Assalamualaikum dan hai. Nama aku Ahmad (bukan nama sebenar). Takde la isu besar sangat tapi lebih kepada Ihsan sesama manusia gitu, haha.
Cerita ni takde cerita cinta cintun tangkap perasan, bukan – bukan. Ni nak cerita realiti punya waktu beraya.
Hadirin dan hadirat sekalian, sedia maklum semua orang Muslim menyambut perayaan aidilfitri, yang mana perayaan
ini amatlah dinanti – dinantikan oleh sekalian insan tidak kira miskin atau kaya, tua atau muda. Eh macam teks khutbah jumaat pula. Hahaha.
Okey macam ni. Aku bujang laki umur 27 tahun. Ya aku masih single since lahir lagi. Tapi bukan tu yang aku nak cerita. Aku ni tinggal kat rumah parents. Nak dijadikan cerita arw4h abah aku dah lama meninggaI, adalah dalam 4 tahun.
Jadi aku lepas grad 4 tahun lepas memang sudah dipertanggungjawabkan untuk uruskan rumah keluarga memandangkan adik beradik aku yang atas semua dah kahwin. (Ada 5 orang, 3 laki dan 2 perempuan). Jadi tinggallah aku dengan mak dan adik – adik yang masih belajar.
Kalau setiap tahun, macam biasalah giliran adik beradik balik rumah beraya. Tu aku tak kesah sangat walaupon memang setiap raya memang aku kena tidur ruang tamu. Bagi abang – abang kakak – kakak tidur dalam bilik. Tapi kan tapi…
Boleh tak siapa – siapa yang balik awal ke kampung Tu.. boleh tak kurangkan sikit pergi keluar jalan – jalan. Pleaselah abang – abang, kakak – kakak tolong adik – adikmu ini di rumah. Tak tau lah orang lain, tapi macam rumah aku tu kira kemas rumah waktu Raya tu dianggap macam gotong royong perdana.
Paham tak macam mana kepohnya rumah sebelum Raya. Masa tu lah nak cat baru, basuh karpet sofa segala bagai. Halaman rumah yang tak pernah dibersihkan setahun, waktu tu lah nak dibersihkan.. penat wey. Korang mesti kata, eleh bersihkan je la halaman tu, bukan penat pon.
Aku lupa nak bagitau, aku orang kampung, rumah pon rumah kampung. Dan halaman rumah, luas ya amat. Satu hari tak cukup nak bersihkan. Ringan – ringanlah tolong kemas rumah ya. Kan adik beradik sama – samalah tolong kemaskan rumah. Jangan asyik main hp je atau terperap dalam bilik. Pergi tolong apa yang patut.
Aku yang laki ni sampai pukuI 2 – 3 pagi tak tidur sebab masukkan benda Alah besi sangkut kat langsir tu sebab tak terkira bende nak dikerjakan dan tenaga kerja kurang. Paling benci yang besi sangkut tu. Salah sikit kena buka. Haish…
Lagi satu, kita ni adik – adik level bawah je, malu nak beritahu. Tapi sebelum nak berangkat ke rumah mak mertua. Hulur hulur lah tong – tong duit dapur. Barang dapur ni kalau cerita boleh buat g4doh. RM100 – 200 pon dah lega kalau dihulurnya.
Ni tidak, kau dah request kat adik – adik yang bawah masak itu masak ini, lepastu tak cukup nak request kat aku bakar lemang. Aku dah la paling tak suka bakar lemang. Sebab apa, sebab aku bila bakar lemang auto geseng (gelap).
Punya la penat aku jaga kulit (walaupon lelaki) tapi sehari sebelum raya, jadi gelap balik serupa Bangla. Raya lepas la aku paling terk3jut, lepas bakar lemang aku sempat pergi gunting rambut. Biasalah nak gunting rambut tu usha – usha cermin besar gedabak tu. Time aku duduk kat tempat p0tong rambut.
Alangkah terk3jutnya aku.. Bangla barber tu lagi cerah daripada aku. Aku tak tahu nak sedih sebab jadi gelap atau nak happy sebab berjaya bakar lemang demi keluarga tercinta.. hahahah. Dah lah waktu raya ni je aku nak cari calon isteri. Tapi dah kalau muka pon hitam, tangan berbelang, siapa nak.. huhu.
So hulur – hulur la sikit ye mana yang mampu. Kang kalau takde lauk yang kau request nanti merajuk pula. Aku tak kesah hitam sikit, janji hulur. RM50 pon Okey besar nikmatnya. Walaupon mak aku ada dapat duit pencen sebab arw4h abah dulu kerja kerajaan, tapi aku lah yang kena topup waktu belanja Raya.
Tahun lepas aku agak termenung tengok akaun bank sebab sipi – sipi nak tinggal 3 angka je tau. Pahamkan situasi aku macam mana kan.. Eh, kau takde adik lelaki ke, asyik cerita adik perempuan je yang tolong. Ada.. aku ada adik lelaki, tapi bongsu kan. Memang kerja dia pandai larikan diri.
Tapi tahun ni memang aku akan pastikan dia duduk rumah je malam Raya. Tiap kali malam raya je kau hilang. Aku plan memang nak sorok kan kunci motor dan sorokkan spec mata biar kau sama – sama rasa keperitan kemas rumah sampai 2 – 3 pagi, ahaha.
Tu je la, dua tu je lah nak peringat. Abang – abang, kakak – kakak. Pertama: jangan asyik keluar je, tolong mana mampu. Kedua: Hulur duit dapur, RM50 Okey. Ahmad, terpaling periang. – Ahmad Periang (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Cik Liana : Cadangan aku kau listkan semua tugasan dan kos – kos belanja raya. Kira siap – siap sorang kena hulur berapa ringgit. Bab gotong royong tu letak takers siap – siap. Send kat group adik beradik. Sekarang ni tak perlu dah nak fikir yang kau tu cuma adik bawah – bawah ke apa sebabkan sikap abang kakak dan adik yang takde rasa tanggungjawab, kau kena ubah cara kau. Nak ubah dorang memang tak dapat. Itu je cara terbaik yang aku dapat fikirkan
Edayu Hadi : Bestnya dapat adik rajin macam ni. Adik – adik kita semua pemalas. Dah tegur, diorang menjawab balik. Masalahnya semua aku kena buat tu lah.
Dah lah balik kampung dah jauh, kena kemas rumah plak, masak juadah raya pulak, masa tido tulah masa rehat.. yang lain semuanya melingkar dalam bilik.
Zainab Zinnirah Abdullah : Bagus la awak ni. Awak lelaki pun rajin buat kerja – kerja rumah. Dah la kelakar. Beruntung bakal isteri, tapi sibuk punya pasal macam mana nak cari orang rumah ye dak.
Rentung satu hal.. lain kali kena bakar lemang sambil pakai helmet rasanya. Apapun semoga abang kakak awak baca la confession ni ye.
BACA: Dapat isteri pramugari, malam pertama aku dah suruh dia berhenti kerja. Selepas 2 tahun kahwin