“Aku ni macam hamba kakak ipar, tolong masak untuk orang tua tak sedar diri umur dah masuk 40, macam aku pula yang menumpang”

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

Aku tak tahu nak cerita dari mana. Aku dah tak tahan dengan keadaan sekarang. Aku dah meluah dekat family terdekat dan kawan rapat tapi entahlah aku tetap rasa serabut sampai sekarang.

Aku cuba untuk berdamai dengan takdir, dengan ujian Allah berikan kepada aku tapi sem4kin aku nak ikhlaskan sesuatu perkara itu

akan datang perkara lain yang buat aku str3ss. Aku dah berkahwin hampir 3 tahun dan dikurniakan seorang anak.

"Aku ni macam hamba kakak ipar, tolong masak untuk orang tua tak sedar diri umur dah masuk 40, macam aku pula yang menumpang"

6 bulan yang lepas suami aku mengajak kakaknya tinggal bersama atas alasan masalah keluarga (yang tidak boleh aku ceritakan. Mungkin ada yang kenal atau ipar duai yang membaca coretan ini).

Suami aku mintak keizinan untuk bawak kakaknya tinggal bersama dan aku beri keizinan atas sebab suami memberitahu bahawa kakaknya hanya tinggal bersama kami untuk sementara waktu (kakak ipar aku ada planning lain).

Tapi sampai sekarang aku tanya tentang dia punya planning dia dah tak ada minat tentang itu. Jadi akan sampai bila – bilakah dia nak tinggal dengan aku?? Dari anak aku kecik lagi aku ada masalah dengan kakak ipar.

Mungkin bagi dia, dia tak anggap itu masalah. Pertama sekali dia persoalkan tentang nama anak aku. Dia cakap nama yang aku bagi ni membawa maksud tak baik (dia siap bagi nama lain dan umumkan dalam whatssap group family lagi. Dah la nama tu tak best).

Aku siap buat rujukan dengan ustaz lagi dan ustaz pun cakap tak ada masalah dengan nama tersebut. Sampai sekarang aku terasa lagi. Nak cakap pasal per4ngai kakak ipar aku yang buat aku terasa ni banyak lagi sebelum dia tinggal dengan aku. Jadi aku ringkaskan per4ngai dia lepas tinggal dengan aku.

Mula – mula dia duduk dengan aku oklah per4ngai dia. Tolong aku itu ini. Lama – lama dah tak tolong. Untuk pengetahuan pembaca, kakak ipar aku tak pandai masak. Paling terkilan aku s4kit tak sihat tapi aku kena gagahkan diri untuk masak sebab apa? Sebab nak jimat.

Suami aku gaji bukan tinggi. Ikutkan suami aku nak beli je makanan tapi aku tak bagi. Aku kesian dengan kewangan suami aku. Suami aku pernah mintak tolong kakak dia gorengkan ikan tapi dia cakap ada hal. Entahlah.

Anak aku tengah main, kakak ipar aku pergi bukak cerita kartun. Lepas tu nanti, dia jugak cakap anak aku sekarang ni banyak sangat tengok cerita kartun tak bagi meng4muk. Kalau dia kakak kandung aku dah lama makan m4kian aku. Aku memang jarang bagi anak aku tengok kartun.

Hari tu aku dah meng4muk dekat laki aku pastu ok sekejap. Malam ni anak aku tengah main elok – elok, dia bukak kartun kat hp. Ya allah menyirapnya aku. Lepas tu pasal makanan. Aku jarang bagi anak makan manis kecuali kalau keluar memang tak boleh elaklah.

Sejak dia ada memang anak aku selalu makan manis. Lepas tu dia cakap anak aku sekarang ni dah tak nak makan benda lain sebab dah rasa makanan manis. B0dohkan. Lagi sekali aku meng4muk dekat suami aku dan hanya bertahan sekejap sahaja.

Aku rasa seolah aku yang bersalah tentang anak aku ini. Aku sehabis baik buat yang terbaik untuk anak aku tapi bila masuk campur tangan orang lain aku jadi ibu yang gagal. Sekarang ni bulan puasa paling tipis kesabaran aku.

Anak aku tak sihat. Aku masak ala kadar. Aku buat mana yang sempat sebab anak aku merengek nak dengan aku je. Bangun sahur tu dia cakap “eh semalam baru kakak basuh pinggan licin semua pagi ni dah banyak dalam sink”

Aku tak banyak cakap terus bangun basuh pinggan. Aku memang jenis sambil masak sambil kemas dapur basuh pinggan tu semua tapi sebab anak aku tak sihat aku masak pun lauk telur yang simple memang tak ada masa nak basuh tu semua.

Bukannya aku tak buat lepas anak aku tidur aku buat la. Dia buat aku ni macam menumpang rumah dia yang tak reti basuh pinggang kau faham tak. Str3ssnya aku.. Dia basuh pinggan pun boleh bilang dengan jari berapa kali sebulan. Dasar manusia tak reti bersyukur.

Aku ni dah macam h4mba dia. Tolong masakkan untuk orang tua yang tak sedar diri umur dah nak masuk 40-an. Bila aku suruh laki aku suruh kakak dia masak laki aku buat tak tahu je. Dia pun dah penat dengan per4ngai kakak dia.

Lagi satu bilik dia kat dapur, hari – hari aku kena sapu rambut dia yang berterbangan kat dapur. Aku naik geli dah. Hari tu aku pergi rumah kakak aku sehari tak balik, esokkan tu dia tegur eh banyaknya rambut kat dapur ni rambut sapa ni. Ni macam rambut saya sebab panjang rambut awak pendek je.

Barulah dia ambil penyapu sapu tapi sekali tu je. Lepas tu aku la jadi h4mba dia sapu rambut dia hari – hari. Tahun lepas aku dah bagi w4rning kat laki aku, aku boleh terima kakak dia tinggal dengan aku sampai akhir tahun ni je. Suami aku senyap.

Entahlah sekarang ni aku betul – betul serabut. Rasa nak balik tinggal dengan mak ayah aku je. Hari tu mak aku tersalah cerita pasal masalah aku ni dekat bapak aku, apalagi meng4muk orang tua tu suruh aku balik tinggalkan laki aku nak tengok tahan ke tak duduk dengan kakak dia.

Orang tua mana sanggup tengok anak jadi h4mba orang lain kan. Kadang – kadang aku rasa aku ada masalah hati tak boleh terima kakak ipar aku. Tapi dalam masa yang sama aku selalu fikir dorang ada ayah lagi. Bukan tanggungjawab laki aku nk jaga kakak dia. Jahat ke kalau aku tak nak jaga kakak dia?

Kakak dia bukan c4cat tapi pemalas. Entah la aku serabut. Aku rasa aku nak tinggal je laki aku ni. Lagi satu aku tak boleh str3ss – str3ss kalau str3ss aku akan jadi berdebar. Doktor syak aku ada jantung tapi aku tak pergi appointment.

Aku penat dengan keadaan sekarang. Dah banyak air mata kelelahan yang mengalir. Aku tak reti nak cakap direct dekat suami aku, aku dah tak nak tinggal dengan kakak dia. Oh lagi satu kakak ipar aku tak kahwin lagi dan tak nak kahwin.

Sekian luahan. Maaf kalau cerita ini buat korang pening dan tak faham sebab aku tengah serabut. 6 bulan aku bertahan. Kau bayangkan lah aku hadap muka kakak ipar aku 24 jam sebab aku ni surirumah. Kakak ipar aku pulak buat bisnes kecil – kecilan kat umah ni.

Sekarang ni dengar suara dia pun aku dah naik muak. Masalah hati betul kan aku ni. Hmm. Sepatutnya di bulan yang baik ni aku berlapang d4da tapi entahlah ada je perkara yang buat aku sem4kin serabut. Hmm. – Kacau Bilau (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Miera Aina : Dia macam ni, awak buat bahagian awak je. Part dia tak payah duk pikir. M4kin awak pikir pasal orang, m4kin str3ss awak. Saya cakap berdasarkan pengalaman saya sendiri. Saya memang abaikan orang. Ko nak makan, masak sendiri. Kalau bab dapur tu memang wajib kemas la kita nak masak takleh kotor – kotorkan.. sama la dengan saya.

Wahida Eida : Rumah tangga ni, kalau ada orang lain dalam rumah tu memang susah. Jadi serabut sebab kita tak boleh bebas di rumah sendiri, faham perasaan tu. Semoga dipermudah segala urusan..

BACA: “Mentua doakan suami dapat jodoh lebih baik depan aku, rupanya dia tak suka kerja aku sekarang”