Patutlah mulut bau busuk, rupanya ini proses yang terjadi di perut ketika berpuasa

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Bau mulut ketika berpuasa sebenarnya disebabkan oleh mulut yang kering akibat daripada ketiadaan pengambilan air.

Apabila mulut menjadi kering, pengeluaran air liur yang bertindak untuk menetralkan asid dalam mulut juga berkurangan.

Akibatnya, keseimbangan asid dalam mulut terganggu, menyebabkan bakteria mudah berkembang biak, dan ini membawa kepada bau mulut.

Patutlah mulut bau busuk, rupanya ini proses yang terjadi di perut ketika berpuasa

Walau bagaimanapun, jangan risau, terdapat beberapa cara untuk mengatasi masalah bau mulut ketika berpuasa, seperti yang dikongsi oleh pakar perubatan, Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan.

1. Minum air secukupnya

Antara salah satu sebab mulut berbau adalah kerana kekeringan pada mukosa dalam mulut akibat kekurangan air semasa berpuasa. Maka semasa sahur hendaklah minum air kosong secukupnya, agar badan sentiasa terhidrat dan mulut tidak kering.

2. Elakkan minum kopi atau teh di waktu sahur

Kopi dan teh adalah sejenis diuretik, iaitu bahan yang menggalakkan penghasilan air kencing. Jika kita minum teh dan kopi, makan kita akan hilang banyak air melalui air kencing. Ia boleh menyebabkan dehidrasi, dan secara tidak langsung menyumbang kepada mulut berbau.

3. Kurangkan Bercakap

Kurangkan bawang dan ‘membawang’. Bawang putih dan merah adalah antara makanan yang buat nafas berbau. Manakala, terlalu banyak bercakap pula boleh menyebabkan kelembapan mulut mudah tersejat, lalu menyebabkan mulut menjadi kering dan berbau.

4. Ambil karbohidrat secukupnya

Ramai cuba kurangkan berat badan secara intensif semasa Ramadan dengan tidak ambil karbohidrat serta gula. Ini memaksa tubuh mendapatkan tenaga secara ketosis dan menghasilkan ketones yang menyebabkan nafas berbau. Jadi, makanlah juga karbohidrat sikit.

5. Gosok gigi dan bersihkan lidah

Antara penyumbang mulut berbau adalah kehadiran bakteria dalam mulut. Maka, gosok gigi sebelum tidur dan 30 minit selepas sahur. Gunakan floss untuk bersihkan sisa makanan di celahan gigi dan bersihkan lidah dengan berus gigi. Boleh juga kumur dengan larutan pembersih mulut.

6. Pastikan tiada masalah mulut dan hidung

Jika semua cara di atas telah diikhtiar tetapi mulut masih berbau, anda hendaklah berjumpa dengan doktor. Masalah pada rongga hidung, sinus, gigi, lidah, gusi atau tonsil juga boleh menyebabkan mulut berbau. Jadi, jumpalah doktor untum pemeriksaan.

BACA: “Kami adik beradik tak kisah pun kalau mak abah bercerai secara baik tapi kalau dah sampai macam ni, siapa je tak risau”