Produk itu bagaimanapun menerima kecaman netizen selepas tular di media sosial.
Balenciaga, sebuah jenama mewah dari Sepanyol, diberitakan telah memperkenalkan aksesori yang unik
sebuah gelang tangan yang menyerupai pita pelekat, menurut laporan stesen penyiaran NDTV semalam.
Walaupun gelang itu kelihatan seperti objek biasa, ia mempunyai logo jenama rumah fesyen tersebut.
Gelang tersebut dilancarkan semasa Minggu Fesyen Paris untuk koleksi Musim Luruh/Musim Sejuk 2024, awal bulan ini.
Namun, walaupun produk yang unik itu menerima liputan media yang meluas, ia turut mendapat kecaman daripada netizen di media sosial.
Seorang pengguna platform X memberikan komen, “Rumah fesyen mewah Balenciaga sekali lagi memicu perdebatan dengan aksesori terbarunya, gelang menyerupai pita pelekat, lengkap dengan logo jenama dan tanda harga besar AS$4,000 (RM18,936)! Ini gila.”
Walaupun item tersebut belum disenaraikan untuk dijual pada masa ini, Balenciaga masih belum mengumumkan harga gelang tersebut. Namun, beberapa pakar fesyen meramalkan bahawa harganya boleh mencapai AS$4,400 (RM20,829.60).
Selain itu, Balenciaga sebelum ini pernah menjual beg kulit yang menyerupai plastik sampah pada harga AS$1,790 (RM8,473.86),
serta beg tangan yang diilhamkan oleh selebriti program realiti televisyen, Kim Kardashian, dengan harga AS$3,100 (RM14,675.40), yang dibalut dengan pita kuning dan hitam.
BACA: Sempena Aidilfitri, kerajaan umum Tol Percuma pada 8 dan 9 April