Duit raya dalam bentuk ‘mock cheque’ undang perhatian netizen

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Hari Raya Aidilfitri adalah satu perayaan yang ditunggu-tunggu oleh setiap umat Islam, di mana mereka dapat bersua dengan sanak saudara selepas sekian lama berpisah.

Semasa perayaan ini, keluarga akan pulang ke kampung untuk bermaaf-maafan dan meraikan sambutan Aidilfitri.

Salah satu momen paling gembira semasa berkumpul adalah pemberian duit raya oleh ahli keluarga.

Duit raya dalam bentuk 'mock cheque' undang perhatian netizen

Duit raya biasanya diberikan dalam sampul merah bersama dengan wang ringgit.

Walaupun tidak wajib, tradisi ini telah menjadi lumrah setiap kali tiba Hari Raya dan memberi keseronokan tambahan selepas berpuasa sepanjang bulan Ramadan.

Baru-baru ini, satu video dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok @rayrahmanwan yang memaparkan momen pemberian duit raya bersama keluarga.

Yang menarik, dalam klip tersebut, duit raya tidak diserahkan dalam bentuk wang tunai seperti biasa, tetapi dalam bentuk ‘cheque’ atau mock cheque.

Apabila cheque tersebut dibawa masuk, semua ahli keluarga yang berkumpul di ruang tamu sangat teruja melihat wang raya yang diberikan dalam bentuk cek.

Kegembiraan keluarga dipenuhi dengan tandatangan pada cek yang ‘disahkan’ oleh lelaki dalam video itu, memberikan kesan ala-ala dato.

Dari ibu bapa hingga ke anak-anak, duit raya diberikan dalam bentuk cek.

Reaksi Netizen

Di ruang komen, kebanyakan netizen terhibur dengan kelucuan keluarga tersebut semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Beberapa daripada mereka menganggap pengalaman ini sebagai satu kenangan yang akan kekal. Ada yang berjenaka tentang nilai duit raya dalam sen.

“Berapa ringgit ni untuk mock cheque?” tulis salah seorang pengguna.

“Mungkin kerana tidak menjadi CEO megah holding, mereka main-main dengan sain-sain cek. Tetapi sangat kreatif,” komen seorang lagi.

“Melampau 99 sen hahahaha,” kata seorang lagi yang turut terhibur.

“Satu acara yang jarang dan menyeronokkan untuk diingati bersama keluarga di Hari Raya,” tulis pengguna lain.

Untuk pengetahuan semua, video ini telah mendapat lebih 400,000 tontonan dengan lebih 35,000 tanda ‘suka’ serta pelbagai komen.

BACA: lelaki terkejut ‘loan’ masih berbaki RM23,000 lepas 17 tahun konsisten bayar masa beli rumah harga RM35,000