Bengang asyik kena saman, lelaki nekad parking kereta atas bumbung raih perhatian netizen

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Seorang lelaki  telah menyebabkan kekecohan kerana memarkir dua van di atas bumbung bangunan kediamannya, melaporkan Mothership.

Penduduk berdekatan telah melaporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa tempatan

Dengan mendakwa kenderaan itu diletakkan dalam keadaan yang berbahaya, lapor CNA Taiwan.

Bengang asyik kena saman, lelaki nekad parking kereta atas bumbung raih perhatian netizen

Pada mulanya, pemilik kediaman dan van yang merupakan seorang jurutera awam dilaporkan meletakkan kenderaan itu di tepi jalan.

Namun kenderaan itu sering kali dikenakan saman kerana memarkir di tempat yang dilarang.

Oleh sebab itu, dia kemudiannya mengambil keputusan untuk mengupah kren untuk mengangkat kenderaan itu ke atas bumbung rumahnya.

Van tersebut juga digunakan sebagai stor penyimpanan barangan pekerjaannya.

Selain itu, lelaki tersebut turut menggunakan van tersebut sebagai ruang penyimpanan barang kerana tidak mempunyai ruang untuk meletak peralatan kejuruteraan awamnya di rumahnya, lapor EBC News.

Berdasarkan gambar yang tersebar, satu daripada van miliknya kelihatan cukup muat berada di atas bumbung rumahnya, manakala sebuah lagi sedikit menonjol keluar dari tembok pembatas bangunan.

Menurut ketua daerah penguatkuasa tempatan, Lin Kuan-jen, kedua-dua van itu dipercayai telah berada di atas bumbung berkenaan sejak dua tahun lalu.

Lin berkata, dia telah meminta pemilik van untuk memindahkannya selepas menerima aduan daripada penduduk berdekatan yang menyatakan kebimbangan mereka.

Pada Mac 2023, pemiliknya menyatakan bahawa dia telah menemui tempat kosong untuk vannya itu, tetapi sehingga kini ia masih belum dipindahkan.

Biro Pembangunan Bandar Kota Taichung menyatakan bahawa polis tempatan, pejabat daerah, dan pemilik terbabit sedang disiasat dalam siasatan tapak pada 7 April.

Walaupun lelaki itu didapati tidak melanggar undang-undang, dia diminta untuk mengalihkan kenderaanya itu bagi menjaga keselamatan awam.

Sementara itu, lelaki terbabit turut memberitahu jirannya supaya tidak membuat kekecohan besar berkenaan dengan vannya. Malah, dia memberi jaminan kepada penduduk tentang integriti bangunan terbabit.

Tambahnya, dia akan memindahkan kenderaan itu ke kawasan pergunungan Taoyuan pada Oktober 2023 depan.

BACA: Liat nak bayar hutang, akhirnya Pas bayar hutang RM659000 pada bekas pencetak Harakah