“Dah 6 tahun abang meninggal accident, punca kemalangan aku simpan sorang, aku takut nak dedah kat ayah”

Oleh JUNITA ABD RAHIM

“Dah 6 tahun abang meninggal accident, punca kemalangan aku simpan sorang, aku takut nak dedah kat ayah”

Nama aku, Aman. 24 tahun. Aku hanya dua beradik. Aku dan adik lelaki aku, Amir. 17 tahun.Aku ada kembar, yang dah mennggal dunia 6 tahun yang lalu, Amin. Ayah aku berniaga sendiri.

Mak aku cikgu. Kami sekeluarga hidup dalam keluarga yang sederhana. Keluarga bahagia. Tapi setelah kemaatian abang kembar aku, kami sekeluarga mula sedikit dingin.

“Dah 6 tahun abang meninggal accident, punca kemalangan aku simpan sorang, aku takut nak dedah kat ayah”

Abg tak pandai bawak moto hanya pandai bawa kereta. Tp ak pelik satu hari dia boleh keluar pergi satu tempat naik moto abah sorg2 dan mennggal atas highway. Pelik mcm mana dia boleh bawa moto?. Sblm dia pergi dia ada bagi tahu ada sesuatu kacau dia dan rahsia tu mungkin punca dia pergi selamanya..

Abang aku meningggal, kerana kemlangan. Waktu dia berusia 18 tahun. Di sini berlaku sesuatu yang pelik.

Abang aku, tak pandai bawa motor. Dia boleh bawa kereta je. Bukan motor. Tapi, pada hari kejadian, dia bawa motor ayah aku, menuju ke sebuah tempat, naik highway dan kemlngan disitu.

Apa yang diterima oleh keluarga kami, berita kemalngan abang aku. Ini menjadi tanda tanya kepada kami sekeluarga. Bagaimana abang aku, yang cukup menurut kata mak ayah aku, boleh bawa motor sampai ke highway seorang diri.

Aku tak boleh lupa pada hari tu, bila tengok mak ayah aku bersedih atas pemergian abang aku. Lagi-lagi ayah aku. Sebab abang aku adalah anak pilihan dia untuk sambung perniagaan dia.

Dan adik aku yang masih terpinga-pinga kehilangan abang sulung.

Sedangkan aku, menyimpan satu rahsia. Rahsia yang aku pegang selama beberapa bulan waktu tu. Rahsia antara aku dan abang aku. Yang tak pernah aku bagitahu sesiapa pun. Telah 6 tahun aku pegang rahsia ni. Rahsia ni memburu aku. Mengganggu fikiran aku.

Meletakkan aku di suatu tempat yang menjadikan aku takut dan serba salah.

Abang aku, pada 6 tahun lepas, diganggu oleh suatu makhluk. Tak perlu aku nyatakan lebih detail, korang sendiri tahu, makhluk apa yang aku sembang sekarang. Pada waktu tu, 6 tahun lepas, aku tak berapa faham abang aku cerita.

Dia asyik bagitahu aku yang ada sesuatu tengah berbisik di tepi telinga dia. Pada awalnya, hanya bisikan. Kemudian ia menjadi lebih parah, mula merasuk. Sangat ketara, bila dia tengah tidur.

Aku ada bagitahu abang aku supaya bagitahu ayah kitorang. Tapi dia cakap macam ni, “Bukan taknak Man.

Tapi Benda tu tak bagi. Aku takut dia buat macam-macam.” Aku mula rasa cuak bila dia cakap macam tu. Dia cakap dengan ekspresi muka yang menakutkan. Aku tak pernah tengok abang aku macam tu sebelum ni. Aku tanya dia,

“Min, bila lagi kau kena benda ni?”

“Tahun ni (2012).”

“Bila kau perasan kau kena kacau?”

“Masa birthday kita.”

“Asal aku tak kena Min?”

“Sebab aku anak sulung kot?”

Beberapa hari lepas tu,

“Man, kau katne? Aku kat rumah ni. Aku tak boleh duk sorang. Benda tu tengah kacau aku.”

“Mak dengan adik ada kat mana?”

“Mak pergi sekolah adik. Kau balik cepat Man.”

Aku waktu tu tengah uruskan hal kemasukan ke asasi sains. Aku drive kereta laju-laju. Waktu tu pkul 4:00 petang.

Bila aku sampai ke rumah, abang aku takde. Aku call abang aku. Dia tak angkat. Aku tanya jiran, dorang cakap abang aku dah keluar dengan motor. Aku call abang aku berulang kali, tapi tak de jawapan. Aku masa tu risau gila.

Sebab abang aku memang tak tahu bawa motor. Macam mana dia boleh bawa motor?

Aku call ayah aku, tanya abang aku ada kat mana. Ayah aku jawab tak tahu.

Memang kami sekeluarga tak berapa risau kalau ianya berkaitan dengan abang aku

. Sebab abang aku sangat berdikari. Pkul 6:00 Petang, 2012 Abang aku masih tak balik lagi. Mak, ayah dan adik aku dah ada kat rumah.

“Man, abang kau kat mana?” Tanya ayah aku. “Haah. Kawan dia ambil ke Man? Kereta ada je kat rumah tu.” Sambung mak aku. “Abang Man, bagitahu abang Min adik nak dia beli coklat ea.” Sapa adik aku sambil bagi aku phone suruh call Amin.

“Tak mak. Amin keluar sorang. Dengan motor.” Bila habis je aku cakap macam tu, ayah aku terus keluar dari rumah dan tengok motor ada tak kat luar rumah. Ayah aku terkejut bukan kepalang.

“Abang kau keluar pkul berapa lagi?”

“Tak tau yah. Pkul 4 lebih kot.”

“Asal kau tak bagitahu ayah??”

“Mana orang tahu. Orang ingat dia pergi rumah member dia.”

“Kau call abang kau tak?”

“Dah. Tak angkat.”

Ayah aku terus call polis dan dia start kereta dia bawa aku sekali cari abang aku.Start dari tu lah baru kami tahu abang aku dah tiada

Aku faham. Apa yang buat ayah aku cuak. Sebab kami tahu, abang aku tak pandai bawa motor. Mungkin bagi korang, ini agak overreacted. Tapi kalau korang cuba fikir, letak diri korang di tempat aku dan ayah aku, apa yang membuatkan kami overreacted?

Ya. Betul. Kami berdua. Aku dan ayah aku. Kami tahu, it was not simply, just that.

We both knew, what was happening to my brother. Ayah aku tahu, apa yang jadi pada abang aku.

Sepertimana aku tahu, apa yang jadi pada abang aku.

Ayah aku adalah orang yang paling terkesan dengan kemattian abang aku. Abang aku adalah anak kesayangan dia. Satu-satunya bakal pewaris perniagaan ayah aku.

Selepas kemtian abang aku, ayah aku selalu ziarah kuubur aruwah abang aku.

Bila kat rumah, dia kemas-kemaskan bilik abang aku. Susun-susun buku. Kemas baju. Kemudian, takde orang usik dah bilik tu. Selama 3 tahun juga la dia senyap dan murung lepas kemattian abang aku.

Ayah aku pernah tanya aku,

“Man, abang pernah cerita pape tak dulu?”

Aku jawab,

“Takde yah.”

Kemudian, dia senyap. Aku tahu apa yang aku buat salah. Korang mesti pelik kan, kenapa aku tak bagitahu je bapak aku pasal benda ni. Ada sebabnya. Sebabnya..

“BENDA tu kacau aku.”

Selepas kematan abang aku, aku mula rasa ada benda tak kena. Segala benda yang jadi kat abang aku dulu, jadi kat aku. Waktu tu, aku umur 19 tahun. Belajar di sebuah asasi sains di Kuala Lumpur.

Masa aku tengah tidur, aku mimpi. Aku mimpi sorang laki. Muka dia sama macam aku. Abang aku. Amin. Amin datang dekat dengan aku.

Aku rasa nak peluk dia dalam mimpi. Tapi bila dia makin dekat, aku perasan sesuatu yang lain dengan muka dia. Walaupun muka sama dengan Amin, tapi aku rasa takut tengok muka dia.

Bila dia makin dekat, dia senyum. Dan aku tahu, Amin tak pernah senyum macam tu. Aku tak tahu nak bagitahu korang macam mana. Tapi senyuman tu, menakutkan. Tu first time aku rasa takut nak maati. Serious takut. Macam first time aku jumpa haantu!

Aku terus bangun, terjaga. Badan aku berpeluh. Aku pandang roomate aku kat sebelah, aku terperanjat. Segala benda dalam bilik aku masa tu, buat aku rasa takut. Aku buka lampu. Roomate aku terjaga. Dia tanya aku,

“Asal Man? Mengigau ea?”

“Haah Nep.”

“Kau okay tak? Asal muka kau macam tu?”

“Muka aku? Muka aku macam mana?”

“Muka kau merah tu Man. Mata kau bulat semacam.”

Aku terus bangun, pergi kat locker, tengok cermin.

“Kau betul-betul Nep. Takde pape pun.”

“Tadi serius muka kau buat aku cuak Man.”

Sejak hari tu, aku mula rasa tak sedap hati. Aku tahu, BENDA tu akan cari aku lepas ni. Mungkin ini adalah cara untuk dia “berkenalan” dengan aku. Aku cuba dapatkan nasihat ustaz kat tempat aku study. Aku cuba google, cara nak hindar makhluk halus. Aku perkuatkan amalan aku.

Segala amalan yang disarankan oleh ustaz, aku amalkan. Dalam hati aku, amalan ini bukan untuk menghalau makhluk halus. Sebab aku tahu, BENDA tu kuat. Tapi amalan aku ni, aku anggap sebagai persediaan sebelum DIA datang.

Kejadian kedua,

Juga ketika aku berusia 19 tahun. Waktu malam. Aku baru habis study kat cafe. Aku masuk bilik. Buka lampu, buka kipas. Roomate aku takde dalam bilik. Aku lempar bag atas katil. Aku landing, baring atas lantai, di tengah-tengah antara katil aku dan katil roomate aku.

Aku pandang kipas kat syiling. Sambil berangan, sambil membayangkan masa depan. Aku pandang kipas terlalu lama, sampai aku tertidur. Tanpa solat Isyak terlebih dahulu.

Aku tak tahu berapa lama aku tidur, tapi anggaran jam pkul 12 malam. Aku tersedar. Aku tidur mengiring ke kiri. Aku buka mata aku perlahan-lahan.

Bayangkan, masa aku buka mata, muka roomate aku tengah senyum berdarah, terpampang depan muka aku. Dia tidur mengiring menghadap aku.

Dalam masa tak sampai satu saat, badan aku melompat tinggi, sikit lagi nak kena kipas. Aku terus pecut sampai depan pintu, pulas tombol, tarik pintu sekuat hati. Pintu tak terbukak. Terkunci. Korang bayangkan, pintu bilik aku, pintu tombol.

Boleh kunci dari dalam boleh buka dari dalam. Mustahil aku tak boleh buka pintu ni melainkan, ada orang tarik dari belakang pintu. Aku cuba tarik sekuat hati. Dah macam orang gila.

Masih tak terbuka. Lampu terpadam. Aku bertambah cuak. Aku pandang belakang, untuk tengok balik roomate aku. Takde. Dia takde.

Dalam bilik gelap, aku tak tahu dia ada kat mana. Tapi aku yakin, dia ada dalam bilik ni. Mata aku keluar air mata. Tak pernah-pernah aku kena kacau macam ni. Macam ni ke abang aku kena kacau dulu?? Akhirnya, pintu terbuka. Aku lari sekuat hati menuju ke tangga. Aku terserempak dengan roomate aku.

“Aik. Kau dari mana Man?” “Nep. Kau dari mana?” “Aku lepak dengan budak-budak ni tadi. Jap aku tak faham ni.” “Nep, jap. Aku nampak kau dalam bilik tadi.” Aku bagitahu Anep sambil termengah mengah.

“Kau cakap apa Man? Aku ni patutnya yang pelik. Aku baru lepas tegur kau kat tangga tadi. Macam mana kau boleh ada kat aras ni balik??”

“Aku dari bilik la gila!” “Dah tu aku jumpa sape kat tangga tadi??” “Ntah aku tak tahu. Jin ke syaitan ke aku tak tahu Nep. Kita tidur bilik lain Nep. Serius. Bilik tu berhaantu syial.”

“Kita pergi rumah ustaz je Man. Aku rasa bukan bilik tu berhaantu. Aku rasa kau ada saka ni Man.”

Aku tolak. Aku taknak. Sebab waktu tu, aku yakin, saka tu memang ada. Aku takut, kalau jadi benda yang aku taknak. Aku risau benda tu makin menjadi-menjadi. Senang cerita, waktu tu, aku tak yakin yang ustaz boleh buang saka ni.

Perasaan aku masa tu, kuat mengatakan yang saka ni akan kacau aku habis-habisan kalau aku jumpa ustaz. Atau mungkin juga, aku dah kena hasut oleh saka tu untuk tidak berjumpa dengan ustaz tu

. Fikiran aku bercelaru. Aku tidur bilik member aku yang lain. Dengan alasan kipas rosak dalam bilik aku. Selepas dua kejadian ni, aku selalu kena kacau waktu malam. Kadang-kadang setiap malam untuk satu minggu.

Yang biasa terjadi pada aku, adalah bisikan di tepi telinga. Macam abang aku cerita dulu. Ianya bermula dengan satu pekikan macam suara pontianak tepi telinga aku.

Masa tu, aku tengah study, dan tertidur atas katil. Waktu aku hampir-hampir tutup mata, suara jeritan pontianak memekik tepi telinga aku.

Kuat, bergema sampaikan bila aku dah sedar pun, gema tu rasa lagi. Aku pegang telinga aku, rasa panas. Selain jeritan, suara perempuan ketawa, suara budak kecik, suara orang menangis.

Mimpi, selepas kejadian yang aku cerita kat atas, aku selalu bermimpi perkara-perkara yang pelik. Aku pernah mimpi perempuan berbaju kurung dan berbatik kena bunuh dan diminum darahnya. Aku pernah mimpi ular bercakap. Aku pernah mimpi diberi keris dan kerambit tetapi aku tolak.

Setiap kali aku bangun dari tidur, selepas aku mimpi benda-benda pelik macam tu, badan aku akan rasa sakit, jari kanan aku terseliuh bengkak macam nak patah. Badan dan dada aku tercalar-calar.

Banyak. Banyak benda yang jadi. Kena himpit masa tidur pun selalu. Bunyi nafas di sebelah aku masa tidur, pun selalu. Tangan berkuku panjang menjalar di kaki katil. Rambut perempuan di balik tingkap.

Banyak-banyak. Kalau aku cerita, boleh jadi 10 part cerita ni. Aku diganggu terlalu lama. Sampaikan aku rasa, semua benda di atas tu, macam dah lali bagi aku. Aku tahu, mungkin ada yang pernah kena macam aku.

Dan mungkin juga, ada yang cakap ini gangguan biasa. Betul, ini adalah gangguan biasa. Sebab, aku belum berani untuk cerita yang lebih berat.

Kejadian di atas sudah cukup, membuatkan aku sedar, aku ada gangguan saka. Aku tekankan di sini. Sejak aku umur 19 tahun, sampai sekarang. Selama 5 tahun. Aku berdiam diri. Aku tak bagitahu sesiapa pun yang aku diganggu oleh saka. Aku hidup dalam keadaan takut setiap malam.

Apa yang sebenarnya aku nak bagitahu, bukanlah cerita bagaimana aku kena ganggu oleh makhluk halus. Tapi, aku nak cerita, mengapa, dan apakah cerita sebenar di sebalik kemaatian abang aku, dan kenapa kami berdua di ganggu sedangkan…

Adik aku, ayah aku, adik beradik ayah aku, mak aku, adik beradik mak aku, atok aku, dan semua ahli keluarga aku, TAK PERNAH DI GANGGU OLEH BENDA NI.

Tapi kenapa? Kenapa abang aku dan aku je yang kena ganggu?? Aku tak tahu jawapannya

BACA: “Sebab inilah aku tak kisah balik kampung suami lama-lama, 17 tahun kahwin memang raya pertama sampai seminggu dekat kampung suami”