Setiap orang perlu sedar akan kemampuan kewangan sebelum membuat keputusan untuk membeli sesuatu perkara.
Tidak kisahlah beli rumah atau kereta, barangan berjenama sekalipun, mesti tahu sama ada kita mampu atau tidak membayarnya secara ansuran.
Buat wanita ini dia tidak menyangka akan berkahwin dengan seorang lelaki manja dan tidak pandai menguruskan kewangan sendiri.
Saya Sara (bukan nama sebenar) dan suami seduah setahun berkahwin, kami beli rumah sebelum bernikah menggunakan pinjaman bersama.
Sebab kalau nak mengharap gaji suami sorang waktu tu memang tak lepas nak beli rumah tu. Insha Allah dalam tahun ni rumah tu siap
Sekarang ni suami saya tinggal dengan ibu bapa angkat dia. Memang sebelum kahwin suami tinggal dengan keluarga angkat dia dan jadi anak kesayangan.
Dia tinggal situ memang percuma, tak ada bayar apa-apa pun. Sabun, shampoo, ubat gigi pun ambil yang keluarga angkat punya.
Tambahan pula keluarga angkat suka masak, setiap hari dia bawa bekal. Bahan basah semua keluarga angkat yang beli kan.
Tapi kalau basuh baju, suami yang akan basuh baju dia sendiri Beza dengan pendirian saya, saya pula jenis tak suka bergantung dengan orang, semua saya buat sendiri.
Asalnya sebelum kahwin, saya tak tahu pun yang suami jenis bergantung dengan keluarga angkat dia, saya ingat dia ni jenis berdikari juga sebab jauh dari keluarga kandung dia.
Rupanya tidak, perkenalan kami pun tak lama sebelum kahwin, dalam setahun je, mungkin silap saya tak kenal dia betul-betul.
Jadi lepas kahwin, sekali dengan saya kena tinggal dengan keluarga angkat dia, tapi bukan tiap hari sebab tempat kerja saya jauh dari rumah keluarga angkat dia dalam 45kilometer.
Pagi-pagi kalau tak ada kesesakan lalu lintas, dalam 40 minit, tapi petang-petang jalan selalu sesak, pernah sangkut sejam lebih.
Jadi saya pun menyewa di rumah sewa dekat dengan tempat kerja, memang sebelum kahwin menyewa situ, jadi selepas kahwin pun suami izinkan saya duduk situ.
Lagipun kalau duk rumah keluarga angkat dia, setiap masa keluar bilik kena tutup aurat, susah juga kan, jadi di rumah sewa saya bebas sikit.
Sebab semua perempuan, saya berjimat sebab duduk satu bilik dengan kawan. Jadi dalam seminggu ada dua kali saya balik rumah keluarga angkat.
Berkenaan suami saya, Alhamdulillah setiap minggu dia beri saya duit nafkah RM50 seminggu (sebulan RM200).
Satu kelebihan suami saya, dia pandai masak, tapi bukan bermakna dia rajin masak. Sebab selalu kat rumah, parent angkat yang masa.
Saya pun jadi tak yakin kalau masak di dapur orang lain kan, so saya ni just tolong-tolong bila keluarga angkat masak.
Lagipun saya dah lama tak masak, last masak waktu zaman belajar. Bila dah kerja ni, selalu beli je kat luar lagi senang dan jimat bila duduk seorang diri ni. Jadi bila berdepan dengan orang yang handal masak ni, kita jadi takut sikit.
Pernah je masak waktu keluarga angkat tak ada kat rumah, tapi suami tak makan pun, haha. Saya paksa dia bawa bekal juga.
Setiap hujung minggu belanja keluarga angkat makan luar
Tapi entah lah dia makan ke tidak. Cara suami balas jasa parent angkat dia, setiap hujung minggu dia akan belanja keluarga angkat dia makan di luar.
So saya pun diajar oleh suami untuk buat benda sama, balas jasa keluarga angkat dia dengan belanja makan juga sebab saya pun dah terjebak tinggal sekali.
Berkenaan kewangan suami, saya rasa pengurusan kewangan dia ke laut. Suami pun ada berhutang dengan saya.
Merajuk lepas kena perli nak kahwin dua
Waktu kami bergaduh tahun lepas, bergaduh sebab suami buat lawak nak kahwin lagi satu lah saya ungkit hutang dia dengan saya pun tak bayar lagi, ada hati nak tambah sorang lagi, terus dia merajuk weyhh.
Itu lah, siapa suruh melawak macam tu dengan isteri, bagi saya bab poligami ni bukan bahan gurauan sebab kita tahu suami tak mampu.
Pastu baru-baru ni pun saya bergaduh dengan suami, sebabnya malam tu saya terasa hati sikit lah dengan kata-kata suami.
Kuat merajuk
Tapi kan, suami saya ni bukan jenis nak pujuk, kalau saya merajuk, sekali dengan dia merajuk weyhh, haha.
Malam tu dia macam nak elak saya, tidur pun membelakangi saya sampai ke pagi. Pagi tu saya tanya lah kenapa semalam dia tidur membelakangi saya, susah nak peluk macam biasa, dia diam je, tak jawab.
Pagi tu sebelum kerja pun dia banyak diam je, hampeh betul. Kalau saya merajuk, dia lagi dua kali ganda merajuk.
Saya dah lah jenis kurang sabar, pagi tu sebelum kerja, saya tanya lagi dia kenapa dia diam je, dia tak jawab, saya pun terkilan dengan sikap dia,
Secara tak sengaja saya hempas pintu kereta dia kuat skit dan terus masuk rumah tutup pintu sebab saya saya tak suka cara dia diam macam tu bila saya tanya.
Pastu sekarang ni, dah dua hari dia tak ada mesej atau call saya (saya di rumah sewa) begitu lah dia. Terasa juga lah dengan sikap dia yang macam tak hiraukan saya.
Saya mesej pun dia tak balas. Entah lah, memang saya ni takda chance langsung nak merajuk dengan dia, kalau tak, mesti keadaan jadi lagi teruk.
Saya tak pasti lah suami ni ada sifat narcisstic atau tak sebab kebanyakan keadaan memang dia je yang betul haha (dia tak fikir pun kesalahan dia).
Kadang-kadang rasa nak pisah je. Tapi dia tak nak lepaskan. Katanya, perasaan sayang masih kuat.
Tapi saya tak nampak cara dia sayang saya macam maaa. Bagi saya, baik pisah je sementara masih tak ada anak.
Tapi kalau nak pisah pun, macam tak ada alasan yang kuat sebab dia bukannya pukul-pukul atau tak bagi nafkah.
Kalau suami yang failkan perceraian lagi mudah kan, Tapi tak ada maknanya dia nak ceraikan.
Gaya hidup macam T20
Gaji dia RM3k, tapi gaya hidup boleh tahan juga, haritu pernah dia melawak nak beli kereta proton X50 tahun depan.
Memang taklah saya setuju even dia melawak sebab tahu dia tak mampu, pakai je lah kereta yang ada sekarang ni. Melawak dia tu macam dia nak buat betul, risau.