebat asalkan nfsu dinasour dia tu puas.
S3xting, video call, dating multiple women. Memang end goal dia bila berkenalan dengan perempuan untuk tidur dengan diorang.
Hari kejadian majlis tunang kitorang, dia boleh text perempuan lain mengaku diri dia single pada malam selepas selesai majlis tunang dan bagitahu perempuan tu dia nak cari serious relationship.
What the eff? He blatantly disrespected me, my family and his. Aku? Ofcourse, angry, betrayed dan heartbroken teruk beb. Aku tak pernah terlintas nak curangi dia, never slept, s3xting, video call or went out with anyone behind his back. Dia sorang saja di mata aku.
And all this while dia selalu salahkan aku even pasal benda kecil and petty pun. Sebab EGO dia besar nak mampus. Manusia paling ego aku pernah encounter in my entire 29 years of life. Actually, dulu dulu aku ada saja perasan something off sikit dengan dia ni.
Contohnya, dia selalu hilang tiba tiba tak ada update aku dia pergi mana dengan siapa and ada beberapa kali bila dia keluar. Kalau aku call dia, dia takkan angkat or akan matikan call tu. Rupa rupanya time tu tengah sedap dengan betina lain. Haha.
By the way, Faizal ni jenis tak boleh tak text aku. Paling lama pun 2 hours saja after that dia akan cari aku or aku yang cari dia. Lepastu, ada masa yang bila dia acah acah cakap nak tidur, dia akan text aku dia nak tidur and wish aku goodnight tapi bila aku check pukul 3, 4 pagi tak tidur tidur lagi. Padehal esoknya dia keje.
Rupa rupanya tengah s3xting dan video call betina lain. Kalau whatsapp, telegram tu jangan cakap la, sentiasa online sampai lewat malam (kerja katanya) and notifications sentiasa tak putus putus.
Disebabkan aku dan Faizal ni sangat rapat dan selalu jumpa, aku pun terfikir takkan lah dia sanggup curang dengan aku. Bila saja dia ada masa kan sebab 90% of his time memang dia spent untuk aku. Tapi Tuhan tu maha adil.
He is very cunning and will lie at every chance he gets. Aku mengaku aku tertipu hidup hidup. Selalu saja bila kitorang keluar, Faizal ni dapat random calls from side chicks dia tapi dia akan end calls tu or tak angkat (macam mana dia buat dekat aku).
So, the red flags were there tapi entah kenapa bila dia buat bende bukan bukan belakang aku, walaupun firasat aku mengatakan ada sesuatu tak kena, aku sentiasa akan husnuzon dan berfikir positif. I always give him the benefit of the doubt.
Pernah aku tanya dia ada berjumpa atau berwhatsapp dengan perempuan perempuan lain ke belakang aku? Tapi reaksi dia, dia defensive and melenting. Dia kata aku suka tuduh dia. So aku pun diam sebab aku tak ada bukti kukuh.
Dia sangat flirty dengan semua perempuan. Aku dapat tahu yang while dia acah acah nak halalkan aku, dia ada juga ajak perempuan lain kahwin, untuk pancing dorang tidur dengan dia. Lepastu mana yang dia rasa dah taknak dia akan tinggalkan saja especially his janda/s.
Modus operandi dia sama saja dengan semua perempuan. Buat cerita sedih yang dia tu duda dan ada anak tapi anak dia jauh (oh ya, anak dia ex-wife dia yang jaga fully) untuk meraih simpati dengan perempuan perempuan tu so that he can get inside their pants.
Bila fikir balik, entah entah reason dia bercerrai disebabkan kecurangan and ketahian dia sendiri. Tapi dari cerita dia, bukan sebab curang punca dia dan ex-wife dia cerrai. Entahlah. Tak tahu nak percaya mana satu and aku malas fikir past dia lagi.
Macam macam instinct aku kicked in bila dia buat benda benda jijik ni belakang aku. Dia boleh s3xting dengan betina lain masa aku datang jumpa parents dia di rumah dia, dia boleh keluar dengan betina lain time parents aku visit parents dia di rumah dia.
He slept with more than 1 women in the duration of our engagement period ni. Sebelum tunang? I lost count.
Ada yang baru kenal from dating apps tak sampai sehari, esoknya boleh pick up perempuan tu dekat rumah dia dan bawa perempuan tu ke hotel dia. Lepas sejam dua then dia hantar betina tu balik rumah.
Ada sekali tu, kitorang keluar berdua seharian berjalan, petang tu lepas aku dah balik (aku ada curfew untuk balik rumah latest by 7pm sebab aku still duduk bersama parents aku) dia boleh main seround dua dengan perempuan lain malam tu tapi cakap dekat aku busy tengah settlekan kerja.
Lepas dah puas main, lewat malam sikit dia text aku and pretend like nothing happened. Ada jugak yang dia main dengan janda, beberapa hari saja selepas kitorang dah bertunang.
Ikut suka hati mak nenek dia saja bila bila. Dia bukan kesah pun pagi buta ke malam ke, PKP ke tak PKP ke. Dia memang buaya. Tapi bukan species alligator ye, species yang hidup 110 juta tahun dahulu dan sebesar 40 kaki tu. Tu la dia. That is how deep, nasty and vile his lust for women is.
As for us women, betullah orang kata Tuhan tu kurniakan kita instinct untuk kita detect para para suami, tunang or boyfriend kita buat apa disebalik tabir, as a way of helping us.
So, ladies trust your instincts and gut when something doesn’t feel right. Jangan jadi stupid macam aku biarkan saja even selalu rasa something tak kena.
Another thing psl Faizal ni, dia sangat insecure dengan aku. Dia ada access semua social medias aku dan segala galanya la including whatsapp and emails.
Location aku pun dia kene tahu dekat mana all the time. Kalau aku lambat reply, tak update lokasi aku, siap la aku kene sound dengan dia. Tapi aku ok je. Aku bagi sebab aku taknak dia ragu ragukan aku even if he knows I don’t have a reason to make him feel that way.
Deep down dia tahu saja aku ni setia dekat dia and dia tak perlu pun semua tu. Mungkin dia sedar semua shitty behaviour dia buat dekat belakang aku and taknak aku buat exactly semua benda benda tahi yang dia dah lakukan dekat aku all this while?
Tapi bila aku nak access social media dia, semua tak boleh. Dia cakap dia tak suka dikongkong macam tu dan aku pula tak ada hak nak monitor dia. Haha bodohnya aku. Terlalu percayakan dan biar saja ketidakadilan tu berlaku.
Dia takkan bagi peluang langsung mana mana laki dekati aku. Kalau ada colleagues whatsapp, kenalan kenalan laki aku direct message dekat ig or twitter, dia akan soal aku siapa diorang tu, macam mana kenal and etc. Even blocked or suruh aku delete number diorang. Lol.
Macam mana aku tahu semua aktiviti kecurangan ni? Mesti la not from him, dia kan penipu. Mana mungkin aku dapat tahu dari dia. Aku korek smua ni dari betina betina yang dia jumpa, tidur, s3xting dan diorang sendiri mengaku dan tunjuk bukti.
Bukti kene ada sis, dengan Faizal ni kene be smart and one step ahead of him. Tak boleh cakap cakap kosong saja (even apa kau cakap tu sebenarnya tepat).
Selagi takda proof, dia akan sangat defensive and ego. Even kalau kau tanya saja pun anything related to women, dia akan defensive, rasa provoked, kemudian dia akan melenting.
End up kami akan jadi bergaduh besar. Memang dia tak akan beri ruang dan peluang untuk berkomunikasi. He shuts me off completely.
What happened between me and him now? Still together. Hari yang terbongkar segala rahsia dia tu, aku confronted dia kaw kaw punya. Memang takde bagi chance la.
Aku maki dia tapi aku tak menjerit jerit, I just cried really hard. Aku cakap dia ni hipokrit, lemah, pondan, and banyak lagi yang aku tak ingat. Dia? For the first time ever, apologised to me. Proper apology.
Kan aku cakap selama kenal dia kitorang selalu gaduh almost every 2 days. Tapi yang akan pujuk dan minta maaf is aku. Dia ego.
Dan buat pertama kalinya dia tak ego. Dia biarkan saja aku maki dia. Dia diam saja and admit to everything. Aku cakap aku nak putus tunang sebab aku dah tak boleh percayakan dia and aku jijik. Entah entah ada STD.
I was hurt alot then and I am still hurting to this day. Dia janji dekat aku yang dia nak berubah dan bagi dia peluang kedua. Mula mula memang aku rasa macam nak saja bagitahu parents dia apa dia buat dekat aku dan perempuan lain yang dia dah gunakan untuk nfsunya.
How he hurt, played and use women for his own needs, and then minta parents aku pergi pulangkan cincin tunang ni balik dekat diorang. Tapi dia merayu rayu untuk aku maafkan dia. Beri dia ruang, masa dan peluang untuk dia buktikan pada aku yang dia mampu berubah.
Dia kata dia bersyukur aku masih simpan aib dia dan benda ni terjadi sebelum kami berkahwin. Hari hari dia pujuk aku. Hari hari jugak la dia kena semburan berbisa dan toksik dari aku haha.
Start dari hari tu, dia dah tak ego, dia bagi aku semua password social media account dia, lokasi dia, dia start treat aku dengan more respect and transparent.
Dia dah stop marah marah dan lebih mendengar aku instead of shutting me off. Aku admit kitorang jarang gaduh sekarang berbanding dulu. Dia dah tinggalkan and block or delete semua contact perempuan perempuan tu.
3 bulan jugak dia stop semua benda tu. Cuma aku sekarang masih dalam proses nak monitor dia. Dia cakap, aku saja sorang wanita yang betul betul dia sayang dan dia takkan pernah sekali pun tinggalkan aku.
Wanita lain tu meaningless saja bagi dia and memang dia ngaku sendiri, nfsu dia besar. Aku takut perubahan dia ni sekejap saja lepastu perangai lama dia datang balik lepas dah berkahwin.
Last few days ni, Faizal ada suarakan yang dia masih nak explore perempuan. Dia bagitahu aku dia nak guna dating apps tapi under profile name, account and gambar aku. Katanya aku perlu kawan perempuan untuk hang out selain dia, dan dia nak tolong cari. So aku pun agree.
Bila dah start guna apps tu, lain pulak jadinya. 2-3 hari lepas, dia ada smpai lewat pagi s3xting perempuan perempuan dari apps tu lagi. Siap minta gambar dengan perempuan tu (dia cari girls yang lesbiian ye). Kadang kadang aku terfikir, what the hell is wrong with him weh? Aku confuse.
Bila aku marah dia, dia dah start ego balik, and sound aku balik. Katanya dia buat tu sebab bosan and saja nak explore the other side of women,
Sebab cara layanan aku dekat dia kadang kadang dia tak suka. Dia buat semua benda tu with my knowledge sebab kitorang both boleh baca and access the dating app. Cuma yang tukang cari dan text is him.
Bermacam macam alasan dia bagi dan cari point or kesalahan aku untuk gunakan sebagai sebab kenapa dia buat semua tu.
Aku tak interested pun sebenarnya nak cari kawan perempuan baru virtually. Dia yang lebih lebih. Bila text tu bukan macam kawan perempuan dah. Lebih macam boyfriend dan girlfriend.
Dia flirting and even s3xting dengan those girls tapi pretending to be me. Pernah dia suruh aku pergi jumpa girls tu and do s3xual stuff dengan diorang.
Dia siap cakap lagi, aku kena sleep with them FOR him. Sebab dia dah tak boleh and takkan tidur dengan perempuan lain lagi dah selepas apa yang berlaku antara kitorang berdua. How sick right?
Aku pun tak tahu la guys nak rasa apa dab buat apa. Yes, memang aku rasa dia dah takda tidur dengan perempuan lain, aku dah boleh baca semua benda dekat phone dia, tengok phone dia and everything.
Perubahan dia tu ada. Tapi certain actions dia buat tu macam suruh aku explore women sama sama dengan dia, buat aku terfikir, betul ke dia ni betul betul berubah? ke lakonan semata mata je? Aku tengah bagi peluang kedua untuk dia sekarang ni.
Sebab dia yakin sangat dia mampu. Tapi dia macam tak reti berfikir and insensitive pula dengan perasaan aku. Dah la aku broken teruk, and now dia pelik pelik macamtu. Sape saja suka? Ladies would you feel fine by that?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Sumber : Marissa (Bukan nama sebenar)
BACA: Netizen terkejut dakwaan tindakan peniaga tergamak kisar tisu untuk pekatkan kuah