Saya terima banyak pertanyaan daripada sahabat².. Tentang kadar zakat Fitrah yang perlu ditunaikan pada bulan Ramadhan ni, dalam keadaan tiada bekalan beras Super Special Tempatan (SST).
Ramai yang mengadu, kebanyakan masyarakat yg sebelum ni menjadi kan SST sebagaimana makanan utama,
kini terpaksa membeli beras import yang harganya lebih mahal berbanding beras SST.
Persoalannya…berapa kadar zakat Fitrah perlu ditunaikan oleh mereka yang menghadapi situasi sebegini.
RM7 kah…? atau RM14 kah…? Atau bagaimana kah?
Bagi menjawab persoalan tersebut, berikut penjelasan saya:
Berdasarkan pandangan di dalam Mazhab as-Syafie, kewajipan zakat fitrah adalah berdasarkan kepada makanan asasi yg menjadi قوت البلد (makanan asasi majoriti) sesuatu penduduk.
Imam an-Nawawi menyatakan:
وَتَجِبُ مِنْ قُوتِ بَلَدِهِ
(Minhaj at-Tolibin)
Rujuk: https://alminhaji.com/matn/fast/
Berdasarkan pendapat ini, قوت البلد (makanan asasi majoriti) umat Islam di negeri Selangor adalah beras. Bukan gandum, atau jagung, barli, pizza atau cikidis dll. 😁
Berdasarkan Kajian Makanan Asasi Penduduk Negeri Selangor (Zakat Fitrah) yang dijalankan pada tahun 2022 yang dilaksanakan oleh LZS secara survey di lapangan, data kajian mendapati, beras SST 5% adalah kategori beras yang menjadi pilihan majoriti umat Islam negeri selangor iaitu sebanyak 46.03%.
Berdasarkan kajian ini, Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah menetapkan bahawa, beras SST 5% dianggap sebagai قوت البلد (makanan asasi majoriti) umat Islam di negeri Selangor.
Berdasarkan ketetapan ini juga, kadar zakat fitrah yg wajib ditunaikan oleh umat Islam di negeri Selangor mengikut SST 5% adalah RM7.
Sementara itu, bagi mereka yg memakan beras selain SST, LZS juga menjalankan kempen menggalakkan umat Islam di negeri Selangor untuk membayar zakat fitrah mengikut jenis beras yang di makan.
Asas kempen galakkan ini adalah berdasarkan kepada pendapat Imam an-Nawawi yang menyatakan:
وَقِيلَ: قُوتِهِ
Berdasarkan pendapat ini, seseorang itu juga boleh menunaikan zakat Fitrah berdasarkan makanan asasi yang ia sendiri makan (قوت نفسه).
Bukan berdasarkan makanan yang menjadi makanan majoriti umat Islam.
Oleh itu, bagi umat Islam di negeri Selangor yang memakan beras seperti:
• Beras Import Putih
• Beras Perang
• Beras Pulut
• Herba Poni
• Beras Wangi
Kadar zakat Fitarh yang DIGALAKKAN (bukan wajib) untuk mereka tunaikan adalah RM14.
Manakala mereka yang memakan beras seperti:
• Beras Basmathi
• Beras Jepun
• Beras Merah
Kadar zakat Fitrah yang DIGALAKKAN (bukan wajib) untuk mereka tunaikan adalah RM21.
Bagi mejawab isu ketiadaan beras SST di pasaran, apakah kadar zakat yang perlu ditunaikan oleh mereka yang sebelum ini memakan beras SST, akan tetapi mereka terpaksa membeli beras import yang harganya lebih mahal daripada beras SST.
Saya tertarik dengan pandangan yang dikemukan oleh pengarang Kitab al-Fiqh al-Manhaji A’la Mazhab al-Imam as-Syafie iaitu Sheikh Dr. Mustafa al-Khin, Dr. Mustafa al-Bugho dan Sheikh A’li asy-Syarbaji yang menyatakan: “Makanan yang dimakan sewaktu musim susah dan kemarau tidak boleh dianggap sebagai makanan asasi”.
Berdasarkan pandangan Masyayikh ini, mereka yang sebelum ini memakan beras SST, akan tetapi mereka terpaksa membeli beras import yang harganya lebih mahal daripada beras SST disebabkan berlaku isu “sorok bekalan beras SST”, kartel atau sebagainya, situasi ini boleh dianggap sebagai situasi susah dan bukan situasi normal.
Oleh itu, kadar zakat yang wajib mereka tunaikan adalah tetap RM7 kerana mereka membeli beras yang mahal bukan dalam keadaan normal. Tetapi terpaksa.
Wallahu A’lam Bissowab.
Saya izinkan artikel saya ini untuk dishare dan disebarkan. Moga bermanfaat untuk ummah.
MOHAMMAD FARID BIN MOHAMMAD ZAINAL
Ketua Jabatan Penyelidikan & Sekretariat Syariah
Divisyen Syariah & Dakwah
Lembaga Zakat Selangor
BACA: Usia baru 45 tapi simpanan KWSP dah RM 1juta, individu bongkar resepi kejayaannya