Akhirnya penjual ‘Martabak inti kain buruk’ didenda, sekali lain pula yang KKM jumpa

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menegaskan bahawa pemilik gerai martabak yang cuai sehingga tertinggal cebisan kain di dalam makanan tersebut sudah dikenakan kompaun.

KKM melalui Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) telah menjalankan siasatan lanjut dan mendapati kecuaian

semasa pengendalian makanan menyebabkan kehadiran cebisan kain pengelap dalam martabak tersebut.

Akhirnya penjual 'Martabak inti kain buruk' didenda, sekali lain pula yang KKM jumpa

“Beberapa kesalahan lain yang dikenal pasti telah dilakukan pemilik gerai termasuk tidak membuat pengasingan yang jelas untuk bahan mentah dan makanan yang dimasak, menggunakan kain pengelap yang tidak bersih, dan pengendali makanan tidak memakai pakaian pelindung diri dengan sempurna.

“Justeru, tindakan penguatkuasaan diambil terhadap gerai yang menjual makanan tersebut dengan mengeluarkan satu notis kompaun di bawah Peraturan 32(1)(b) Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009,” kata jurucakap KKM dalam satu kenyataan pada Rabu.

Jual makanan, terjual sekali pelaris? Wanita pelik martabak beli di bazar  tak boleh potong, rupanya ada 'inti' kain buruk - Semasa | mStar

KKM menegaskan bahawa mereka memandang serius aduan yang tersebar di media sosial mengenai pencemaran makanan selepas penemuan kain dalam martabak yang dibeli di Bazar Ramadan Desa Pandan, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

“KKM sentiasa menjalankan pemantauan dan pemeriksaan di semua gerai bazar Ramadan seluruh negara dengan 10,570 premis bazar Ramadan diperiksa setakat ini.

“KKM ingin mengingatkan kepada semua peniaga premis makanan termasuk di bazar Ramadan untuk meningkatkan tahap kebersihan dan keselamatan makanan di premis masing-masing bagi mengelakkan sebarang pencemaran silang dan kehadiran bendasing dalam makanan yang dijual.

“Cuaca panas yang sedang melanda negara ketika ini juga boleh menyebabkan pembiakan bakteria yang lebih pantas dan menyebabkan makanan cepat basi dari kebiasaan.

“Peniaga makanan yang didapati tidak mematuhi kehendak di bawah Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya boleh dikenakan tindakan denda tidak melebihi RM 100,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

KKM juga menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan mengutamakan keselamatan makanan sepanjang Ramadan ini dalam memilih apa sahaja juadah berbuka, sebelum membeli.

Pengguna yang mempunyai sebarang kemusykilan mengenai isu keselamatan makanan, boleh menghubungi mana-mana Pejabat Kesihatan Daerah, Jabatan Kesihatan Negeri terdekat, atau melayari laman sesawang http://moh.spab.gov.my serta facebook Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) www.facebook.com/bkkmhq.

BACA: “Suami beri kunci spare rumah pada adik ipar, masa aku tengah masa tiba-tiba adik ipar muncul di dapur selepas aku..”