Wanita didatangi 2 warga asing dari arah belakang cuba culik bayi 19 bulan didalam mall

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Dua warga asing telah ditangkap oleh polis selepas disyaki cuba melakukan jenayah penculikan kanak-kanak di sebuah pasar raya di Klang, Selangor, baru-baru ini.

Dalam sebuah video yang tersebar luas di media sosial, kedua-dua suspek ditahan di lokasi tersebut sambil diawasi oleh anggota polis dan orang awam yang turut berada di tempat kejadian.

Dalam rakaman tersebut, kedua warga asing yang didakwa cuba menculik kanak-kanak dilihat duduk di atas lantai berhampiran sebuah kiosk kecil dengan tangan mereka dirantai.

Wanita didatangi 2 warga asing dari arah belakang cuba culik bayi 19 bulan didalam mall

Seorang anggota polis juga kelihatan sedang mengambil gambar kedua-dua suspek sebelum berbual dengan dua wanita yang membawa anak-anak kecil.

“Cubaan culik budak. Dua warga asing dicekup,” tulis seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Arif Danial.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao, mengesahkan kejadian tersebut yang berlaku pada jam 7.30 malam.

Menurutnya, seorang bayi perempuan berusia 19 bulan hampir menjadi mangsa cubaan culik oleh dua lelaki warga asing.

Ibu bayi tersebut sedang menaiki tangga bergerak di pasar raya bersama anaknya dan adik perempuannya.

“Seorang lelaki dari belakang tiba-tiba mengangkat anaknya. Wanita tersebut terus menjerit dan menarik anaknya semula, manakala dua lelaki tersebut cuba melarikan diri namun berjaya ditangkap oleh orang awam di situ,” katanya.

Kedua-dua lelaki tersebut telah diserahkan kepada pihak polis dan kini direman selama tiga hari untuk siasatan lanjut.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda jika disabitkan kesalahan.

Banyak warganet telah meluahkan rasa marah dan risau melihat kejadian ini, terutamanya berkaitan dengan kebanjiran warga asing yang menjadi punca utama peningkatan jenayah.

Mereka menyeru agar pihak berkuasa, termasuk polis dan kementerian, bertanggungjawab dalam menangani isu ini dengan serius.

BACA: “Adik aku janda anak 1, dia model tudung terkenal kantoi tidur dengan laki aku, aku pilih untuk senyap, ini sebab kenapa aku pilih berdiam diri”