Rider kongsi kisah seram, dia terima pesanan makanan dari kubur

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

penghantar makanan (rider) berkongsi kisah seram di mana dia diminta untuk menghantar pesanan makanan yang diterima dari sebuah kawasan perkuburan, lapor akhbar Tribunnews semalam.

Menurut penghantar makanan itu, dia menerima pesanan daripada seorang pelanggan bernama Nanda.

Namun, lokasi pesanan itu di sebuah tanah perkuburan di Kudus, Jawa Tengah, menyebabkan dia berasa ragu.

Apabila tiba di lokasi tersebut, tiada seorang manusia pun berada di tanah kubur berkenaan

Rider kongsi kisah seram, dia terima pesanan makanan dari kubur

Pelanggan bernama Nanda itu juga tiada di lokasi tersebut.

Biarpun penghantar makanan itu berusaha menghantar mesej kepada Nanda, dia tidak menerima sebarang maklum balas.

“Saya beruntung kerana kejadian berlaku pada siang hari, jadi, suasana tidak begitu menyeramkan,” katanya menerusi akaun TikTok @mantis.ojol.

BACA: Masak ketika maghrib dengan pintu terbuka, kuetiau goreng tiba – tiba jadi ‘menghitam’