Carilah pasangan yang memahami dan kenali mereka betul-betul sebelum buat keputusan untuk berkahwin.
Perkahwinan ini bukan untuk setahun dua, sebolehnya carilah pasangan yang boleh bersama kita hingga ke hari tua.
Minggu lepas aku gaduh dengan suami. Sebab dia besar bagi aku, tapi kecil pada suami.
Suami ambil jalan mudah untuk hilang begitu sahaja masa bergaduh tu.
Angkat kaki tinggalkan aku. So bila dia balik memang aku mengamuk sepuasnya.
Kesannya sampai sekarang suara aku serak lagi.
Kenapa aku mengamuk kan? Sebab entah. Dalam perkahwinan ni aku tak pernah betul. Semua yang aku buat salah pada suami.
Dan paling aku terkilan sebenarnya dan aku akan ingat sampai bila-bila juga rasanya adalah dia pernah cakap hidup dia sial sebab kahwin dengan aku.
Aku tak pernah tuntut dia bagi nafkah, sebab aku faham belum ada rezeki dia nak mewah-mewahkan aku ke apa.
Aku tak minta dia bagi aku benda mewah, yang aku minta layanan yang baik je. Tapi pada dia, mungkin kalau layan aku dengan baik itu akan menjatuhkan maruah dia.
Sepanjang sembilan tahun bergelar isteri, aku betul-betul dah cuba. Tapi aku ni baran juga. Jadi dalam mencuba jadi terbaik tu aku selalu la termarah juga.
So dah masuk tahun kesembilan ni aku sumpah dah penat nak cuba. Sebab tak ada yang betul.
Cara aku cakap salah. Aku diam salah. Aku marah salah. Aku sedih salah. Tidak! Aku tak boleh rasa semua tu sebab suami akan cakap dia pun sama marah sedih apa semua.
Jadi aku terpaksalah memendam rasa sedih dan penat sebab aku tak layak untuk ada rasa sebegitu sebagai isterinya.
Sebab apa, sebab hidup aku senang berbanding dia. Tak macam dia susah, aku tak pernah rasa susah. Aku ada duit simpanan. Aku ada kerja.
Dia tak ada duit. Kerja tak pernah tetap. Paling lama setahun. Ada sahaja masalah kat tempat kerja.
Tapi semua salah orang. Salah kerja. Salah kucing, bukan salah dia, dia kerja tak lama tu. Jadi dia je boleh rasa semua perasaan tu.
Aku tak boleh sebab aku tak hadapi masalah macam dia tu. Tapi dia tak sedar masalah yang aku hadap, dia masalah aku.
Asyik bandingkan isteri dengan mak sendiri
Apa je aku buat tak salah, Aku lipat baju salah sebab tak ikut cara dia. Aku masak salah sebab tak sedap macam mak dia.
Bercakap tentang mak dia, dia selalu cakap aku tak macam mak dia. Aku tak faham dia macam mak dia. Aku tak jaga dia macam mak dia.
Kadang dalam hati aku menjawab, dah tu pergi la kahwin dengan mak kau. Haha. Tapi sumpah aku tak pernah lagi luah ayat tu sebab aku tahu betapa bodohnya bunyi dia.
Sambung lagi kesalahan aku, aku basuh baju salah sebab tak wangi macam kat dobi.
Aku kerja. Keluar pagi balik petang, dia nak aku macam mak dia hari-hari kemas sapu rumah supaya tak ada habuk.
Masak, buang sampah, hatta masukkan baju dalam mesin basuh pun boleh kira la berapa kali sangat yang dia tolong aku.
Walau macam-macam dah aku buat, semua salah. Aku rasa sebenarnya yang salah sebab aku hidup. Aku kagum aku tak jadi gila hidup sembilan tahun ni.
Masa tu memang aku nangis sambil jerit-jerit, tapi aku sedar sesuatu, aku tak ada siapa yang aku nak panggil masa aku menjerit tu. Mak ayah aku ada lagi.
Tapi aku dah biasa dan memang tak pernah luahkan masalah aku yang besar pada dieorang.
Selalu cerita hal-hal kecil macam jalan tersepak batu, tapi kalau jatuh longkang lutut berdarah, aku tak akan cerita. Aku simpan sendiri.
Adik beradik pun sama. Aku kongsi cerita indah je. Kalau yang buruk pun yang tak penting dan bukan hal besar.
Yang besar-besar memang aku simpan sendiri. Aku tak nak dan tak akan bebankan mak ayah aku dengan masalah aku.
Dan aku dan suami, bila ada majlis keluarga, bila ada perayaan memang pandai bermuka-muka. Haha.
Berlagak macam bahagia, macam tak ada masalah. So siapa akan sangka itu yang aku hadap kat rumah sebenarnya.
Sebelum kahwin, aku sangka kan bila ada suami ada lah tempat meluahkan. Jadi bila masa aku mengamuk tu, aku sedar aku tak ada sesiapa untuk aku ceritakan semuanya.
Ye aku tahu aku ada Allah. Tapi aku nak cerita dekat dunia ni yang fizikal dia kita boleh nampak, aku tak ada sesiapa.
Masa bergaduh tu suami ada je, selain dia menjawab marah-marah aku, dia tengok je aku lepas tu dia blah tinggalkan aku.
Untungkan jadi orang yang boleh angkat kaki ni. Yelah. Aku salah dan yang nampak macam orang gilanya masa tu aku lah. Haha.
So bila aku sedar aku tak ada sesiapa ni aku rasa macam hidup aku kosong. Selama ni aku hidup pun sebab nak gembirakan orang.
Orang yang bila aku sedih dan rasa terduduk tu bukan orang yang aku boleh harapkan untuk luahkan semuanya.
Keluarga aku baik je cuma sebab peribadi aku sejak kecil macam tu, cuma sebelum ni aku tak perasan, baru ni aku perasan yang rupanya aku ni hidup tanpa ada sesiapa pun untuk aku bergantung dan berpegang.
Aku hidup sekadar hidup sambil menjalankan tanggungjawab aku sebagai hamba, anak dan isteri serta manusia yang baik kepada orang keliling.
Sembilan tahun kahwin. Aku belum ada anak. Dan aku bersyukur sebenarnya tak ada anak. Mungkin adaa hikmahnya.
Aku tak nak anak aku lahir dalam keadaan kepada aku serabut macam ini. Takut nanti jadi kes kel*r bayi haritu.
Aku ada Allah. Aku tahu. Aku faham. Aku akan cuba untuk teruskan hidup dengan apa yang aku ada. Cuma aku kadang-kadang terasa goyah juga.