Wanita terkejut hutang hampir cecah RM250k! akibat terlalu seronok belanja kawan guna kad kredit

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

Ramai masih tak cakna bahawa mereka perlu membayar balik hutang kad kredit yang digunakan sebelum tempoh ditetapkan.

Disebabkan terlalu mengejar hal dunia dan validasi daripada orang sekeliling, banyak belia rela hidup berhutang.

Buat wanita dari Southampton, Britain ini, dia tidak menyangka dia perlu membayar hutang kad kredit sebanyak £40,000 (RM241,137).

Wanita terkejut hutang hampir cecah RM250k! akibat terlalu seronok belanja kawan guna kad kredit

Menurut Daily Star, Maddy Alexander-Grout, mula ditawarkan kad kredit di pameran universitinya pada usia 18 tahun.

Masih muda dan tidak tahu tatacara penggunaan kad kredit, Maddy mula ketagih berbelanja pelbagai barangan mewah.

Malah dia juga sanggup menggunakan kad tersebut untuk belanja rakan-rakan ketika keluar berhibur.

“Saya mengeluarkan kad kredit dan overdraf. Pada satu ketika, saya juga mendapat geran universiti, pinjaman dan pelbagai jenis kad kedai.

“Saya benar-benar mempunyai ketagihan dalam perbelanjaan,” kata Maddy.

Berjaya bayar balik lepas 10 tahun

Maddy mula merasa bimbang apabila dia sedar pengutip hutang boleh menjejaknya di mana sahaja dia berada.

“Saya hidup dalam ketakutan bahawa saya akan kehilangan tempat tinggal. Sepanjang 10 tahun, itu benar-benar menakutkan,” kata Maddy.

Tidak mahu hidup terbeban dengan hutang, Maddy menjual pakaian secara atas talian untuk membayar semua tunggakan kad kreditnya.

Pada masa sama, Maddy mula memperbaiki tabiat kewangan dan melihat segala perbelanjaan agar tak merana di kemudian hari.

Baca juga: Jangan main-main bila wanita dah nekad, isteri sanggup terbang dari taiwan tikam suami curang