“Kami adik beradik tak kisah pun kalau mak abah bercerai secara baik tapi kalau dah sampai macam ni, siapa je tak risau”

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Assalamualaikum semua. Nama saya Nana (bukan nama sebenar), saya betul betul perlukan nasihat sebab saya dah buntu sangat dengan apa yang saya hadapi sekarang ni.

For starter, I’m 22(f) and currently in my 2nd year degree and saya anak sulung.

For back story, currently my dad tidak berkerja dah masuk tahun ke empat sejak PKP.

"Kami adik beradik tak kisah pun kalau mak abah bercerai secara baik tapi kalau dah sampai macam ni, siapa je tak risau"

My dad dulu berkerja sendiri and ada his own company and my mom are working under him (kira depa ni kerja sekali). Back then everything is alright. No problems and everyone happy.

Nak dijadikan cerita, waktu covid 2021, my dad went through a cancer surgery and was hospitalised for about 2 months (post-surgery).

So, everything about his company was handled by my mom. And faham faham jelah time tu ekonomi semua orang memang teruk. So, imagine being a woman, my mom need to uruskan everything for my dad and us (me and 2 more siblings) and everything was so chaotic.

After my dad recovered from his post surgery dia cakap dia tak nak berkerja. At that time company baru nak hidup balik after 2 years everything went down.

And again my mom yang terpaksa pikul tanggungjawab untuk sara keluarga. I bersyukur sangat time tu I still dalam matrik. So duit belanja semua from allowance yang matrik bagi.

From here, everything went down a shithole.

My dad ada anger issue yang teruk. So tak yah cerita lah macam mana my childhood (faham” sendiri). So I start perasan yang anger issue dia makin menjadi”. Like when they (parents) cakap pasal duit confirm rumah tu huru hara.

I respect my mom sebab dia boleh tahan duduk dengan my dad. Like tengking, maki hamun tu semua benda biasa. And during this time my mom was the one that bring money to the table. And during this time, my mom kena buatan orang (sihir).

Just imagine how hard it is being my mom. Mom punya condition sangat teruk time tu. Sebab I yang rajin ikut dia pergi berubat apa semua and during this time my dad tak nak percaya yang my mom tu kena sihir.

Dia ignore je my mom and dia kata my mom ‘sakit main” sebab tak nak pergi kerja’. Sumpah time ni jujur I cakap I benci gila my dad.

So during this time I start tolong my mom berniaga, sebab nak kumpul duit sikit sikit masuk degree. Ni je yang I mampu buat sebab my dad tak kasi I kerja somewhere else (I tak tau kenapa, like dia sumpah marah gila bila I mintak kerja tempat lain).

Fast forward, in 2023 alhamdulillah my mom dah okay(lepas bawak berubat). Tu pun after everyone tegur my dad untuk pulihkan mak I. (btw, yang ikut pergi bawak my mom berubat tu semua senyap senyap takut my dad marah).

Buttt my dad anger issue menjadi semakin teruk. I rasa kalau I duduk lama lama dekat rumah ni kumpul dosa je, sebab dah banyak I terkurang ajar dengan my dad. What I can say, my dad was never my “First love” like everyone else.

Soooo my mom dah bertahan for more than 2 decades dengan my dad. Me and my siblings sampai satu tahap pernah tercakap, “Kalau mom tak tahan, cerai jelah.”

What we meant with cerai is “Secara elok”. But the situation became worst when I start perasan my mom dah berubah.

After my mom dah baik tu, my mom start cuba nak nampak cantik je selalu, pastu sikit sikit selfie. Fyi my mom adalah manusia yang tak suka selfie eh lagi lagi kalau muka dia sorang.

Pastu walpaper phone dia pun dah berubah. (dulu gambar dengan dad tak pernah tukar and sekarang gambar dia selfie).

At first I cuba untuk khuznuzon. Maybe my mom dapat balik confident dia whatsoever. Yang confirmkan suspicion I adalah, I ternampak dia save satu nombor ni emoji love sahaja. (fyi it is not my dad).

I perasan lately ni dia suka chat sorok sorok, pastu senyum sorang” and I perasan every selfie that she took was sent to that number. Time ni I still in denial stage. I tak nak percaya apa yang I nampak.

Tapi I still curi” tengok dari tepi chat dia, semua chat ada emoji love apa semua. Sedangkan my dad tak pegang phone langsung.

Tapi I still decide to keep it to myself. Sebab adik baru habis spm, and lagi sorang masih in highschool, I tak nak keruhkan keadaan dengan overthinking.

Tapi a few days ago, my brother tiba tiba datang dekat I and cakap dia nak bagitau sonething. At first I malas nak layan, sebab my brother ni suka mengusik.

Tiba tiba dia diam, I dah risau yang dia tahu apa yang I tahu. Tak lama lepas tu dia menangis. Time ni Allah je tahu macam mana luluhnya hati I tengok adik laki I menangis teresak. Rupanya dia pun tahu pasal my mom punya affair.

Teresak esak dia bercerita dekat I. Dia cakap kenapa my mom sanggup buat macam ni? Kami ada adik bongsu yang dekat asrama tak habis belajar lagi, kami hanya risaukan dia. Sebab adik bongsu yang rapat dengan mom and dad.

Kalau boleh kami tak nak musnahkan childhood dia. (sumpah I menangis tulis ni :’)). I tak tahu nak buat macam mana dah. Rasa buntu sangat.

Kami adik beradik tak kisah kalau parents bercerai secara damai, tapi kalau dah macam ni, kami risau dad akan melenting and kami tak yakin tentang keselamatan mom. Kami tahu mom dah banyak hadap bullshit dad, tapi kenapa dia kena curang?

Fyi saya sangat benci orang yang curang. And saya dan adik lelaki je tahu tentang hal ni.

I dengan my brother tak kisah sangat pasal kami, sebab I tengah degree, dia pun nak sambung belajar, so kami memang tak akan duduk sekali dengan parents. Kalau bercerai pun kami boleh pergi rumah nenek.

Tapi kami fikirkan adik perempuan bongsu kami. Kami takut dia yang paling sakit.

Jadi saya amat memerlukan nasihat sekarang.

– Lara (Bukan nama sebenar)

BACA: “Tak dinafikan abang dia layan aku baik sangat, cuma aku keliru, patutkah aku bersama dengan abangnya?”