“Privasi aku 4 beranak kena ragut macam tu je, nak jadi isteri solehah kononnya masa tu tapi sekarang benda ni la yang makan diri aku”

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Aku dah kahwin 9 tahun. Dua anak. Awal kahwin, mak ayah aku dah sediakan kereta supaya senang aku nak ke mana – mana takde la harapkan suami.

Ada juga mak ayah aku sediakan rumah tapi masa ni aku fikir biarlah suami aku ni dekat dengan mak dia senang nak uruskan mak dia sebab dia satu – satu anak lelaki.

Nak jadi isteri solehahlah kononnya masa tu tapi sekarang benda ni la yang makan diri aku. Kami semua duduk satu negeri ja.

"Privasi aku 4 beranak kena ragut macam tu je, nak jadi isteri solehah kononnya masa tu tapi sekarang benda ni la yang makan diri aku"

Awal kahwin duduk dengan mak mertua. Ayah mertua dah meninggaI. Tenang ja aku duduk dengan mak mertua sebelum ni. Takdelah isu sangat.

Setakat tak selesa tu aku tutup sebeIah mata je. Lahir je anak aku yang kedua jadi huru hara ya. Adik ipar aku ni terp4ksa duduk sekali dengan kami. Laki dia tak duduk sekali pun, laki dia pi duduk dengan mak dia. Pelikkan kenapa tak bawak isteri anak sekali?

Rumah mak dia dah macam sardin, dah penuh dengan adik beradik yang dah berkahwin sebab rumah depa dah kena lelong. Di sini lah bermula kehidupan aku yang semua benda pasal keluarga mertua aku buat aku jadi terasa.

Kau bayangkan privasi kau empat beranak kena r4gut macam tu je. Dorang ni anak beranak memang kurang comment sense ya. Bilik aku selamba ja masuk tanpa bagitau atau tanya. Barang aku, skincare aku pun selamba je guna sampai ada yang rosak.

Aku pernah suarakan pasal ni kat suami tapi suami diam je. Dahlah semua kerja rumah aku yang buat. Bagitau suami ingat bolehlah ringan sikit beban aku. Takdenya. Macam bibik dah aku. Kereta aku pun sesuka hati je adik ipar aku guna tanpa tanya aku ya, yang dia tanya kat suami aku.

Kereta aku tapi kekonon minta izin kat suami aku. Suka hati guna ke sana ke sini. Seronok betul ya. Padahal dia ada kereta sendiri ya. Kereta dia kerap rosak dan aircon rosak. Jadi memang seronok la guna kereta orang.

Dipendekkan cerita, aku laki bini pun keluarlah dari rumah tu. Dah memang tak tahan sangat dah. Kami duduk rumah yang mak sediakan untuk aku. Rasa tenang tu, setenangnya lahai tanpa gangguan. Ingatkan kehidupan tenang ni lama la buat kami suami isteri rupanya tidak ya.

Adik ipar ada konflik laki bini dan adik ipar aku keluar bekerja sara anak – anak dia. Dan mak mertua aku ni kesianlah tengok anak perempuan dia ni bersusah payah kerja dengan kereta yang kerap rosak dan aircon rosak.

Jadinya mak mertua aku ni pun mintalah tolong kat satu – satunya anak lelaki dia ni (suami aku) untuk pinjamkan kereta kat adik ipar. Kami laki bini ada dua kereta. Suami memang pergi kerja bawak kereta. Jadinya kereta akulah yang suami beri pinjam.

Bukan aku tak cakap ya. Berbuih cakap tapi suami kononnya nak tolong adik beradik juga sebab katanya nanti ada rezeki lain untuk kami sekeluarga. Bermula dari ini lah aku dah terasa betul dengan keluarga mertua aku ni.

Sibuk nak bagi keselesaan kat anak perempuan kau, tapi menantu perempuan kau tersiksa. Dahlah anak lelaki kau tolong anak perempuan kau tu pakai harta benda isteri. Kalau guna harta benda yang dari anak lelaki kau tu, aku boleh diamkan jela.

Ini lagi kemuncak cerita ya. Dah guna berbulan, tetiba yela benda nak jadi adik ipar aku kemaIangan jalan raya. Kereta aku rosak teruk. Duit takde nak ganti, jadi mak ayah aku lah yang tolong repair segala yang rosak tu. Suami aku? Tak boleh nak kata apa. Masa ni aku basuh betul kepala otak laki aku.

Bulan demi bulan, elok je adik ipar aku ni pakai kereta dia pergi kerja. Elok je sampai pergi balik tempat kerja ke rumah dengan selamat. Nak selesa, kau usaha la dengan cara kau sendiri. Aku ni sebab rezeki aku mak ayah aku memang nak bagi keselesaan kat aku.

Lepas kejadian tu, macam biasa jela kami semua. Tapi memang terasa kat hati tu tak hilang ya. Bulan demi bulan ingatkan kami ni tak kena kacau dah. Rupanya tak habis situ mak mertua aku ni minta lagi tolong kat suami aku duit untuk tolong adik ipar aku ni settlekan hutang.

Memula ni aku malas lah nak amik kesah. Suka hati kau la keluarga kau. M4kin lama jadi m4kin kerap dan sampai nafkah kami anak beranak m4kin sikit sebab nak tolong adik ipar. Aku pun apa lagi melenting lah. Kau nak senangkan adik kau tapi anak bini kau kena ik4t perut.

Tak sudah kata tolong adik beradik nanti ada rezeki. Kau dah silap konsep. Aku tak kesah kau nak tolong adik beradik kau, tapi jangan sampai anak bini yang memang dah tanggungjawab kau ni tersiksa terabai sampai bil api air rumah sendiri pun tertunggak berbulan yang tolong settlekan mak ayah aku. Kau rasa?

Tak habis kat sini ya, mak mertua aku kemaIangan naik motor patah kaki. Dah patah kaki ni, adik ipar aku ni minta suami aku jaga mak mereka sebab katanya kat rumah takde siapa tengokkan mak (dan aku ni surirumah boleh tengokkan mak).

Mak kau dah s4kit, kau nak tolak kat aku untuk jaga. Kami jaga (tapi sebenarnya aku yang banyak uruskan) beberapa bulan kemudian aku dengan tenang aku cakap je kat suami aku, kau kalau betul nak jaga mak kau jagalah kat tempat / rumah yang kau sebagai anak lelaki sediakan (atau bayar) bukan kat tempat kau menumpang harta orang lain.

Esok jadi cerita lain nanti aku sebagai isteri yang nampak buruk. Kalau nak balik ke rumah mak untuk jaga mak, jangan bawa aku. Aku tak nak balik rumah tu lagi. Atau kau sendiri boleh sewa rumah lain, kita sama jaga mak.

Kesudahannya mak mertua aku duduk sementara dengan kakak ipar aku. Kakak ipar aku anak – anak dia semua dah besar so boleh tengokkan nenek dorang dan rumah mak mertua yang adik ipar aku duduk tu dekat je dengan rumah kakak ipar aku tu.

Jadi bolehlah uruskan apa yang patut kalau kakak ipar aku tak sempat. Tak isu pun kat sini mak mertua aku terabai. Dia ada anak lain yang boleh memudahkan urusan dia. Aku dah banyak makan hati dengan keluarga mertua. Seolah aku ni orang terakhir yang dorang fikir.

Susah adik ipar tu je yang mak mertua aku nampak. Susah kami laki bini mak mertua aku tak nampak sampai kami laki bini berg4duh. Nak tolong tak salah, tapi utamakan apa yang patut. Mak mertua aku tu baik bukanlah macam mak mertua orang lain yang k3jam tu.

Tapi sebab sibuk sangat nak senangkan anak perempuan dia sampai menantu perempuan dia ni terabai. Tak nak fikir pasal aku takpe tapi jangan susahkan aku untuk beri keselesaan anak perempuan kau. Lepas macam – macam kejadian ni, aku dah jadi tak berapa suka nak jumpa keluarga mertua. Nak ambil berat pasal mertua pun dah tak lagi. Aku dah tak pernah tanya apa – apa pun pasal keluarga mertua kat suami aku. – S (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Mahfudz Mohamad Nor : Sedap betul la bagi pinjam harta orang bagaikan harta sendiri. Siap eksiden lagi. Tak reti nak defend isteri sendiri pulak tu. Kita yang baca pun naik geram. Kita bukan jenis kedekut, tapi berpada – pada lah. Nasib awak la Senah ujian untuk mu, banyak nak kena polish laki awak tu. Harap – harap jenis yang boleh pakai otak le, bukan ego semata.

Wan Sheila Wan Hazmi : Jangan bagi muka dan peluang. Communicate berkali – kali jangan jemu. Proses dia dah. Suami dilema, fikir taat, rasa serba tak kena bila ia nya dari ibu sendiri. Suruh itu ini. Kalau sampai bercatu.. tak boleh.

Sampai Ianggar boundary kita laki bini masuk bilik tanpa izin, pakai barang barang kita. Kena Tegas. Itu penting pasangan boleh communicate, saling dengar. Lama – lama insyaAllah datang faham tu. Saya dulu terk3jut jugak.

Yela kita tak macam tu dengan keluarga kita. Tiba – tiba masuk keluarga mertua, slumber masuk bilik. Tak jemu jugak la saya cakap dengan suami. Kadang – kadang nak tengok baby, kita nya tengah menyusu. Segan. Susah sangat, kunci je, sendiri faham.

BACA: Patutlah ramai tak nak kemaskini PADU, rupanya boleh ‘kantoikan’ lelaki sembunyi kahwin dua