‘Marahkan nyamuk, kelambu dibakar’, Peniaga menangis Ekspo Baling tutup gara-gara Diva AA

Oleh AHMAD SULAIMAN

Salah seorang peniaga di karnival Fiesta Raya Baling 2024 mengalami kekecewaan yang mendalam selepas Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

Negeri Kedah mengarahkan penutupan ekspo di tapak itu dalam tempoh 48 jam, setelah seorang selebriti terkenal tanah air, Diva AA,

Dirakam menari ala dangdut di atas pentas bersama beberapa lelaki lain, yang melanggar garis panduan yang ditetapkan oleh PBT.

'Marahkan nyamuk, kelambu dibakar', Peniaga menangis Ekspo Baling tutup gara-gara Diva AA

Perbuatan adik kepada pemimpin Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, itu menyebabkan peniaga-peniaga terpaksa menanggung kerugian kerana terpaksa menutup perniagaan mereka.

Eira Aziera, seorang peniaga yang terkesan, mengutarakan kekecewaannya terhadap keputusan pihak kerajaan negeri dan mempersoalkan mengapa mereka sebagai peniaga yang menjadi mangsa.

Beliau juga mempertikaikan budi bicara pihak berkuasa sebagai orang Islam sehingga menyebabkan kesemua peniaga di situ terjejas.

“Penganjur memerintahkan peniaga untuk menutup khemah dalam masa 48 jam. Apa salah kami sebagai peniaga sehingga kami dipaksa menutup?

“Kami bukan yang menari, tetapi mereka yang menari itu pun tidak mematuhi aturan majlis.

“Apabila booth diperintahkan untuk ditutup, pekerja-pekerja tidak mempunyai pendapatan sehingga Hari Raya. Di mana budi bicara pihak berkuasa sebagai orang Islam?

“Kenapa tindakan orang lain yang tidak ada kaitan dengan Islam membuat kami, yang seagama, menjadi mangsa? Adakah membuka booth tidak memerlukan kos?” soalnya kecewa dalam satu hantaran di TikTok.

Aziera yang dikenali dengan jualan donut red velvet itu mengungkapkan bahawa dia telah melaburkan jumlah yang besar untuk membuka khemah di karnival tersebut, termasuk kos publisiti dan upah 10 orang pekerja.

Dia juga menyatakan keputusannya untuk tidak lagi menghadiri acara di Baling selepas ini.

“Saya membayar pekerja sebanyak RM100 seorang. Terdapat 10 orang pekerja, yang mana mereka hanya diperlukan untuk menyiapkan booth sahaja. Setiap hari, kami berulang-alik dari Sungai Petani ke USM, dan dari USM ke Baling.

“Saya telah mengorbankan banyak masa dan tenaga untuk mempromosikan tempat tersebut, tetapi yang membuat saya kecewa adalah tindakan umat Islam seagama saya.

“Ini adalah kali pertama dan terakhir saya ke Baling,” katanya.

Aksi Diva AA di atas pentas sebelum ini tidak hanya mendapat kritikan tajam dari pelbagai pihak, malah Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, juga tidak terlepas dari kecaman pedas.

BACA: “Hanya kerana keturunan mak, ayah tak pernah izinkan mak salam tangan ayah, sekarang ni ayah cuba meracuni pemikiran aku dan adik-adik benci mak pula”