Tulisan ini aku garapkan buat insan yang bergelar bekas suami. Dia dah tak sudi untuk berhubung walau membaIas mesej aku di whatsapp.
Walau aku merayu minta dia call sebab aku terlalu rindu. Aku bukan merayu untuk dirujuk sebab tempoh iddah sudah berakhir sebulan lalu.
Orang terdekat berkata orang sudah tak sudi untuk apalah aku terkejar – kejar. Aku sudah tak mengejar.
Dari awal, sejak terlafaznya talak, aku sudah berhenti mengejar. Hanya sesekali aku bertanya di saat aku sudah datang bulan di masa iddah. Aku bertanya bila dia mahu merujuk aku. Sebab aku terlalu rindukan dia.
Dia jawab dia sudah bahagia begini dan minta aku supaya move on. Selepas itu cuma kali ini aku meminta. Minta dia untuk call aku. Aku cuma nak mendengar suara setelah 4 bulan aku dan dia menyepi. Di saat aku tak sihat begini, hati aku amatlah terkenangkan dia.
Aku tak dapat menelan makanan apapun sebab terlalu larut dengan kerinduan. K3jamnya dia. Orang bila dah tak sayang apalah yang dia mahu peduli tentang perasaan orang lain.
Walau aku pernah menjadi isterinya. 2 bulan lagi tarikh ulangtahun perkahwinan kita yang ke 5. Aku tak tahu yang aku sebenarnya bakal diceraikan.
Bulan 7 kita berjumpa seperti biasa dan bulan ogos lalu saat aku menghitung waktu untuk ke sana, kau mengajak aku membawa haluan sendiri. Saat aku menghitung rindu dan sayang yang masih menebal. Alasannya cuma kerana kau telah menunggu aku lama untuk ke sana.
Padahal aku sedang menghitung bulan untuk berhenti kerja dan mengikutmu ke sana. Aku dari awal cuma mampu menerima alasan perceraian ini kerana urusan hati bukanlah hak aku. Allah yang bolak balikkan hati mu dan hati aku.
Pelbagai cara aku lakukan untuk menghilangkan rindu dan rasa kasih sayang dalam hati aku terhadap dia. Termasuk menipu hati sendiri yang aku sudah okey. Aku sudah move on. Padahal tiap hari aku tak mampu menghilangkan dia dan kenangan kami.
Tiap kali bangun tidur aku masih mengharap dapat merasa kehangatan dia. Betapa aku mahu memeIuk dan memegang tangannya. Maha suci Allah, betapa aku tak mahu rasa begini.
Dia bukanlah lagi suamiku. Aku menitip dalam hati dan kepala yang tidak Allah jadikan ujian ini sia – sia melainkan Allah akan menggantikan sesuatu yang lebih baik. Allah akan mengajarkan sesuatu yang indah atas kesabaran aku.
Dan paling penting saat aku terperosok jatuh begini aku yakin Allah ada bersama aku. Tak apalah aku kehilangan makhluk ciptaan Allah bukan aku kehilangan Allah. Tapi hati yang berbolak balik ini kerap kali gagal menerima takdir-mu. Aku pergi ke tanah suci sebaik tamat iddah.
Aku mengharap sepulangnya aku dari tanah suci aku mampu kuat. Mampu menjadi orang baru bersama hati yang baru. Yang sudah siap sedia menerima takdir Allah ini dengan redha. Setiap hari aku di madinah aku berbicara dengan Rasulullah.
Di hari pertama aku mengenalkan diri kepada kekasih Allah, kekasih umat islam, aku memberitahu yang aku dijemput Allah datang ke sini dalam hati yang terIuka disebabkan aku terlebih menyayangi makhluk. Aku baru diceraikan dan aku datang dengan status aku sebagai janda.
Ya Rasulullah, tidak h1na status janda ni kan. Saiditina Siti Khadijah sendiri seorang janda semasa Rasulullah mengahwini beliau. Tapi tergamak orang yang aku sayang jandakan aku dalam keadaan aku belum bersedia.
Aku bagitau Rasulullah yang aku terima jika Allah menarik dia dari hidup aku.
Kalau ini yang terbaik untuk kehidupan aku. Aku cuma mohon supaya Allah redhakan hati aku menerima ujian ini. Supaya Allah padamkan rindu dan sayang di hati aku terhadapnya. Aku rasa tak tertahan dengan rasa sayang ini.
Rindu yang masih menebal juga buat aku rasa tak mampu bangkit lagi. Aku rasa sepanjang di bumi madinah aku merasa tenang. Mungkin merasa dekat dengan Rasulullah. Di setiap tawaf aku mohon Allah bagi aku kebahagiaan.
Hati yang lapang dan tenang. Aku mahu bahagia. Doa aku juga supaya Allah ampunkan d0sa aku dan dia sepanjang kami menjadi suami isteri. Berikanlah bahagia yang dia cari dan aku mengharap agar Allah berikan dan tunjukkan juga aku jalan keluar untuk ujian ini.
Berpisah dengan manusia itu perkara kebiasaan kerana yang bertemu pasti berpisah. Tapi berpisah dengan dia buat aku tak mampu bangun. Kalau bukan terkenangkan mak dan abah aku mungkin sudah melepaskan hidup aku.
Walau dalam logik akal aku tak berbaloi menyiksa diri kerana penceraian ini tapi hati aku seolah – olah sudah m4ti. Aku tak ada keinginan untuk berbuat apa – apa. Hati aku betul – betul sudah m4ti. Bahkan aku hidup sehingga hari ini kerana Allah belum mahu mencabut nyawa aku.
Aku pergi ke tanah suci dan mengharap aku tak bakal pulang lagi. Biarlah aku m4ti di sana. Tapi Allah masih izinkan aku hidup dan pulang. Sepulangnya aku, dalam keletihan, badan dan minda yang tak sihat buatkan aku amatlah merindui dia.
Hari ke-2 saat aku tak mampu makan kerana selera aku benar – benar m4ti aku call dan mengharap dia menjawab panggiIan aku. Aku dengan tak malunya aku whatsapp memohon dia untuk call aku kerana aku tak sihat dan aku rindu pada dia.
Rindu yang tak tertahan dan buatkan aku tak mampu untuk bangun dari jatuh ini lagi. Tapi kerasnya hatimu bekas suamiku. Tiada belas di hatimu lagi untuk aku. Sepatah perkataan pun tidak kau baIas. Apatah lagi membuat panggiIan untuk aku.
Sedangkan berbulan aku menyepi. Memberi ruang untuk hatiku menerima takdir Allah. Aku tertanya kebencian apa yang kau tanamkan dalam dirimu terhadapku? Apa yang kau marahkan sangat pada aku? Sedang penceraian ini kau yang pinta. Aku sedang berjalan melalui pintu keluar keseorangan.
Saat tersesat aku mengharap kau suluhkan sebentar pelita agar aku dapat melihat. Tapi sudah hilang ihsan kau terhadap aku. Malas aku mahu berbicara tentang rumahtangga kita yang sudah tiada tapi aku cuma mahu kau tahu, rumahtangga yang terbentuk itu adalah hasil dari didikanmu, sayang.
Kau membentuknya menjadi h4mbar dan kau letakkan salah keseluruhannya pada aku. Ya benar aku ada salahnya bila aku biarkan. Tapi apalah daya aku sebagai seorang isteri. Tapi kita masing – masing sudah mengikhlaskan apa yang telah berlaku. Kau sendiri sudah melepaskan ik4tan kita.
Kenapa permintaan aku sekecil ini pun tidak boleh kau tunaikan. Kau katakan kita cuba dahulu bawa haluan masing – masing. Aku sedang cuba. Dalam percubaan ini tak boleh kah kau tolong bimbing aku. Atau ini caranya kau bimbing aku. Biarkan aku bangun sendiri saat kejatuhan yang aku tak bisa bangun.
Atau dalam erti kata lain, peduli apa kau dengan keperitan dan pend3ritaan aku. Aku sudah bukan siapa – siapa dalam hidupmu. Aku salahkan mak saat aku pulang dari tanah suci bilamana aku masih tak dapat membendung sesak di d4da. Salahkan mak kononnya mak cakap haritu aku akan baik sebaik pulang.
Aku akan sihat. Tapi kenapa aku masih tersiksa menahan rindu dan sayang. Rindu dan sayang yang buat d4da rasa padat. Akhirnya, aku menangis di tikar sejadah memohon Allah tolong aku. Dalam tangis aku mohon di saat aku lemah begini Allah tolonglah angkat kes4kitan ini. Aku tak mampu bangun.
Aku kesiankan mak. Tangisan dan airmata mak terasa menambah s4kit di hati aku. Betapa kejamnya aku sebagai anak buat mak turut mend3rita kerana aku. Aku sem4kin bersedih hati dari hari ke hari. Melihat kebahagiaan orang lain buat aku cemburu dan menambah kesedihan aku. Kenapa aku tak mampu gapai bahagia seperti orang lain.
Terlalu banyakkah d0sa aku? Terlalu pend0sakah aku lantas kes4kitan inilah hukvman terbaik untuk aku? Tapi dunia ini memang tempat ujian. Tempat bersenang – lenang itu cumalah di negeri abadi sana. Dunia ini cuma persinggahan. S4kit ini juga cuma sementara.
Antara akal logik dan hati yang berbolak balik selalu aku bakal tewas bila aku akan kembali rasa terduduk. Kembali mengurung diri dalam kekalutan manusia. Kembali memakai topeng halimunan supaya tiada yang nampak akan kewujudan aku jadi aku boleh terus menangis dan menangis.
Aku tak tahu saat ini yang aku perIukan adalah kekuatan untuk menghadapi ujian ini atau memohon Allah beri aku jalan keluar atas ujian ini sebab aku rasa terlalu berat ujian ini sedang tidak Allah bebankan lebih dari limit kemampuan h4mbanya.
Sayang, aku telah memulakan terapi kaunseling di klinik psiki4tri. Aku didiagnos mdd with anx1ety. Bukan sebab aku tak mahu lepaskan, tapi aku taktahu bagaimana mahu melepaskan. Walau berkali – kali aku katakan aku redha, sayang, rindu dan namamu masih terpahat utuh di hatiku.
Aku benar mahu melepaskan. Aku cuma menyiksa diri sendiri sedang aku tahu kau sudah tak sudi dengan aku. Aku cuba pelbagai termasuk cuba membenci tapi aku tak mampu. Kau sendiri melihat bagaimana aku demand dengan penceraian ini supaya hati aku puas buat hatimu s4kit ses4kit hati aku yang tersiksa tapi aku tak puas.
Memikirkan kau mungkin bersusah kerana tindakan aku buat aku rasa bersalah. Saat ini, aku masih terasa s4kit saat memikir kalau kau berubah hati kerana orang lain, aku masih terIuka kalau orang lain berada di hatimu.
Aku masih cemburu kalau orang lain menyentuh hati atau dirimu kerana aku masih tak dapat memandang lelaki lain. Aku masih memandang cuma kau seorang yang sempurna di mata dan hatiku kerana kau seorang suami.
Walau sebanyak mana keburukanmu. Tetap cuma kau sempurna di hatiku. Sedang kau sudah lama melepaskan tanganku. Sedang aku sudah tidak punya apa hak atasmu. Aku mahu melepaskanmu. Melepaskan impian hidup bersamamu di hari tua kita.
Melepaskan segala – galanya supaya aku mampu bahagia. Aku mengharap ada yang masih sudi doakan aku. Doakan Allah lapangkan hatiku. Berikan aku bahagia supaya aku tenang mengadap tuhanku. Hilangkan rasa sedih yang tak mahu hilang. Demi Allah sejak dulu aku cuma mahu bahagia. – Aku Mahu Bahagia (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Nuriah Abdrazak : One thing i did.. lepas i diceraikan. I muhasabah diri i sungguh – sungguh. I fikir balik.. apa yang telah i buat sehingga Allah membolak balikkan hati dia dari i. I pujuk hati sendiri.. I harus hargai orang tua i sendiri sebab i stay with my parents more longer than i stayed with a husband for only 7 years berbanding my parents for 21 years.
Orang tua i didik i dengan penuh keagamaan.. penuh jati diri.. berdikari.. pandai cari duit sendiri.. i move up sebab i tahu Allah sayang i sebab tuu penceraian ini berlaku. I kalah di sisi dia sebagai manusia tapi i menang di sisi Allah Taala.
Bukan pasangan nii tak baik.. dia baik sangat baik cuma dia tergelincir terkeluar dari landasan sahaja. Untuk apa i stay dengan orang yang tak pernah jadi imam i sepanjang perkahwinan. Doa sembahyang tak tahu.. quran tak baca.
Benda Allah suruh tak buat.. better i lepaskan walaupun dia baik. I doakan u move up sungguh – sungguh. Sibukkan diri u.. boleh bersedih but not so long. Jangan siksa diri sendiri. One day u akan bahagia dengan pelepasan ini dan hargai diri sendiri.. sayang diri kita dahulu.
Hayati Abu Hassan : ‘Aku mahu bahagia.’ TT, bahagia tak seharusnya memiliki dan dimiliki. Bahagia juga dapat dicapai dengan hidup sendiri. Bertenang. Redha. Banyakkan zikir. Saya doakan semoga TT diberi kekuatan hadapi fasa move on ini.
BACA: Masjid beri RM150 untuk jemaah bersolat tarawih jadi tumpuan orang ramai